Global HF (Ionospheric Map)


Monday, October 24, 2011

Favoritisme dalam HAM

Salam sejahtera,

Bak kata orang pilih bulu. Pilih kawan yang tertentu sahaja. Kadang perkara ini bagus kadang ia tak baik terutama dalam tuntutan agama yang bagi kita seharusnya semua adalah bersaudara.

Selalunya ia berkait rapat dengan hobi yang sama dan minat yang sama. Agar kita boleh berkongsi. Ya laa...kalau sorang kawan tu minat motor dan sorang lagi minat keta...lama mana sangat nak kongsi. Kecuali kalau nak bertukar hobi.

Dalam HAM perkara ini telah berlaku. Sudah lama. Bukan baru nak perkatakan. Dulu...dari SUgar Delta dan dah dpt 9w..maka terusan mencari rakan yang ada 9w. Samalah yang SWL nak berjinak dgn HAM..akan mencari yang berlesen. Ini kawan pilihan..perlu...sebab nak capai ilmu hobi nih.

Sekarang rakan yang dah ke HF ...kurang dah nak berborak dgn rakan di repeater. Bukan sombong, tapi perubahan budaya telah bertukar. Dilihat tak la nampak jurang sangat. Selain rakan yang selalu direpeater tu asyik nak kias kias dan perli. Kenapa harus perli. MCMC dah bagi kat anda dalam AA. Main saja laa....Kalau takut bongkak..main QRP..heheh...

Berlainan dengan CW. Sebab ada pelopor ini "TAK SEMUA" yang terus terusan membeza kepada yang tahu CW dan yang tak tahu. Kondem gila babi. Hentam kaw kaw depa kata.

Jadi golongan inilah yang mewujudkan favoritisme yang kurang sihat dikalangan HAM. Kita tak nak ada yang cuba menyambung tradisi puak nih. Cukup cukup lahh....

Sekarang 10m dah terbuka luas. Dulu saya dah kata ..sejak 2008 lagi..BAND akan buka BAND akan buka. Tgk wajah rakan..macam tak yakin jaaa...tapi sekarang....

Band yang cukup menarik dan terbaik untuk Dxing......

Diharap kepada 9w yang dah ke HF..gunalah cara hikmah untuk menarik rakan ke HF terutama ke 10m dan 6m. Juga kepada rakan 9m.

MCMC tak bagi 9w tx di CW..kalau bagi..dah lama kami belajar untuk menggunakannya dan bukan untuk ambil periksa semata mata....

72..de 9w2di

No comments: