Global HF (Ionospheric Map)


Saturday, November 26, 2011

Nak main persatuan atau nak main radio nih

Perkembangan HAM Malaysia agak lembab. Terutama perkembangan lesen B. Perkembangan RAE memang hebat. Tapi kemana hala tuju anda? Adakah masih dengan 2 meter dan eyeball yang tak sudah2.


Saya kenali radio dan HAM bukan melalui persatuan. Atas minat sejak dari bangku sekolah lagi. Lebih didedahkan apabila saya terlibat langsung dengan CB. Orang CB banyak bantu saya.


Agak mengecewakan saya setelah saya memasuki ASTRA pada tahun 1999 apabila saya melihat minat dan hobi ini cenderung kepada persatuan. Cenderung kepada nak jawatan. Cenderung kepada perjumpaan sana, perjumpaan sini. Sedangkan sebarang akiviti dan perbincangan boleh dibuat diudara.


Dah main radio. Tapi nak kena habiskan duit minyak jugak, eyeball sana eyeball sini. Yang ahli pun bukan berduit sangat.


Mengapa harus utamakan persatuan dahulu kemudian hobi? Sedangkan MCMC tidak meletakkan syarat untuk RAE WAJIB AHLI PERSATUAN RADIO AMATUR. Ambik perikasa ni macam SPM laa jugak. Boleh ambik sebagai calon persedirian.


Namun ramai yang salah anggap dan ada yang menyalahtafsirkan peranan persatuan radio amatur. Sebenarnya pokok utama seseorang itu taksub kerana "jawatan" dan repeater. Kononya kalau tak masuk persatuan tak boleh bercakap direpeater.


Untuk itu MCMC harus kita jadikan rujukan utama sebenarnya. Bukan bermaksud kita tak sokong 100% persatuan nih. Tapi kalau dah melampau sangat..sapa suka. Sampai nak jumpa kawan lama pun kena bayaq..apa cer nihh...mana pi yuran yang dok bayaq dulu..takkan habis buat repair repeater.


QSL biro kita tetap MARTS. Tak boleh ubah dah. Jadi setiap QSO kita kalau VIA Biro ..akan ke MARTS. Apa masalahnya. Sampai jugak QSL card walaupun bukan ahli MARTS.


Jadi tolonglah. Sempena tahun baru 1433 Hijrah ini..renungkan...NAK MAIN RADIO KA...NAK MAIN PERSATUAN KA...


Cuba tengok rakan yang gila main radio..kemana mereka? Apa perkembangan mereka...cuba banding rakan yang dok noonnngg sana nonngg sini dengan persatuan....dgr2 bergaduh...tak puas hati....


Sudah sudah laaa...persatuan sebagai platform untuk kita gunakan ia sekiranya perlu dan bukan persatuan mempergunakan kita...


72 ..de 9w2di

3 comments:

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Bang Din Salam Maal Hijrah. Bagi sayalahkan persatuan penting juga utk mewakilkan kita tentang sesutu isu, tetapi kalau tiada perubahan nak buat camnakan. main radio ni memang tak habis. banyak benda baru kita belajar setiap hari. lebih baik terus belajar dan belajar utk memajukan xtvt radio kita ni.Terima kasih bang din proud to be 9w too...

9w2di said...

Salam maal hijrah,

Persatuan wakil? Hmm..kalau yang lain saya sokong ..kalau Astra..sampai perjumpaan WRC atau pindaan band plan pun kita tak pernah dengar walaupun saya dah bersama astra 13 tahun.

Back to basic. Hobi main radio dan kita main radio...kalau berlumba dok ligan persatuan..last sekali rebah...

Teruskan usaha anda untuk kekalkan momentum di HF dengan membawa tiket 9w...

Zainal Abidin Ghazali said...

saya pun bangga juga jadi 9W,saya lagi senang abg din,xdftr pn lg dlm mn2 persatuan,masih perseorangan,dh ini hobi sya,ikut saya la..hehehe.
rasa nak dftr jg persatuan,bru la best join aktiviti,kl ada..
hobi saya mereka bereksperimen,antenna pn homebrew,bkn kdekut,tp kpuasan.
nasib baik radio je xmmpu nk bt sndiri lg..eheheheh

9W2FLV / 113MB397