Global HF (Ionospheric Map)


Monday, October 17, 2011

SOTA dan 9w

Lama tak eyeball? Lama tak dgr dalam repeater. Lama tak dgr suara.

Inilah beberapa kata2 yang kita sering dgr dikalangan 9w apabila lama tak jumpa.

Jarang kita dgr, lama tak DX, lama tak SOTA, lama tak IOTA....
Bolehkah sedikit masa nanti kita ubah pertanyaan kita?

Sebenarnya banyak ilmu HAM ini yang perlu kita terokai. Kalau kita lihat ilmu yang banyak ingin dipelajari sekarang ilmu buat repeater. Sebab tu tak heran berlambak repeater. Sampai repeater ronda kampung pun ada. Bagus, bukan tak bagus, tapi cukup cukuplah.

Banyak lagi nak kena timba nih....sebab balik2 gaduh. Repeater rosak la, tak bagi dana repair la.....tup tup timbul 40k. Haa!!!

Salah satunya SOTA(Summit On The Air). Semasa saya mula mendapat lesen dulu, saya pun tak tau apa menatang ini SOTA. Tapi saya banyak dapat info dari sugardelta pada masa itu berkaitan SOTA.

Nak kata HAM Malaysia SOTA...memang dah nak masuk 12 tahun tak pernah saya dgr. Dari 9m? Lagi tak dgr. Yang dok dgr QRM...heheh.....

SOTA nie mudah ja. Bawa radio dengan bekalan bateri. Antenna yang mudah. Lepas tu cari bukit atau gunung, lepas tu TX. Anda sebagai station akan menjadi rebutan station chaser yang lain. Mudah kan? HF ka? VHF dan UHF pun boleh. Tak semestinya HF.

Jadi boleh la kita jadikan aktiviti tahunan. Persatuan, keluar award. Nie tak..kita nak kutip duit repeater. Asyik asyik eyeball nihh...cuba la sekali buat.

Pak din dah buat ka? Saya pernah buat masa saya dalam 113dev dulu. Tapi tak official la.

Ubahlah aktiviti kita. Jadikan ia lebih menarik. Bila ada aktiviti ini maka kurangla aktiviti nak kata kat orang. Banyak bercakap akan banyak kita buat salah. Sebab tu Nabi berpesan, kalau tak mau banyak buat salah, diam.

72..de 9w2di

4 comments:

AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET said...

gunung mana nak panjat kali nie bang din oiiii.....hehehe.....perlis tak dak gunung

9w2di said...

bukit chuping ada..tak pun bukit lagi....

9w2edu said...

abg din.. kami igt nk buat sota ni, planing munggu depan nk naik bukit tabur, lps tu sampai puncak nk buat check net simpleks 2m dan 70cm.. boleh ke abg din?? kira sota jugak ker??huhuhu.HF x da set.x dapat la nk buat.

Anonymous said...

Saya pernah IOTA di Pulau Tioman..memang mencabar,dengan angin di waktu mlm yg kuat tapi mmg berbaloi..station yg respons terkejut apabila ada org TX dr tioman huhu.walaupun brg2 yg dibawa agak berat namun berbaloi! Satu lagi passion saya adalah SOTA..Saya pernah cuba TX di puncak gunung tahan,namun xberjaya akibat cuaca yg buruk tidak mengizinkan saya memasang antenna..tapi saya puas :) impian sewaktu kecil tidak saya lupakan apabila dewasa..explore the world that Allah give to us,selagi bernyawa..bawalah radio ke tempat2 yg sukar untuk dituju,dan cubalah TX di puncak2 gunung..subhanallah...