Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, January 2, 2011

Kisah 2010.

Salam,

2010 memang berbeza dari tahu tahun permulaan aku di HF. Aku bermula tahun 2008 jadi dah nak masuk 3 tahun aku aktifkan semula dalam HF nih yang telah kian lama mengepi. Ikuti kisahnya.

1. Solar flare dan SSN

Nampaknya ada perubahan dan cara propagai membuka pun agak berbeza. Dikatakan ia makin meningkat pada 2011. Pada tahun ini juga sejarah rakan2 seperjuangan di HF seperti 9w2rzl (9m2rdx), 9w2knz, 9w2oza, 9w2esm, 9w2mab DXCC dengan station dari Brazil. Tahun SAMBA lah katakan. Heheh. Masih menunggu dan masih mengkaji peningkatannya.

2. Jambori On The Air (JOTA)

Wahh..tahun 2010 memang best. Inilah tahun dimana kami cuba memcatat rekod "radio HF paling banyak dikumpul"..heheh. Kami dapat mengumpul 12 radio HF....majoriti dari kalangan 9w. Tahniah. Jota juga telah menyenaraikan banyak DXCC pada tahun ini. 9m4sjk dalam kenangan. Moga dapat pakai lagi call itu di 2011. Jangan lupa..kami berjaya naikkan 5 antenna HF untuk JOTA tahun ini.

3. Tahun "PERANG" QRP

Tahun 2010 memang merupakan tahun aku nak naikkan QRP dimata HAM. Alhamdulillah, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengan pendedahan melalui Youtube dan penulisan blog ini, rasanya ramai yang dah sedar kehebatan QRP dan juga 10Meter. QRP 40meter tak main naa..hehehe...Ramai yang beli FT817nd dan ada yang main kutu. Memang satu pemandangan yang cukup indah. Namun tahun ini juga aku sedih dengan perkembangan QRP ini kerana ada segelintir "kawan" lama aku yang mengeluarkan statement tak sekolah nih. Hairan aku...pandai CW ketuk macam nak pecah meja...tapi mengeluarkan statement yang bagi aku memang tak relevan. Satu dunia dah QRP. Namun perjuangan tetap diteruskan. Aku masih dengan video qrp yang tak sehebat mana pun untuk rujukan kepada yang "takut" dengan QRP lantas takut dengan bayang2 sendiri dan ego sendiri. Muncul hampir 30 station QRP. Tahniah kepada semua yang mahu menyahut cabaran QRP terutama di 10 meter.

4. 10 meter mengganas antara Semenanjung dan Borneo

Boleh dikatakan setiap masa open. Yang paling best kita dapat bekerja dengan station mobile 9w8alf dan 9w8wat. Memang teruja dengan 10meter pada tahun ini terutama apabila plot propagasi memberi gambaran sebenar kepada kita.

5. Draf pelan Spektrum

SKMM mengeluarkan draf untuk kajian dan HAM perlu memberi maklum balas dengan menghantar kembali borang tersebut. Nampaknya ramai yang memberi sokongan terutama kepada pemberian 40m kepada 9w. Satu gambaran cahaya baru buat 9w. Namun ada juga yang membantah. Katanya akan lingkup 40m tu. Sedih kan? Belum apa lagi dah negatif. "Mereka" masih suka 9w dibawah tempurung. Terima kasih lah buat "mereka". Kerana tanpa "mereka" kita tidak BANGKIT sampai ketahap ini.

Ada banyak lagi coretan berkaitan 2010. Cukuplah setakat ini. Lagipun bak kata orang..cakap pun tak guna. Memang "depa" suka kita jatuh. "Depa" suka 9w BODOH. Main radio macam "tonto". BODOH beli set QRP. Lingkup 40m kalau bagi kat 9w....tak tahu CW ibarat LANUN....

Moga 2011 akan memberi sinar baru dengan agenda terbaru yang telah kita atur. Kalau boleh dapat kita jalankan Malaysia 10meter net? Mana nak tau kan....

72..de 9w2di

5 comments:

FTDX400 said...

Berkaitan Draf Spectrum Planing 2010 ...Semalam di MCMC telah dibincangkan di peringkat tertinggi dan ada lebih dari 10 orang yang mewakili Ham....tak ada gunanya kita komplain sana sini. Yang penting kita turut serta dan berikan pandangan....

9w2di said...

Saya ada dengar mengenainya. Kenapa tiada undangan untuk bersama sama dalam mesyuarat itu?

Kalau ada tu bukan apa..kami kat utara nih nak juga turut serta. Takut kalau pi tak dijemput tak best la pulak.

Lagipun..majlis yang macam nih bagi kami orang kampung nih bukannya pandai sangat

Kalau dapat hebahan dibuat ..rasanya bolehlah kami bersama sama memberi sokongan..

FTDX400 said...

Sebenarnya saya pun tidak diundang dalam masyuarat pertama dan kedua. Hanya yang ketiga ini sahaja sy diundang. Sebenarnya yang mengundang adalah pihak SKMM sendiri. Jika anda berminat untuk menyertainya silalah beri email anda dan juga number telefon anda.

9w2di said...

Email saya

aidiesha@gmail.com
0133681931

FTDX400 said...

Akan sy forwardkan keterangan anda ini....