Global HF (Ionospheric Map)

Thursday, December 1, 2011

HF antenna calculator



Salam,

Nak berenti sat bab pembnagunan bersama Astra nih. Depa masih nak memantopkan VHF so kita teruskan dengan pembangunan dan membawa lagi lesen B ke persada HF.

Kali ini saya nak mengajak anda menggunakan software yang terbaik dari ladang pemberian 9m2mz kepada saya. Sejak laptop ini diformat, saya terus terusan mencari tang mana laa aku letak software nih. Akhirnya jumpa juga.

Anda boleh gunakan software ini untuk pembangunan antenna :

  1. Deltaloop
  2. Dipole
  3. Coaxile
Juga sekiranya anda dah ada antena cuma antenna anda tak resonant kepada mana2 frekuensi....ini lah software yang sesuai.

Url untuk download :

http://www.4shared.com/file/wtZ8alFH/antcalc1.html

Browse pada folder yang perlu...

Jomm..selamat mencaba...sebarang masalah sila komen pada post ini...

72  de..9w2di

Wednesday, November 30, 2011

Kesan kerana taksub kepada REPEATER

Salam,

Ada yang mengatakan saya ANTI VHF..pulak adalah. Anda salah...anda patut kata saya ANTI REPEATER...

Jawapannya...saya ANTI SEMUA DUIT YURAN PI KAT REPEATER. Habis macam mana nak capai hala tuju. Jenuh hala..hala hala..repeater ..hala hala repeater....

Perkembangan pembangunan repeater agak pesat sekitar awal 2000. Ini menampakkan juga pertumbuhan penggunanya yang semakin meningkat. Tak kisahlah sebab setiap kali pameran dan sebagainya akan didemokan dengan cara komunikasi repeater.

Sedar atau tidak sebenarnya perkembangan ini mula "MAKAN DIRI"...kenapa?

Apabila ramai yang berkejar nak belajar buat repeater maka makin banyaklah percubaan repeater. Apabila percubaan sudah jadi penggunaan sepenuh masa...jenuh MCMC nak kawal semua.

Mulanya saya hairan namun baru saya dapat kesan inilah akibatnya apabila terlalu banyak pendedahan kepada teknologi repeater. Semua nak buat sendiri. Semua nak tunjuk hebat.

Akibatnya repeater itu boleh dipergunakan bila bila masa. Ada yang bagi kat peronda kampung, ada bagi kat pak guard..macam macam lagi. Bukan apa, kalau jalan dengan elok...pembangun akan rasa puas. Bagus..bukan tak bagus...tapi biar la bertempat.

Sehinggakan segala pembagunan lain terhenti. Saya akan bangga kalau repeater dilengkapi dengan DSTAR. UHF? Ada tapi kurang. Berlambak VHF.

Pembangun selalunya akan mengambil kesempatan ini supaya ia boleh mewujudkan komunitinya sendiri. BETUL ATAU SALAH apa yang saya katakan ini.

Ada pihak yang melenting bila saya mempertikaikan peruntukan untuk aktiviti ahli persatuan semua ke repeater. Please laa...takkan 10 tahun lagi nak mcam ni saja.

Ilmu dalam VHF luas sebenarnya. Jarang saya dengar VHF dalam SSB dipergunakan. Juga RTTY. Ada...mula sat lepas tu diam. Tak macam di repeater...hebat sungguh sambutan.

Saya tidak menghalang kemajuan ini. Tapi saya nak bagitau..dah cukup dah..kalau 50 repeater kat ada pun..sama jaa..repeater tu gakkk....untuk cakap jaa....

Entahlah....perkara ini saya ikuti sejak 4 tahun yang lalu. Namun sekarang sudah nampak agak pelik. Masing masing berlumba. Sekurang kurangnya pastikan walaupun repeater salah satu pembangunan persatuan..jangan ditinggal yang lain. Ini tak...JEMPUT semua agensi....JOM PAKAI REPEATER KAMI...yang kena bayaq..AHLI.....duit ahli kena potong. Aktiviti lain...diammm...

72..de 9w2di

Monday, November 28, 2011

Petua petua nak berpesatuan dalam Amatur Radio

Salam,

Saya hanya ada persatuan 1. Persatuan ini pun saya kenal apabila saya ingin mendapat tandatangan seorang 9m2 bagi pengesahan dan permohonan saya untuk mendapatkan AA.

Mula best. Tapi tunggu punya tunggu (kata P.Ramlee) asyik camtu jaa. Dah lebih 10 tahun saya beri peluang dan tengok..haa camtu gak. Apa yang camtu?

Banyak yang ingin saya luahkan, namun biarlah setiap ahli merasainya sendiri. Kalau setahun dua anda belum rasa. Tapi kalau dah 10 tahun dok rx persatuan nih..camtu jaa...sapa tak pedup.

Berikut adalah tip tip untuk anda yang baru nak berjinak dengan persatuan radio amatur.

1. Kalau anda suka kepada pernyertaan dengan negara luar
Cari persatuan yang aktif dengan setiap aktiviti dxing. Juga tak lupa yang selalu melibatkan diri dengan JOTA, IOTA, SOTA dan lain2.

2. Kalau anda duit banyak tak tau nak buat apa.
Cari persatuan yang banyak repeater. Dermalah sebanyak mungkin duit anda. Kerana sudah pasti kos untuk repeater ni mahal.

3. Kalau anda sanggup menanggung hutang.
Masuklah persatuan yang tidak perlukan surat perjanjian bertulis. Selangkah anda masuk persatuan itu, automatik anda dah ada hutang.

4. Kalau anda ingin dekat dengan MCMC
Masuklah persatuan yang selalu mengadakan persidangan rasmi dengan MCMC. Persidangan yang membincangkan perkembangan ITU dan IARU region 3.

5. Kalau anda adalah pasukan penyelamat.
Ada persatuan yang mengoferkan perkhidmatan tersebut.

6. Kalau nak main radio
Beli radio ambik RAE. Tak yah masuk persatuan..sapa nak larang. MCMC pun tak pernah kata WAJIB masuk persatuan...

Selama 13 tahun saya berpesatuan. Rupa rupanya ia dibina atas dasar membalas dendam. Sehingga kini dendam itu masih membara. Diturunkan kepada generasi ke generasi.

Jadi kalau rasa selesa dengan keadaan sekarang teruskan. Saya dulupun tak bermula dengan persatuan. Tau jugak nak CQ CQ cara bodo. Sekarang yang dah berpesatuan balun, SSB, linear pun tak kenal. Bukan  main hebat...hebat buat antenna..habis ribuan ringgit..repeater jugak tempat bergayut..

72 de 9w2di

Saturday, November 26, 2011

Nak main persatuan atau nak main radio nih

Perkembangan HAM Malaysia agak lembab. Terutama perkembangan lesen B. Perkembangan RAE memang hebat. Tapi kemana hala tuju anda? Adakah masih dengan 2 meter dan eyeball yang tak sudah2.


Saya kenali radio dan HAM bukan melalui persatuan. Atas minat sejak dari bangku sekolah lagi. Lebih didedahkan apabila saya terlibat langsung dengan CB. Orang CB banyak bantu saya.


Agak mengecewakan saya setelah saya memasuki ASTRA pada tahun 1999 apabila saya melihat minat dan hobi ini cenderung kepada persatuan. Cenderung kepada nak jawatan. Cenderung kepada perjumpaan sana, perjumpaan sini. Sedangkan sebarang akiviti dan perbincangan boleh dibuat diudara.


Dah main radio. Tapi nak kena habiskan duit minyak jugak, eyeball sana eyeball sini. Yang ahli pun bukan berduit sangat.


Mengapa harus utamakan persatuan dahulu kemudian hobi? Sedangkan MCMC tidak meletakkan syarat untuk RAE WAJIB AHLI PERSATUAN RADIO AMATUR. Ambik perikasa ni macam SPM laa jugak. Boleh ambik sebagai calon persedirian.


Namun ramai yang salah anggap dan ada yang menyalahtafsirkan peranan persatuan radio amatur. Sebenarnya pokok utama seseorang itu taksub kerana "jawatan" dan repeater. Kononya kalau tak masuk persatuan tak boleh bercakap direpeater.


Untuk itu MCMC harus kita jadikan rujukan utama sebenarnya. Bukan bermaksud kita tak sokong 100% persatuan nih. Tapi kalau dah melampau sangat..sapa suka. Sampai nak jumpa kawan lama pun kena bayaq..apa cer nihh...mana pi yuran yang dok bayaq dulu..takkan habis buat repair repeater.


QSL biro kita tetap MARTS. Tak boleh ubah dah. Jadi setiap QSO kita kalau VIA Biro ..akan ke MARTS. Apa masalahnya. Sampai jugak QSL card walaupun bukan ahli MARTS.


Jadi tolonglah. Sempena tahun baru 1433 Hijrah ini..renungkan...NAK MAIN RADIO KA...NAK MAIN PERSATUAN KA...


Cuba tengok rakan yang gila main radio..kemana mereka? Apa perkembangan mereka...cuba banding rakan yang dok noonnngg sana nonngg sini dengan persatuan....dgr2 bergaduh...tak puas hati....


Sudah sudah laaa...persatuan sebagai platform untuk kita gunakan ia sekiranya perlu dan bukan persatuan mempergunakan kita...


72 ..de 9w2di

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya tidur dalam gua di 7 Mhz

Salam,

Kita menang bola semalam satu anugerah yang cukup baik bagi arena bola sepak negara. Walaupun diberi tentangan dan tiadanya rasa kurang hormat semasa lagu kebangsaan dimainkan, pemain kita tetap kuat dan kental dalam menghadapi dugaan ini.

Itu bola. Macam mana pula dengan hobi kita ini. Tak pernah2 menang. Terutama lesen kelas B. Asyik kena hentam ja.
Seorang sahabat ada memebri tahu, semasa pembentangan WRC03 yang lalu ada seorang 9m nih kata "kalau mau cakap kat 40m, ambik CW la". Lalu rasanya rakan saya ini serik dah untuk ke mesyuarat tersebut.

Tapi itulah kesannya apabila disekat dan disekat..akhirnya 7 mhz menjadi kawasan sarang Garuda. Harimau lari masuk gua. Tidur dan mengaum, mengaum komen sana, mengaum komen sini. Dalam senarai National Geographic, harimau nih dah nak pupus. Hehehh....

Tinggallah sang kancil (9w) berjalan jalan mencari ilmu. Kena hentak tapi bijak mengelak. Tak semua kancil bijak. Ada kancil yang masih dok takat tu jaa.. Nak bergayut lagi di 2m. Takut nak ketempat lain. Tapi baik jugak...bila ramai di 2m...garuda susah nak singgah. Tapi kalau dah BERLAMBAK sangat..hmmm.

Apa apa pun terima kasih kepada 9m OTAI OTAI nihhh kerana kesungguhan anda menyekat lesen kelas B untuk ke band yang lain. Anda suka 40m terus terusan mcam itu hingga anak2 kami pun dah pandai cakap pelat sana.......takut nanti terikut macam perangai depa....

"Anda" suka macam itu. Tahniah...anda bangkang..anda komen....ANDA TIDUR......

72 de 9w2di

Monday, November 21, 2011

Yuran ahli seumur hidup (biasa), yuran repeater seumur hidup (luar biasa), yuran lesen seumur hidup (terlebih biasa)

Salam,


Terdengar hari nih "yuran repeater seumur hidup". Haa...sudah tukar ka? Bukankah dalam HAM tiada bayaran untuk repeater. Dah la yuran seumur hidup aktiviti hapaa pun tarak..ini baru pulak.


Sedih sungguh melihat kepada perkembangan hari ini.


Kembali kepada sejarah....saya mengenali HAM seawal 1999. Ambik lesen tiba2 depa kat ada repeater. Apa benda tu?
Tiba2 muncul pula frekuensi untuk repeater nih. Owhh ok laa tu. Saya bertanya, siapa yang pasang? Ada orang kata ehsan dari seseorang untuk persatuan. Bagus...ada orang yang sanggup keluaq puluhan ribu untuk bagi orang bercakap. Kita pun apa lagi..support gila gila time tu. Naik bukit...gunung..cari tapak untuk repeater.


2 kali mesyuarat saya hadir. Tapi seawalnya tak pernah sebut yang ahli kena bayar balik duit repeater. Tak dak dalam perlembagaan dan siapa yang gatal tangan sain agreement setuju nak bayaq duit repeater. Sapa? Habaq mai....


Perbelanjaan? Kalau betul untuk kos itu..kami pun nak claim jugak boleh. 3 tahun dok pi mai pi mai..nak jugak claim.
Tapi nak buat apa. Atas dasar persahabatan ....kita nak tumpang syok. Nak tumpang gembira dengan hobi nih.


Jadi sekarang kena bayaq seumur hidup...hmm..nasib baik tak kena bayaq seumur hidup untuk HF atau simplex kan? Kalau kena bayaq..jenuhhh.....dah laa beli radio pun harga boleh meninggal....nih nak cakap pun kena bayaq....kalau camtu apa kata komersialkan terus HAM nih.....


Nak minta MCMC buat bayaran lesen seumur hidup lakk...senang...tak yah bayaq rm60 berulang ulang kali.


Entah laa...apa apa pun terima kasih laa.HAM...tak kusangka tak ku duga..ingatkan percuma..rupanya selangkah anda masuk persatuan..anda sudah hutang 40k...wahhhh..best gila....


Selamat menjadi apa jua..SEUMUR HIDUP


72..de 9w2di

Monday, October 24, 2011

Favoritisme dalam HAM

Salam sejahtera,

Bak kata orang pilih bulu. Pilih kawan yang tertentu sahaja. Kadang perkara ini bagus kadang ia tak baik terutama dalam tuntutan agama yang bagi kita seharusnya semua adalah bersaudara.

Selalunya ia berkait rapat dengan hobi yang sama dan minat yang sama. Agar kita boleh berkongsi. Ya laa...kalau sorang kawan tu minat motor dan sorang lagi minat keta...lama mana sangat nak kongsi. Kecuali kalau nak bertukar hobi.

Dalam HAM perkara ini telah berlaku. Sudah lama. Bukan baru nak perkatakan. Dulu...dari SUgar Delta dan dah dpt 9w..maka terusan mencari rakan yang ada 9w. Samalah yang SWL nak berjinak dgn HAM..akan mencari yang berlesen. Ini kawan pilihan..perlu...sebab nak capai ilmu hobi nih.

Sekarang rakan yang dah ke HF ...kurang dah nak berborak dgn rakan di repeater. Bukan sombong, tapi perubahan budaya telah bertukar. Dilihat tak la nampak jurang sangat. Selain rakan yang selalu direpeater tu asyik nak kias kias dan perli. Kenapa harus perli. MCMC dah bagi kat anda dalam AA. Main saja laa....Kalau takut bongkak..main QRP..heheh...

Berlainan dengan CW. Sebab ada pelopor ini "TAK SEMUA" yang terus terusan membeza kepada yang tahu CW dan yang tak tahu. Kondem gila babi. Hentam kaw kaw depa kata.

Jadi golongan inilah yang mewujudkan favoritisme yang kurang sihat dikalangan HAM. Kita tak nak ada yang cuba menyambung tradisi puak nih. Cukup cukup lahh....

Sekarang 10m dah terbuka luas. Dulu saya dah kata ..sejak 2008 lagi..BAND akan buka BAND akan buka. Tgk wajah rakan..macam tak yakin jaaa...tapi sekarang....

Band yang cukup menarik dan terbaik untuk Dxing......

Diharap kepada 9w yang dah ke HF..gunalah cara hikmah untuk menarik rakan ke HF terutama ke 10m dan 6m. Juga kepada rakan 9m.

MCMC tak bagi 9w tx di CW..kalau bagi..dah lama kami belajar untuk menggunakannya dan bukan untuk ambil periksa semata mata....

72..de 9w2di

Monday, October 17, 2011

SOTA dan 9w

Lama tak eyeball? Lama tak dgr dalam repeater. Lama tak dgr suara.

Inilah beberapa kata2 yang kita sering dgr dikalangan 9w apabila lama tak jumpa.

Jarang kita dgr, lama tak DX, lama tak SOTA, lama tak IOTA....
Bolehkah sedikit masa nanti kita ubah pertanyaan kita?

Sebenarnya banyak ilmu HAM ini yang perlu kita terokai. Kalau kita lihat ilmu yang banyak ingin dipelajari sekarang ilmu buat repeater. Sebab tu tak heran berlambak repeater. Sampai repeater ronda kampung pun ada. Bagus, bukan tak bagus, tapi cukup cukuplah.

Banyak lagi nak kena timba nih....sebab balik2 gaduh. Repeater rosak la, tak bagi dana repair la.....tup tup timbul 40k. Haa!!!

Salah satunya SOTA(Summit On The Air). Semasa saya mula mendapat lesen dulu, saya pun tak tau apa menatang ini SOTA. Tapi saya banyak dapat info dari sugardelta pada masa itu berkaitan SOTA.

Nak kata HAM Malaysia SOTA...memang dah nak masuk 12 tahun tak pernah saya dgr. Dari 9m? Lagi tak dgr. Yang dok dgr QRM...heheh.....

SOTA nie mudah ja. Bawa radio dengan bekalan bateri. Antenna yang mudah. Lepas tu cari bukit atau gunung, lepas tu TX. Anda sebagai station akan menjadi rebutan station chaser yang lain. Mudah kan? HF ka? VHF dan UHF pun boleh. Tak semestinya HF.

Jadi boleh la kita jadikan aktiviti tahunan. Persatuan, keluar award. Nie tak..kita nak kutip duit repeater. Asyik asyik eyeball nihh...cuba la sekali buat.

Pak din dah buat ka? Saya pernah buat masa saya dalam 113dev dulu. Tapi tak official la.

Ubahlah aktiviti kita. Jadikan ia lebih menarik. Bila ada aktiviti ini maka kurangla aktiviti nak kata kat orang. Banyak bercakap akan banyak kita buat salah. Sebab tu Nabi berpesan, kalau tak mau banyak buat salah, diam.

72..de 9w2di

Sunday, October 9, 2011

QRP Skill

Kongsi gembira bersama

D07DU qsl card
Siapa kenal 9w2sbl? Kalau tak silap aku beliau baru ja dapat lesen.

Aku kenali dia sewaktu dia belum ada lesen. Tapi aku heran, dia selalu sms aku tanya pasal hf.

Macam mana orang yang belum ada lesen dah berminat sangat dalam HF.

Rupanya beliau mengikuti blog aku nih. Mungkin terpaut dengan QRP nih beliau berusaha dalam RAE dan akhirnya berjaya.





Beliau bermula dengan mengikuti beberapa siri JOTA yang berlangsung dan banyak pengalaman yang beliau timba dari sana. Aku melihat beliau pada masa itu selalu "usung" radio vhf. Tapi sapa sangka, usung vhf tapi jiwa HF.

Mungkin rezekinya, ada orang nak jual FT817nd. Aku dgr beliau terus ke Ipoh untuk mendapatkan radio itu. Memang gila radio namanya. Hehhehe....

Akhirnya hari ini, aku terima sms dari beliau mengatakan ada QSL card dari D07D. Aku tumpang gembira. Pelopor SSB ini tak jemu walaupun sedikit tapi berbaloi. Untuk menempuh propagasi yang tidak menentu ini, 9w2sbl masih bertahan dan terus meningkat. Kerja biasa ja, bukan cikgu bukan lawyer. Tak pandai CW tapi ada mulut boleh SSB. Dpt juga qsl card........macam orang lain.

Tahniah own 9w2sbl



72 de..9w2di

Saturday, October 8, 2011

7 bolong bolong dalam kenangan

Salam,


Kalau disebut ja 7 bolong bolong sekarang nih, saya akan tersenyum sendirian. Saya akan terkenang wajah wajah yang selalu bercerita dan berkongsi pengalaman mereka di 7 bolong bolong.

Kisah zaman "melanun" ini bukan satu kisah biasa. Ia kisah sahabat dan perjuangan rakan2 yang mempunyai keupayaan fasiliti tapi kurang dari aspek untuk mengambil lesen A yang hebat dicakerawala ini, kata seorang rakan berseloroh.

Kumpulan ini boleh dikatakan suatu ketika dulu aktif dengan mencari radio terpakai di kedai "botol". Dapat 3 biji..punggah punggah boleh laa dpt satu biji. Balik..terus buat antenna dipole ..terus sembang di 7 bolong bolong.

Memang nampak aktiviti ini melanggar undang undang. Kerana 7 mhz~7.2mhz diperuntukkan untuk Amateur.

Namun apa yang ingin saya perkatakan...sejauh mana pelopor di 7 bolong bolong ini mengganggu keselamatan negara? Kalau dah minat...bagi saja..kan senang.

Selama 12 tahun dulu, apa yang saya perhatikan, minat mendalam golongan ini tak pernah pudar. Cara dan kaedah pembangunan station dan antenna kadang tu lebih baik dari golongan Amateur Radio.

Apa kan daya..orang kampung..orang ulu..orang kolot...tak pandai berbahasa inggeris dan tak tahu CW. Tapi ada minat..ada kesungguhan....


Arwah Zuri (Sone). Salah seorang pelopor 7 bolong bolong

Terkenang wajah sahabat karib aku, sone. Arwah seorang yang bersungguh sungguh dalam HF terutama 7 bolong bolong.

Selepas kematian beliau, aku terdengar radio yang miliknya kini tidak diberikan kepada sesiapa. Arwah meninggalkan amanat agar disimpan dan biar anak2 beliau tahu apa hobi ayah mereka dahulu.

Tersentuh kan? Seorang yang tak pandai dan taraf orang yang biasa saja, namun minat dan azamnya amat boleh diberangsankan.
Perkembangan HAM di Malaysia terutama HF sekarang amat memberangsangkan. Pelopor di 10 meter pun dah meningkat. Tapi ini untuk yang masih ketagihkan DXCC. Bagi saya, walaupun tak la sampai 30 tahun main radio ini, rasanya dah cukup untuk menguji setiap keupayaan amateur radio. Saya dah cuba pelbagai dan cara untuk berkomunikasi dan kepuasan telah saya perolehi terutama di QRP.

Tibalah masanya untuk saya berkongsi bersama rakan2 HAM. Dimana? Di blog ja kot. Kalau ada band macam 7 mhz ka..syok gak kalau leh berkongsi. Angan angan.....

Kepada arwah 9w2eb, 9w2klm, 9w2ax dan 9w2xop...anda semua di hati saya. mungkin satu hari nanti terbuka MCMC untuk memberi 7 mhz kepada 9w.....biarlah niat anda yang tak kesampaian ini disampaikan oleh pemegang 9w yang lain...

72..de 9w2di

Sunday, August 14, 2011

9M4CHF

[starttext]

 Salam bulan ramadhan.

Lama tak berkarya..hehe..agak sibuk dengan kerja dan hobi baru yang bagi saya amat enjoy. Tak ada dengki mendengki, race...kita lihat sapa yang laju. Yang lambat kena tinggai.

Terpanggil untuk aktif semula dalam HF apabila 9m4chf telah diperkenankan oleh MCMC untuk keudara.

Terima kasih atas usaha yang berterusan rakan2 9w terutama dan Pak Long selaku penyokong untuk menambah dan menarik minat yang lebih kepada perkembangan HF ini.

Aktiviti awal berlangsung kelmarin di Pokok Sena. Memang best lokasinya. Band pun open jap lepas buka posa.

Mungkin dengan adanya callsign ini rasanya rakan 9w akan boleh bergerak jauh untuk aktiviti luaran seperti SOTA, IOTA dan Dxing yang lain. Inilah harapan saya dan rakan seperjuangan HF yang terdahulu.

Dahulu akibat terlalu sibuk dengan Repeater dan Persatuan, kami alpa. Terus tinggalkan HF yang sebenarnya mempunya nilai yang tersendiri. Namun apakan daya, batasan band yang terhad telah menghalang kami untuk lebih jauh lagi.

Tiada yang mahu untuk majukan lagi HF. Pada masa itu kajian untuk bangunkan repeater VHF bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan.

Cenderung 9m4chf bersama rakan 9w sekali lagi akan membuka mata kepada rakan yang baru nak berjinak dengan Amateur Radio. Andaian penglibatan HAM semata mata cakap kosong diudara akan kita lupuskan.

Bulan baik ini juga ada berlaku perkara yang kurang senang bagi saya dan rakan apabila komen nak menjahanam 9m4chf turut berkumandang. Namun apa boleh buat. Sikap kalau tak nak ubah...biarlah bawa sampai mati.

Ketemu kita dilain lembaran bersama 9m4chf. Selamat berpuasa dan maaf zahir batin. Insyaallah, saya akan kembali lagi berkarya dalam episod QRP bersama 9m4chf.

72..de 9w2di
[endtext]

Sunday, May 22, 2011

Muka baru blog saya pada 2011

http://www.youtube.com/watch?v=34Rcd12Y5Qc
[starttext]
Lama saya tak update blog saya nih. Bukan tak dak bahan. Tapi kurang video nak upload. Yer la..bukan tak tahu..setiap apa yang kita buat kena ada bentuk visual yang boleh dipaparkan. Agar lebih menarik dan tertarik.

Buat semenjak 2 nih..agak kurang aktiviti HAM saya kerana lebih kepada RC drift lak. Bukan apa...nak kurangkan rasa meluat kepada beberapa kejadian dalam HAM nih.

Terima kasih blogspot kerana dah update kepada beberapa future yang terbaru. Terbaik untuk masa kini. Untuk makluman kepada pelawat semua...blog saya akan lebih kepada bentuk visual. Jadi sebab tu template dah berubah. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong blog saya selama ini.

Jadi tunggu untuk bahan bahan visual yang menarik Insyaallah akan saya hidangkan kepada anda semua.

72..de 9w2di

[endtext]

Saturday, May 21, 2011

10meter delta loop strike by lightning

http://www.youtube.com/watch?v=QtUITXycre0

[starttext]
Jadi dah lama. Cuma sekarang ja publish kot youtube. Ajaib sungguh antenna nih. Walaupun putus namun dengan bantuan tuner nampaknya ia masih boleh bekerja di 10m dan 11m.

Mungkin apabila ia putus ini, ia telah menjadi dipole? Entahlah...

Alhamdulillah semasa kejadian saya telah mencabut connector. Memang kuat static kilat ini. Memang kita perlu senantiasa berhati hati. Rajin rajin laa cabut connector lepas guna.

72...de 9w2di
[endtext]

Monday, April 25, 2011

RX 9w8wat on 10 meter

http://www.youtube.com/watch?v=nREl5a7rlvE
[starttext]
Nice audio and very good signal
[endtext]

Friday, April 8, 2011

Persatuan/kelab repeater ?

http://www.youtube.com/watch?v=H56fEfEhf9k
[starttext]
Salam,

Tahniah kepada rakan2 yang sekarang aktif di 10m dan 11meter. Tak lupa kepada pelopor QRP yang tak jemu2 untuk cuba biarpun dalam log memang pernah "bekerja" dengan station tersebut. Cuba mobile, portable dan sebagainya..semata untuk menyahut cabaran QRP dan 10meter.

Ada yang kata, tak bagi 40meter pun dah enjoy nih. Ya..memang betul dan telah terbukti. Selama ini sejak 2008 telah saya katakan, 10m akan membuka dan tolong sabar...akhirnya penantian telah terbukti sekarang. Sampai bila...2013...

Berbalik kepada tajuk. Dulu saya kena Astra. Camna. Mulanya semasa kena sign borang untuk pohon lesen. Jumpa 9m2mz dia yang cakap pasal Astra. Kemudian lebih kenal lagi bila ada repeater.

Wahh..hebat astra masa tu. Sebab dah ada repeater Bahasa Melayu katanya. Kemudian ada pulak link repeater. Sepanjang dengan Astra rasanya aktiviti yang paling aktif adalah aktiviti repeaternya. Selain net termasuklah testing testing signal repeater baru. Memang aktif.

Saya terus memantau kot kot ada persatuan baru yang membawa era atau misi baru. Dengar MARES. Bagus sebab misinya untuk dalam kecemasan. Saya pun tak la ikuti sangat cerita MARES. Namun  rasanya agendanya lain dari ASTRA.

Timbul SPARC..wah..kelab di Sungai Petani. Aktif? Sama gak....macam ASTRA. Balik balik repeater.

Jadi saya membuat kesimpulan. Kelab atau Persatuan ini timbul sebab REPEATER. Kalau tak dak REPEATER? Ada tak?

Baru2 ada usaha rakan Alor Setar menubuhkan Komuniti HF Negeri Kedah. Satu usaha yang bagus dan kelab ini tak dak repeater. Ya laa..semua main HF SSB..mana ada repeater.

Satu usaha dan cabaran yang bagus dan pastinya agenda baru akan dibawa. Sudah hampir 10 tahun perkembangan persatuan radio amatur Malaysia. Sekurang kurangnya...biarlah persatuan dan kelab ini membawa agenda baru selain repeater. Sebagai contoh...net simplex...contest...membawa ahli ke band HF dan sebagainya.

Mungkin ada yang terasa dengan aktikel ini. Tapi ingatlah selalu dgr perpecahan, gaduh, tak puas hari dalam persatuan tak lain tak bukan, "kes repeater", "kes tak dak aktiviti". Jadi....

Cakap ja..9w2di buat ka? Entah..tengok ja video saya. Saya suka gerak sendiri tanpa terikat ngan persatuan. Tapi kalau nak ada persatuan yang mahu berubah dari mcam tu jaa dan nak ke cara yang lain pulak..silakan....

72 de 9w2di
[endtext]

Friday, March 4, 2011

5 & 6 Mac: Hujung minggu yang PANAS!!

[starttext]


RDX ada call. Katanya nak bagitau yang SFI dah semakin tinggi.

Hari nih buka blog dan tengok behind stereo..mak aih...2 dan 3 hari nih kita akan menghadapi keadaan bentuk flare yang macam nih. Bayangkan.

Sekiranya storm yang bayak dan tinggi pun ia lebih kearah QRN. Namun apa yang kita harap selepas beberapa bentuk storm ini berlaku dengan medadak dan ia menstabilkan SSN, kita akan menempuh propagasi yang best kali nih

Tanya RDX..kenapa sepi ja 40m. Katanya camtu laa..mula mula. Tapi 10meter memang unik. Lepas sepi kita aktif, sepi ..aktif dan banyak topik yang boleh kita bawa untuk 10meter.

Praktikalnya akan sentiasa berterusan. Maklumla..kita bukan HAM kaya raya ngan linear 4k 20k nih....heheh. Bak kata kami..."main cara orang kampung". Kalau Islamic tu..main secara kesederhanaan....

Kepada yang dah baru setup untuk HF 10meter nih, inilah masanya untuk anda mencuba audio anda ke negara luar pulak. Nih asyik repeater jaaa...

Ok lah...kalau ada rezeki dalam 2 3 hari nih kita akan cuba pantau dan kita akan praktikkan segala yang mungkin di 10meter nih..

72 ..de 9w2di
[endtext]

Tuesday, February 15, 2011

Gangguan ribut matahari yang melampau.

Graf ribut matahari yang tinggi

Ionospheric image yang agak baik untuk upper band
Dalam 2 3 hari nih kepala rasa sangat sakit. Nak buat aktiviti outdoor pun kena banyak pikir dulu. Maklumla panas sangat dengan pembakaran jerami la dan sebagainya.

Dapat sms dari RDX ngan ESM yang mengatakan flare tinggi dan propagasi dok makin meningkat.

Betul jangkaan itu. Pada sebelah petang kelmarin kita dapat menerima station VK agak kuat dan lemah dari station EU yang lain.

Apa apa pun pada kadar flare dan ssn yang tinggi ini terutama pada gangguan yang agak tinggi ini pastinya kita akan menerima QRN yang kuat dari audio.

Jadi pada kadar ini kita kena pelan pelan kayuh dulu..hehe.

Sudah agak lama menyepi 10m ini dengan EU. Memang ini kita nantikan. Rasanya kita kena dah mula bersedia untuk menerima station dari EU.

Salam Maulidur Rasul dan selalu kita ingat sebarang perjuangan Nabi junjungan kita.

Petang ini memang dinanti memandangkan graf propagasi yang memang menarik untuk kita eksplorasi bersama.

72..de 9w2di

Saturday, February 12, 2011

9w...sudah masanya membuat persediaan.

Salam,

Senang rasanya hari nih bila baca Presiden Mesir dah letak jawatan. Itulah kalau bila orang dah tak suka, dah meluat.

Alhamdulillah di Malaysia nih rakyatnya tak sampai tahap tu. Bukan apa...kita nih kadang tu lalang jugak. Atau...kdang tu berani kadang tu tak. Susah jugak jadi orang tak dak pendirian nih.

Gelombang draf plan MCMC rasanya dah reda. Final meeting pun dah habis. Rasanya cuma perlu tunggu diluluskan nanti. Bukan senang nak pinda pinda nih. Bukan macam ubah kerusi meja.

Banyak spekulasi yang saya dengar berikutan kenapa beria ia sangat nak pinda band plan kat Malaysia. Ada yang kata "kawan" kita nak jual radio. Sebab berlambak radio terutama untuk HF (40m) dari luar. Ada yang kata 40m nih dah pack dengan Indon. Ada yang kata tak meriah 40m nih.

Bagi saya semua itu karut dan kita harus pandang dari aspek positif. Macam lah juga apabila saya membawa idea QRP kepada rakan 9w. Kalau saya tokey jual radio, dah kaya lama dah. Komisen? Kalau jual 5 6 ribu ok la jugak. Tapi yang best, ramai rakan yang berani sahut cabaran QRP nih. Walaupun meraka tahu ia memang susah dan cabaran cukup tinggi terutama di 10m.

40 m bagi saya amat perlu untuk 9w kerana kita selama ini tak berpeluang unutk "ragchew". Lebih2 lagi di repeater. Baru nak rancak..dah ada rakan nak bergabung. Bukan tak mau...tapi potong la sikit.

10m? Macam yang semua tahu laa..tengah best ja sembang..tiba tiba dia drop. Jadi potong jugak.

Dah lama kita tak sembang sejam dua bab teknikal nih. Lagipun yang mahu sembang nih dok jauh jauh.

Bolehkah 9w di 40m nanti? Tak jadi celaru ka? Kenapa harus timbul persoalan ini. Seharusnya inilah persoalan yang harus kita buat. "Bagaimana cara untuk kita tingkatkan penguasaan QSO 9w di HF"? Ini tak, asyik asyik soalan negatif ja. Boleh kah, mampukah, ya kah.

Bermula bulan 3 nanti, marilah kita gariskan dan mulakan sebarang bentuk maklumat serta aktiviti bagi persediaan 9w ke HF. Untuk bloger, kurangkanlah cerita bab bab nak kondem orang. Tengok ini salah, tengok itu salah. Lebih kan ilmiah kaedah dan cara phone di HF. Rasanya tak la nak termuntah sangat bila orang lawat blog anda nanti.

Kami di sebelah utara sudahpun mula sejak tahun sudah. Tahun ini kita akan perkukuhkan lagi. Kita tak nak orang pandang lekeh kepada pemegang lesen kelas B ini kerana salah sebut dalam HF. Kalau tak ajar macam mana orang nak tahu. Cara kondem orang bukan caranya.

72..de 9w2di

Wednesday, January 19, 2011

Apa sumbangan persatuan kepada kita?

Senarai station dari Malaysia
[starttext]
CB (SD) Directory 2011
Seperti yang saya kisahkan sebelum ini, saya kenali HAM bukan melalui persatuan atau kelab. Tak tahu pun ada kelab. Ambik borang, isi dan pi periksa pun bukan melalui kelab.

Cuma lepas kena sign dari 9m untuk sokongan tu, baru saya tahu ada Marts dan Astra ketika itu. Tanpa banyak soal sebab Pak Long yang sign borang saya dan ramai rakan ketika itu Astra maka..saya pun masuk Astra.

Ketika itu bagi saya yang masih budak hingusan dalam HAM dan jiwa muda nih ikut jaa apa orang kata.

Bagi kita dengan hobi yang banyak kepada teknikal ini seharusnya agenda persatuan kenalah kepada hala tuju hobi. Namun jangkaan saya meleset.

Ketika itu GAH persatuan ini dengan kenaikan repeater dimerata tempat. Hebat..canggih..dari utara sampai selatan...dengan satu tujuan..rakan dapat mengenal dari utara sampai selatan dan ke pantai timur.

Bukan nak kata tak bagus..memang bagus..tapi itu saja ka tujuan persatuan ditubuhkan. Hanya untuk menaikkan repeater. Adakah yuran kami untuk repeater semata mata?

Sekurang kurangnya bagi la ada aktiviti anjuran kearah yang lebih teknikal secara menyeluruh. Persatuan hanya setakat 2meter?

Sedih. Sedangkan persatuan atau organisasi yang tak kutip yuran boleh buat directory ahli. Free lak tu. Ini yang kena yuran pun dah puluhan tahun dah..tak pernah buat. Memang menyedihkan. Itu baru sikit ja. Sekurang kurang ahli akan ingat kepada persatuan. Mudah dan senang untuk dibuat.

Tapi apa kan daya. Depa hebat. Depa gah. Setakat mana? Setakat penaik repeater ja.

Bagi saya....persatuan nih dah ibarat ubi kayu batat. Tahu dak? Ubi kayu yang dah nak jadi kayu. Sedap dilihat tapi tak boleh dimakan dan dimasak.

Baik kita bergerak secara sendirian dan langsung dengan MCMC. Lebih mudah.

Kepada persatuan lain, cuba ubah hala tuju ini. buat kelainan. Agar kita tidak disamakan dengan persatuan yang dah ibarat hidup segan mati tak mau. Kalau naik repeater pun buat la satu repeater broadband. Bagi ada kelainan.

72..de 9w2di
[endtext]

Sunday, January 16, 2011

Tak sia sia hobi nih.





[starttext]
 Apa kisahnya? Dah 10 tahun aku berkecimpung dengan broadband nih semenjak diperkenalkan TM.

Dulu banyak main dengan copper streamyx atau copper split boradband system.

Kita dah biasa dengan GSM broadband 3G dan wifi broadbang 4G.

Tapi yang nih beza sikit. Selain GSM ia juga support UHF. Wahh..teruja la aku nih.

Frequensi? 450mhz. Lantas terus aku teringat DSTAR. Owhhh..betullah seperti apa yang aku baca. DSTAR dan EVDO ini satu konsep yang sama. MCMC beri kepada TM sama seperti yang diberi kepada HAM. Cuma kita bayar duit lesen ja.

Aku terfikir. Agak rugi kerana masih selama ini belum ada lagi repeater digital dan broadband yang sememangnya akan memberi manafaat kepada kita semua.

Aku tengok antenna. 6 element untuk UHF dengan kuasa 100watts. Uiksss..kecik tapi power. Ringan gila tu. Aku masih belum test untuk TX ngan radio kita. Nanti la try.

Masa aku pasang antenna tu..dalam hati.."tak sia aku minat dalam wave communication nih". Tak rugi dan sia sia mak dan ayah benarkan aku minat dalam hobi ini.

Coax..50 ohm. Aduhh..best gila aku. Modem..Vertex Wireless. Salah satu anak syarikat yaesu. Aduhh...memang syok. Radio kita dibawah keluaran vertex standrad.

Jadi apa apa pun..aku sekarang dah bergerak ke semua pedalam. Mencari signal untuk broadband. Signal yang aku cari sama seperti dalam HAM. Phone signal.

72..de 9w2di
 [endtext]

Friday, January 7, 2011

Kenapa bunyi macam bot di 40meter?

Pernah saya tannya kepada 9m2mz. Katanya ia datang dari lebih kurang macam radar lah katanya. Negara? Mungkin Rusia.

Benar kata pak long 9m2mz. Saya dapat satu petikan surat dari IARU Region 3 Monitoring System Report. Memang betullah bunyi macam motobot nih. Terutama below 7.100 ..lagi kuat gila kalau mai belah petang.

Terima kasih paklong....anda telah memberi banyak input kepada kami. Ilmu yang sentiasa kami ingat. Cara anda berkawan dengan kami pun yang paling sempoi

Apa itu World Radiocommunication Conference (WRC)



World Radiocommunication Conference (WRC) yang diadakan setiap tiga hingga empat tahun adalah Forum Antarabangsa di mana negara-negara anggota berkumpul untuk menyemak semula perjanjian antarabangsa - Peraturan Radio ITU. WRC bertujuan untuk mencapai konsensus mengenai pelbagai perubahan dalam Peraturan untuk menyelaraskan menggunakan spektrum dalam skala global.

Perubahan terhadap Peraturan Radio ITU akan menghasilkan perubahan dan / atau update untuk merancang spektrum kami dan kemungkinan perubahan dasar dan peraturan-peraturan yang boleh menjejaskan peruntukan kepada lebih daripada 40 perkhidmatan komunikasi radio dan keadaan teknikal, operasi dan peraturan untuk kegunaan frekuensi radio spektrum dan orbit satelit.

Penting untuk dicatat bahwa dalam rangka keseimbangan antara keperluan sering imperatif spektrum untuk mendapatkan kelulusan sehingga perniagaan tidak kehilangan peluang pasaran tanpa mengorbankan kepentingan nasional.

WRC-11




1. Bagaimana untuk kita dapatkan UPDATE terbaru WRC ini?
2. Bolehkah kita mengambil bahagian dalam WRC bersama sama MCMC?

3. Adakah dibuka KEAHLIAN untuk kita sertai?
4. Adakah ini cara paling baik untuk SUARA kita sampai ke MCMC?

Segala galanya akan terjawab dalam kiriman selanjutnya.

Tuesday, January 4, 2011

SDR? Masih ada penafian? 2011, anjakan perubahan harus berlaku.

Agenda for the 2011 World Radiocommunication Conference

The World Radiocommunication Conference (Geneva, 2007),
considering

a) that, in accordance with No. 118 of the ITU Convention, the general scope of the agenda for a world radiocommunication conference should be established four to six years in advance and a final agenda shall be established by the Council two years before the conference;

b) Article 13 of the ITU Constitution relating to the competence and scheduling of world radiocommunication conferences and Article 7 of the Convention relating to their agendas;

c) the relevant resolutions and recommendations of previous world administrative radio conferences (WARCs) and world radiocommunication conferences (WRCs),

recognizing

a) that this Conference has identified a number of urgent issues requiring further examination by WRC 11;

b) that, in preparing this agenda, many items proposed by administrations could not be included and have had to be deferred to future conference agendas,

resolves

to recommend to the Council that a world radiocommunication conference be held in 2011 for a period of four weeks, with the following agenda:

(1) on the basis of proposals from administrations, taking account of the results of WRC 07 and the Report of the Conference Preparatory Meeting, and with due regard to the requirements of existing and future services in the bands under consideration, to consider and take appropriate action with respect to the following items:

1.1 to consider and take appropriate action on requests from administrations to delete their country footnotes or to have their country name deleted from footnotes, if no longer required, taking into account Resolution 26 (Rev.WRC 07);

1.2 taking into account the ITU R studies carried out in accordance with Resolution 951 (Rev.WRC 07), to take appropriate action with a view to enhancing the international regulatory framework;

1.3 to consider spectrum requirements and possible regulatory actions, including allocations, in order to support the safe operation of unmanned aircraft systems (UAS), based on the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/8] (WRC 07);

1.4 to consider, based on the results of ITU R studies, any further regulatory measures to facilitate introduction of new aeronautical mobile (R) service (AM(R)S) systems in the bands 112-117.975 MHz, 960-1 164 MHz and 5 000-5 030 MHz in accordance with Resolutions 413 (Rev.WRC 07), [COM4/5] (WRC 07) and [COM4/9] (WRC 07);

1.5 to consider worldwide/regional harmonization of spectrum for electronic news gathering (ENG), taking into account the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/5] (WRC 07);

1.6 to review No. 5.565 of the Radio Regulations in order to update the spectrum use by the passive services between 275 GHz and 3 000 GHz, in accordance with Resolution 950 (Rev.WRC 07), and to consider possible procedures for free-space optical-links, taking into account the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/9] (WRC 07);

1.7 to consider the results of ITU R studies in accordance with Resolution 222 (Rev.WRC 07) in order to ensure long-term spectrum availability and access to spectrum necessary to meet requirements for the aeronautical mobile-satellite (R) service, and to take appropriate action on this subject, while retaining unchanged the generic allocation to the mobile-satellite service in the bands 1 525 1 559 MHz and 1 626.5-1 660.5 MHz;

1.8 to consider the progress of ITU R studies concerning the technical and regulatory issues relative to the fixed service in the bands between 71 GHz and 238 GHz, taking into account Resolutions 731 (WRC 2000) and 732 (WRC 2000);

1.9 to revise frequencies and channelling arrangements of Appendix 17 to the Radio Regulations, in accordance with Resolution 351 (Rev.WRC 07), in order to implement new digital technologies for the maritime mobile service;

1.10 to examine the frequency allocation requirements with regard to operation of safety systems for ships and ports and the related regulatory provisions, in accordance with Resolution [COM6/10] (WRC 07);

1.11 to consider a primary allocation to the space research service (Earth-to-space) within the band 22.55-23.15 GHz, taking into account the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/11] (WRC 07);

1.12 to protect the primary services in the band 37-38 GHz from interference resulting from aeronautical mobile service operations, taking into account the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/12] (WRC 07);

1.13 to consider the results of ITU R studies in accordance with Resolution [COM6/13] (WRC 07) and decide on the spectrum usage of the 21.4-22 GHz band for the broadcasting-satellite service and the associated feeder-link bands in Regions 1 and 3;

1.14 to consider requirements for new applications in the radiolocation service and review allocations or regulatory provisions for implementation of the radiolocation service in the range 30 300 MHz, in accordance with Resolution [COM6/14] (WRC 07);

1.15 to consider possible allocations in the range 3-50 MHz to the radiolocation service for oceanographic radar applications, taking into account the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/15] (WRC 07);

1.16 to consider the needs of passive systems for lightning detection in the meteorological aids service, including the possibility of an allocation in the frequency range below 20 kHz, and to take appropriate action, in accordance with Resolution [COM6/16] (WRC 07);

1.17 to consider results of sharing studies between the mobile service and other services in the band 790-862 MHz in Regions 1 and 3, in accordance with Resolution [COM4/13] (WRC 07), to ensure the adequate protection of services to which this frequency band is allocated, and take appropriate action;

1.18 to consider extending the existing primary and secondary radiodetermination-satellite service (space-to-Earth) allocations in the band 2 483.5-2 500 MHz in order to make a global primary allocation, and to determine the necessary regulatory provisions based upon the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/17] (WRC 07);

1.19 to consider regulatory measures and their relevance, in order to enable the introduction of software-defined radio and cognitive radio systems, based on the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/18] (WRC 07);

1.20 to consider the results of ITU R studies and spectrum identification for gateway links for high altitude platform stations (HAPS) in the range 5 850 7 075 MHz in order to support operations in the fixed and mobile services, in accordance with Resolution 734 (Rev.WRC 07);

1.21 to consider a primary allocation to the radiolocation service in the band 15.4-15.7 GHz, taking into account the results of ITU R studies, in accordance with Resolution [COM6/19] (WRC 07);

1.22 to examine the effect of emissions from short-range devices on radiocommunication services, in accordance with Resolution [COM6/4] (WRC 07);

1.23 to consider an allocation of about 15 kHz in parts of the band 415-526.5 kHz to the amateur service on a secondary basis, taking into account the need to protect existing services;

1.24 to consider the existing allocation to the meteorological-satellite service in the band 7 750 7 850 MHz with a view to extending this allocation to the band 7 850-7 900 MHz, limited to non-geostationary meteorological satellites in the space-to-Earth direction, in accordance with Resolution [COM6/20] (WRC 07);

1.25 to consider possible additional allocations to the mobile-satellite service, in accordance with Resolution [COM6/21] (WRC 07);


(2) to examine the revised ITU R Recommendations incorporated by reference in the Radio Regulations communicated by the Radiocommunication Assembly, in accordance with Resolution 28 (Rev.WRC 03), and to decide whether or not to update the corresponding references in the Radio Regulations, in accordance with principles contained in the Annex 1 to Resolution 27 (Rev.WRC 07);

(3) to consider such consequential changes and amendments to the Radio Regulations as may be necessitated by the decisions of the Conference;

(4) in accordance with Resolution 95 (Rev.WRC 07), to review the resolutions and recommendations of previous conferences with a view to their possible revision, replacement or abrogation;

(5) to review, and take appropriate action on, the Report from the Radiocommunication Assembly submitted in accordance with Nos. 135 and 136 of the Convention;

(6) to identify those items requiring urgent action by the Radiocommunication Study Groups in preparation for the next world radiocommunication conference;

(7) to consider possible changes in response to Resolution 86 (Rev. Marrakesh, 2002) of the Plenipotentiary Conference: “Advance publication, coordination, notification and recording procedures for frequency assignments pertaining to satellite networks”, in accordance with Resolution 86 (Rev.WRC 07);

(8) in accordance with Article 7 of the Convention:

8.1 to consider and approve the Report of the Director of the Radiocommunication Bureau:

8.1.1 on the activities of the Radiocommunication Sector since WRC 07;

8.1.2 on any difficulties or inconsistencies encountered in the application of the Radio Regulations; and

8.1.3 on action in response to Resolution 80 (Rev.WRC 07);

8.2 to recommend to the Council items for inclusion in the agenda for the next WRC, and to give its views on the preliminary agenda for the subsequent conference and on possible agenda items for future conferences, taking into account Resolution [COM6/22] (WRC 07),


resolves further

to activate the Conference Preparatory Meeting and the Special Committee on Regulatory/ Procedural Matters,

invites the Council

to finalize the agenda and arrange for the convening of WRC 11, and to initiate as soon as possible the necessary consultations with Member States,

instructs the Director of the Radiocommunication Bureau

to make the necessary arrangements to convene meetings of the Conference Preparatory Meeting and to prepare a report to WRC 11,

instructs the Secretary-General

to communicate this Resolution to international and regional organizations concerned.
 

Sunday, January 2, 2011

Kisah 2010.

Salam,

2010 memang berbeza dari tahu tahun permulaan aku di HF. Aku bermula tahun 2008 jadi dah nak masuk 3 tahun aku aktifkan semula dalam HF nih yang telah kian lama mengepi. Ikuti kisahnya.

1. Solar flare dan SSN

Nampaknya ada perubahan dan cara propagai membuka pun agak berbeza. Dikatakan ia makin meningkat pada 2011. Pada tahun ini juga sejarah rakan2 seperjuangan di HF seperti 9w2rzl (9m2rdx), 9w2knz, 9w2oza, 9w2esm, 9w2mab DXCC dengan station dari Brazil. Tahun SAMBA lah katakan. Heheh. Masih menunggu dan masih mengkaji peningkatannya.

2. Jambori On The Air (JOTA)

Wahh..tahun 2010 memang best. Inilah tahun dimana kami cuba memcatat rekod "radio HF paling banyak dikumpul"..heheh. Kami dapat mengumpul 12 radio HF....majoriti dari kalangan 9w. Tahniah. Jota juga telah menyenaraikan banyak DXCC pada tahun ini. 9m4sjk dalam kenangan. Moga dapat pakai lagi call itu di 2011. Jangan lupa..kami berjaya naikkan 5 antenna HF untuk JOTA tahun ini.

3. Tahun "PERANG" QRP

Tahun 2010 memang merupakan tahun aku nak naikkan QRP dimata HAM. Alhamdulillah, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengan pendedahan melalui Youtube dan penulisan blog ini, rasanya ramai yang dah sedar kehebatan QRP dan juga 10Meter. QRP 40meter tak main naa..hehehe...Ramai yang beli FT817nd dan ada yang main kutu. Memang satu pemandangan yang cukup indah. Namun tahun ini juga aku sedih dengan perkembangan QRP ini kerana ada segelintir "kawan" lama aku yang mengeluarkan statement tak sekolah nih. Hairan aku...pandai CW ketuk macam nak pecah meja...tapi mengeluarkan statement yang bagi aku memang tak relevan. Satu dunia dah QRP. Namun perjuangan tetap diteruskan. Aku masih dengan video qrp yang tak sehebat mana pun untuk rujukan kepada yang "takut" dengan QRP lantas takut dengan bayang2 sendiri dan ego sendiri. Muncul hampir 30 station QRP. Tahniah kepada semua yang mahu menyahut cabaran QRP terutama di 10 meter.

4. 10 meter mengganas antara Semenanjung dan Borneo

Boleh dikatakan setiap masa open. Yang paling best kita dapat bekerja dengan station mobile 9w8alf dan 9w8wat. Memang teruja dengan 10meter pada tahun ini terutama apabila plot propagasi memberi gambaran sebenar kepada kita.

5. Draf pelan Spektrum

SKMM mengeluarkan draf untuk kajian dan HAM perlu memberi maklum balas dengan menghantar kembali borang tersebut. Nampaknya ramai yang memberi sokongan terutama kepada pemberian 40m kepada 9w. Satu gambaran cahaya baru buat 9w. Namun ada juga yang membantah. Katanya akan lingkup 40m tu. Sedih kan? Belum apa lagi dah negatif. "Mereka" masih suka 9w dibawah tempurung. Terima kasih lah buat "mereka". Kerana tanpa "mereka" kita tidak BANGKIT sampai ketahap ini.

Ada banyak lagi coretan berkaitan 2010. Cukuplah setakat ini. Lagipun bak kata orang..cakap pun tak guna. Memang "depa" suka kita jatuh. "Depa" suka 9w BODOH. Main radio macam "tonto". BODOH beli set QRP. Lingkup 40m kalau bagi kat 9w....tak tahu CW ibarat LANUN....

Moga 2011 akan memberi sinar baru dengan agenda terbaru yang telah kita atur. Kalau boleh dapat kita jalankan Malaysia 10meter net? Mana nak tau kan....

72..de 9w2di