Salam,
Senang rasanya hari nih bila baca Presiden Mesir dah letak jawatan. Itulah kalau bila orang dah tak suka, dah meluat.
Alhamdulillah di Malaysia nih rakyatnya tak sampai tahap tu. Bukan apa...kita nih kadang tu lalang jugak. Atau...kdang tu berani kadang tu tak. Susah jugak jadi orang tak dak pendirian nih.
Gelombang draf plan MCMC rasanya dah reda. Final meeting pun dah habis. Rasanya cuma perlu tunggu diluluskan nanti. Bukan senang nak pinda pinda nih. Bukan macam ubah kerusi meja.
Banyak spekulasi yang saya dengar berikutan kenapa beria ia sangat nak pinda band plan kat Malaysia. Ada yang kata "kawan" kita nak jual radio. Sebab berlambak radio terutama untuk HF (40m) dari luar. Ada yang kata 40m nih dah pack dengan Indon. Ada yang kata tak meriah 40m nih.
Bagi saya semua itu karut dan kita harus pandang dari aspek positif. Macam lah juga apabila saya membawa idea QRP kepada rakan 9w. Kalau saya tokey jual radio, dah kaya lama dah. Komisen? Kalau jual 5 6 ribu ok la jugak. Tapi yang best, ramai rakan yang berani sahut cabaran QRP nih. Walaupun meraka tahu ia memang susah dan cabaran cukup tinggi terutama di 10m.
40 m bagi saya amat perlu untuk 9w kerana kita selama ini tak berpeluang unutk "ragchew". Lebih2 lagi di repeater. Baru nak rancak..dah ada rakan nak bergabung. Bukan tak mau...tapi potong la sikit.
10m? Macam yang semua tahu laa..tengah best ja sembang..tiba tiba dia drop. Jadi potong jugak.
Dah lama kita tak sembang sejam dua bab teknikal nih. Lagipun yang mahu sembang nih dok jauh jauh.
Bolehkah 9w di 40m nanti? Tak jadi celaru ka? Kenapa harus timbul persoalan ini. Seharusnya inilah persoalan yang harus kita buat. "Bagaimana cara untuk kita tingkatkan penguasaan QSO 9w di HF"? Ini tak, asyik asyik soalan negatif ja. Boleh kah, mampukah, ya kah.
Bermula bulan 3 nanti, marilah kita gariskan dan mulakan sebarang bentuk maklumat serta aktiviti bagi persediaan 9w ke HF. Untuk bloger, kurangkanlah cerita bab bab nak kondem orang. Tengok ini salah, tengok itu salah. Lebih kan ilmiah kaedah dan cara phone di HF. Rasanya tak la nak termuntah sangat bila orang lawat blog anda nanti.
Kami di sebelah utara sudahpun mula sejak tahun sudah. Tahun ini kita akan perkukuhkan lagi. Kita tak nak orang pandang lekeh kepada pemegang lesen kelas B ini kerana salah sebut dalam HF. Kalau tak ajar macam mana orang nak tahu. Cara kondem orang bukan caranya.
72..de 9w2di
1 comment:
Abg din kenapa maklumat kat web abg din ni banyak dah hilang sejak abg din update blog. banyak rakan2 belajar dari pengalaman abg din memperjuangkan penggunaa 10m / qrp
Post a Comment