Global HF (Ionospheric Map)


Monday, April 25, 2011

RX 9w8wat on 10 meter

http://www.youtube.com/watch?v=nREl5a7rlvE
[starttext]
Nice audio and very good signal
[endtext]

Friday, April 8, 2011

Persatuan/kelab repeater ?

http://www.youtube.com/watch?v=H56fEfEhf9k
[starttext]
Salam,

Tahniah kepada rakan2 yang sekarang aktif di 10m dan 11meter. Tak lupa kepada pelopor QRP yang tak jemu2 untuk cuba biarpun dalam log memang pernah "bekerja" dengan station tersebut. Cuba mobile, portable dan sebagainya..semata untuk menyahut cabaran QRP dan 10meter.

Ada yang kata, tak bagi 40meter pun dah enjoy nih. Ya..memang betul dan telah terbukti. Selama ini sejak 2008 telah saya katakan, 10m akan membuka dan tolong sabar...akhirnya penantian telah terbukti sekarang. Sampai bila...2013...

Berbalik kepada tajuk. Dulu saya kena Astra. Camna. Mulanya semasa kena sign borang untuk pohon lesen. Jumpa 9m2mz dia yang cakap pasal Astra. Kemudian lebih kenal lagi bila ada repeater.

Wahh..hebat astra masa tu. Sebab dah ada repeater Bahasa Melayu katanya. Kemudian ada pulak link repeater. Sepanjang dengan Astra rasanya aktiviti yang paling aktif adalah aktiviti repeaternya. Selain net termasuklah testing testing signal repeater baru. Memang aktif.

Saya terus memantau kot kot ada persatuan baru yang membawa era atau misi baru. Dengar MARES. Bagus sebab misinya untuk dalam kecemasan. Saya pun tak la ikuti sangat cerita MARES. Namun  rasanya agendanya lain dari ASTRA.

Timbul SPARC..wah..kelab di Sungai Petani. Aktif? Sama gak....macam ASTRA. Balik balik repeater.

Jadi saya membuat kesimpulan. Kelab atau Persatuan ini timbul sebab REPEATER. Kalau tak dak REPEATER? Ada tak?

Baru2 ada usaha rakan Alor Setar menubuhkan Komuniti HF Negeri Kedah. Satu usaha yang bagus dan kelab ini tak dak repeater. Ya laa..semua main HF SSB..mana ada repeater.

Satu usaha dan cabaran yang bagus dan pastinya agenda baru akan dibawa. Sudah hampir 10 tahun perkembangan persatuan radio amatur Malaysia. Sekurang kurangnya...biarlah persatuan dan kelab ini membawa agenda baru selain repeater. Sebagai contoh...net simplex...contest...membawa ahli ke band HF dan sebagainya.

Mungkin ada yang terasa dengan aktikel ini. Tapi ingatlah selalu dgr perpecahan, gaduh, tak puas hari dalam persatuan tak lain tak bukan, "kes repeater", "kes tak dak aktiviti". Jadi....

Cakap ja..9w2di buat ka? Entah..tengok ja video saya. Saya suka gerak sendiri tanpa terikat ngan persatuan. Tapi kalau nak ada persatuan yang mahu berubah dari mcam tu jaa dan nak ke cara yang lain pulak..silakan....

72 de 9w2di
[endtext]