Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, June 27, 2010

Web base SDR (Software define radio)

Pernah dengar CQ 100? Pada mulanya ramai yang keliru, tanpa perlu ambik cw kita dah boleh qso dgn station luar melalui cq100...hmmm..sebenarnya cq100 todak lebih seperti VOIP yang lain. Yahoo msg dan lain lain lagi.

Kita tak merasa "feel" yang sebenar. Audio tak real.

Jadi, ada beberapa web telah menyediakan shoutcast HF nih. Namun perlu ada station lain yang memberi input audio, manakala frekensi terhad...hmmm..tak real jugak.

So, sekarang kita nak real...nak seolah olah radio dihadapan kita.

Lihat nie

 Interface ini lah rootnya. Ia disambungkan kepada komputer dan antenna. Mudah kan? Memang mudah. Jadi. bagaimana kita nak mendapatkan frekuensi dan band?

Ini dia :



Inilah software yang mengawalnya. Interface diatas adalah untuk receiver. Bagi transceiver? Ada interface lain.

Ayat mudah yang saya gunakan bagi memudahkan anda paham termasuk saya..heheh...


Jadi..bolehkah kita mendengar dengan adanya 4 infra nih...

1. komputer
2. interface
3. software
4. Antenna

Mudah ja kan? Yaaa..memang mudah. Kita buat perumpamaan. Dulu ada drum. Sekarang drum pun dah guna software. Jadi samalah cam radio nihhh...


Kalau begini kena pasang antenna lah baru leh dgr...camna nak dengar dari opis dan sebaginya....? Embeded web....lepas tu..siap multi user lagi tuu...hmmm..satu radio multi user pulas knob..hehehe..mana nak carik.


Akhirnya..saya termui web ini http://websdr.ewi.utwente.nl:8901/

Jadi...ENJOY LIVE HF DI KOMPUTER ANDA..UMPAMA ANDA BERADA DISISI RADIO...


73...de 9w2di

Wednesday, June 23, 2010

TX trial with 10m telescopic QRP antenna



P&R (Press and release). Memang diperlukan semasa kita dalam keadaan kehabisan kuasa. Namun apabila kita ke HF kita seharusnya praktikkan P&R nih supaya kita akan sentiasa ada ruang utuk station lain break in.

Terima kasih buat abang lan(9w2mab). Jarak kami berdua dalam 40km. Selepas ini kita akan cuba pada jarak yang lebih jauh...ya ka?...tunggu.....


72..de 9w2di

Tuesday, June 22, 2010

QRP Telescopic for 10 meter band

Baru jaa terima hari nih. Terima kasih buat posman yang telah hantar surat yang menyatakan barang nih kena ambik melalui serahan tingkap.

Call 9w2usf. Connector L untuk 817 dah ada...wahhh..serentak lakk tu.

Jadi apa lagi...terus ke salt mine 9w2usf..hmmm..terus jaa pasang. Mula minta 9w2zrz try.

Hmm..skip. Lagipun propagasi tak menguntungkan.







Balik rumah lak..terus ja eksperimen RX..macam biasa...mak aih..kuat sungguh...jadi memang betullah...kalau barang baik..baik laa dia.

Telescopic ini saya order dari Bangkok. Saya telah minta dia cuba buat untuk 40m. Katanya kalau siap nanti dia rojer balik...wahhh..best nihhh..leh trigger 40m dari dalam rumah nanti...heheheh...

Tak menghampakan rakan rakan ..seperti biasa rakaman video telah dibuat :




Part 2 RX receive performance



Terima kasih kerana menonton...ini adalah iklan racun selepas hampir banyak bulan tak hujan...heheh

72..de..9w2di

Wednesday, June 16, 2010

16 Jun 2010 : Japan attack Malaya










































Kalau org tua2 kita baca tajuk nih mau marah depa..hehehe... Kisahnya begini. Pada mulanya saya dapat terima E20wxa...selalunya pelan sora dia. Namun hari ini kuat pula kedengaran. Jadi SMS mula menjadi senjata untuk tembak kawan kawan terutama 9w2.

Lepas tu, mula jam 7 pm, dah mula dgr station dari Jepun. Apa lagi terus jaaa CQ..mak aih..berdedam masuk. SMS ke 2 kepada rakan2 bahawa Jepun dah masuk..hmmm..apa lagi..orang kuat DX..9w2oza, 9w2esm dan 9m2rdx...wahhh...udah pile up nihhhh....

Itulah kisahnya. Tak laa sehebat rakan2 yang dok bekerja di 20m dan 15m. Bolehlaa setakat pile up Jepun. Janji pile up...tak tau la kot depa nak boh nama lain ka...mana standard 10m nihh kan....

Log hari nih :
1. e20wxa
2. ja1fio
3. ja5cpj
4. ja3wpn
5. ja3jot
6. jh7rtq
7. 7n4ngr
8. ja1idc
9. ua0cw
10. jg1xlz
11. jh7cvm
12. ja3gft
13. jh1hic
14 ua0lhg
15. jh1kln

Tahniah buat 9w2esm kerana dapat 35 from Japan dan buat amir 9w2oza....tak lupa juga rizal..dan kalau ada local lain yang bekerja hari nih. Hampir sebulan tak cq camnie..memang rindu..bagus gak kalau kekadang membuka nihhh...bukan apa...tak laa bosan sangat kalau asyik membuka jaaa...

Kepada yang sudi melayan sms saya..tima kasih..kalau ganggu kasi tau naaa...

73...de 9w2di

Tuesday, June 8, 2010

Suka lihat 9w2 dibodohkan?

Salam,

Seperti apa yang saya kisahkan dahulu, 9w2 dalam sekitar 1999 kebanyakan di utara bermula dari CB. Sehingga tarikh itu, masih ada yang belum berlesen HAM dan masih lagi membangunkan antenna dan sebagainya. Semangat mereka tidak luntur. Hanya apabila mereka kembali kepadaNya sahaja sebarang pembangunan yang dilakukan terhenti.

Suatu ketika pada tahun 2008 saya terkejut apabila rakan HAM 9w2??? tidak mengenali, linear, dipole, osilator, transistor dan sebagainya terutama barangan HF. Kenapa?

Biarpun dahulu saya bukan HAM dan saya tak tahu CW, ramai rakan saya "LANUN" memberi input ilmu yang banyak berkaitan HF. Walaupun tak banyak, sedikit sudah cukup bagi saya untuk bekalan diri sendiri. Itu pegangan kami semasa itu. Kerana tidak mahu ilmu itu terhenti begitu sahaja.

Saya merenung seketika....dimana ilmu Radio ini banyak diperolehi....memang saya tak nafi..saya dapat banyak di HF. HFlah sumber lubuk ilmu komunikasi yang luas. Benar...apabila saya sudah menjadi HAM dan mendapat callsign...saya sudah "malas". Malas nak buat antenna...malas nak buat linear..dan malas nak ambik tahu pasal powersupply...hmmmm...sebab?...masa itu sudah ada repeater...buat apa nak susah susah naikkan antenna..dengan rubber duck jaaa dah leh sembang.....ini benar....

Akibatnya....saya dah mula tidak produktif seperti dulu...Naik bumbung..naik pokok pelam...hmmm

Kenapa salahkan repeater lak? Tak salah...repeater bagus...cuma pasal saya laa yang saya nak kongsi...jangan jadi macam saya...terus terusan tinggal homebrew dan sebagainya dek mudah berkomunikasi menerusi repeater....

Tajuk artikel ini...sedar atau tidak...dengan HF kita akan dapat banyak ilmu....jadi kalau ada pihak yang tidak mahu 40m diberikan kepada 9w2...pastinya dia tak mahu ilmu itu turun kepada kita..."dia" mahu 9w2 sentiasa dipandang bodoh dan tak tahu apa. Saya pasti...orang seperti ini mempunyai hati yang bukan setakat hobi ini saja busuk..malah dalam realiti dia berkawan pun begitu.

Lemparan dan tuduhan kepada 9w2 ini sudah lama....saya pun pernah kena suatu ketika dulu...lebih teruk lagi kerana kami ni banyak berasal dari kampung dan sebagainya.

Saya tahu..."dia" tahu..ada 9w2 boleh buat radio sendiri. 3.5...7mhz...mudah bagi mereka. "Dia" takut...championnya dia di 40m akan tergugat. Bukan kerana sebab lain.

Saya masih lagi berjuang...berjuang kepada rakan2 9w2???..untuk lebih terdedah kepada HF terutamanya. Dulu kami kena "sound" dulu baru boleh dpt ilmu nih...sekarang nih tak dak dah sound sound nihhh...marilah kita berkongsi.....

Yang masih ego dengan cara lama..biarkan...ingat...bukan "dia" yang akan memajukan kita..semuanya diatas diri kita sendiri.



72..de 9w2di....