Global HF (Ionospheric Map)

Global HF (Ionospheric Map)
Thursday, December 1, 2011


Salam,

Nak berenti sat bab pembnagunan bersama Astra nih. Depa masih nak memantopkan VHF so kita teruskan dengan pembangunan dan membawa lagi lesen B ke persada HF.

Kali ini saya nak mengajak anda menggunakan software yang terbaik dari ladang pemberian 9m2mz kepada saya. Sejak laptop ini diformat, saya terus terusan mencari tang mana laa aku letak software nih. Akhirnya jumpa juga.

Anda boleh gunakan software ini untuk pembangunan antenna :

  1. Deltaloop
  2. Dipole
  3. Coaxile
Juga sekiranya anda dah ada antena cuma antenna anda tak resonant kepada mana2 frekuensi....ini lah software yang sesuai.

Url untuk download :

http://www.4shared.com/file/wtZ8alFH/antcalc1.html

Browse pada folder yang perlu...

Jomm..selamat mencaba...sebarang masalah sila komen pada post ini...

72  de..9w2di
Wednesday, November 30, 2011
Salam,

Ada yang mengatakan saya ANTI VHF..pulak adalah. Anda salah...anda patut kata saya ANTI REPEATER...

Jawapannya...saya ANTI SEMUA DUIT YURAN PI KAT REPEATER. Habis macam mana nak capai hala tuju. Jenuh hala..hala hala..repeater ..hala hala repeater....

Perkembangan pembangunan repeater agak pesat sekitar awal 2000. Ini menampakkan juga pertumbuhan penggunanya yang semakin meningkat. Tak kisahlah sebab setiap kali pameran dan sebagainya akan didemokan dengan cara komunikasi repeater.

Sedar atau tidak sebenarnya perkembangan ini mula "MAKAN DIRI"...kenapa?

Apabila ramai yang berkejar nak belajar buat repeater maka makin banyaklah percubaan repeater. Apabila percubaan sudah jadi penggunaan sepenuh masa...jenuh MCMC nak kawal semua.

Mulanya saya hairan namun baru saya dapat kesan inilah akibatnya apabila terlalu banyak pendedahan kepada teknologi repeater. Semua nak buat sendiri. Semua nak tunjuk hebat.

Akibatnya repeater itu boleh dipergunakan bila bila masa. Ada yang bagi kat peronda kampung, ada bagi kat pak guard..macam macam lagi. Bukan apa, kalau jalan dengan elok...pembangun akan rasa puas. Bagus..bukan tak bagus...tapi biar la bertempat.

Sehinggakan segala pembagunan lain terhenti. Saya akan bangga kalau repeater dilengkapi dengan DSTAR. UHF? Ada tapi kurang. Berlambak VHF.

Pembangun selalunya akan mengambil kesempatan ini supaya ia boleh mewujudkan komunitinya sendiri. BETUL ATAU SALAH apa yang saya katakan ini.

Ada pihak yang melenting bila saya mempertikaikan peruntukan untuk aktiviti ahli persatuan semua ke repeater. Please laa...takkan 10 tahun lagi nak mcam ni saja.

Ilmu dalam VHF luas sebenarnya. Jarang saya dengar VHF dalam SSB dipergunakan. Juga RTTY. Ada...mula sat lepas tu diam. Tak macam di repeater...hebat sungguh sambutan.

Saya tidak menghalang kemajuan ini. Tapi saya nak bagitau..dah cukup dah..kalau 50 repeater kat ada pun..sama jaa..repeater tu gakkk....untuk cakap jaa....

Entahlah....perkara ini saya ikuti sejak 4 tahun yang lalu. Namun sekarang sudah nampak agak pelik. Masing masing berlumba. Sekurang kurangnya pastikan walaupun repeater salah satu pembangunan persatuan..jangan ditinggal yang lain. Ini tak...JEMPUT semua agensi....JOM PAKAI REPEATER KAMI...yang kena bayaq..AHLI.....duit ahli kena potong. Aktiviti lain...diammm...

72..de 9w2di
Monday, November 28, 2011
Salam,

Saya hanya ada persatuan 1. Persatuan ini pun saya kenal apabila saya ingin mendapat tandatangan seorang 9m2 bagi pengesahan dan permohonan saya untuk mendapatkan AA.

Mula best. Tapi tunggu punya tunggu (kata P.Ramlee) asyik camtu jaa. Dah lebih 10 tahun saya beri peluang dan tengok..haa camtu gak. Apa yang camtu?

Banyak yang ingin saya luahkan, namun biarlah setiap ahli merasainya sendiri. Kalau setahun dua anda belum rasa. Tapi kalau dah 10 tahun dok rx persatuan nih..camtu jaa...sapa tak pedup.

Berikut adalah tip tip untuk anda yang baru nak berjinak dengan persatuan radio amatur.

1. Kalau anda suka kepada pernyertaan dengan negara luar
Cari persatuan yang aktif dengan setiap aktiviti dxing. Juga tak lupa yang selalu melibatkan diri dengan JOTA, IOTA, SOTA dan lain2.

2. Kalau anda duit banyak tak tau nak buat apa.
Cari persatuan yang banyak repeater. Dermalah sebanyak mungkin duit anda. Kerana sudah pasti kos untuk repeater ni mahal.

3. Kalau anda sanggup menanggung hutang.
Masuklah persatuan yang tidak perlukan surat perjanjian bertulis. Selangkah anda masuk persatuan itu, automatik anda dah ada hutang.

4. Kalau anda ingin dekat dengan MCMC
Masuklah persatuan yang selalu mengadakan persidangan rasmi dengan MCMC. Persidangan yang membincangkan perkembangan ITU dan IARU region 3.

5. Kalau anda adalah pasukan penyelamat.
Ada persatuan yang mengoferkan perkhidmatan tersebut.

6. Kalau nak main radio
Beli radio ambik RAE. Tak yah masuk persatuan..sapa nak larang. MCMC pun tak pernah kata WAJIB masuk persatuan...

Selama 13 tahun saya berpesatuan. Rupa rupanya ia dibina atas dasar membalas dendam. Sehingga kini dendam itu masih membara. Diturunkan kepada generasi ke generasi.

Jadi kalau rasa selesa dengan keadaan sekarang teruskan. Saya dulupun tak bermula dengan persatuan. Tau jugak nak CQ CQ cara bodo. Sekarang yang dah berpesatuan balun, SSB, linear pun tak kenal. Bukan  main hebat...hebat buat antenna..habis ribuan ringgit..repeater jugak tempat bergayut..

72 de 9w2di

Search

Loading...

Blog Archive

About Me

My Photo
9w2di
CB fan 15 years. My sugardelta call 113SD110. Amateur since 1999 with call 9w2di. My QSL Info: 9w2di No. 117 Jalan 5, Taman Desa Jaya Indah, Jalan Jenun, 08800 Gurun Kedah.
View my complete profile

Total Pageviews

Followers

Propagation

Facebook Share

Solar Image

Klik image untuk paparan yang jelas