Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya tidur dalam gua di 7 Mhz

Salam,

Kita menang bola semalam satu anugerah yang cukup baik bagi arena bola sepak negara. Walaupun diberi tentangan dan tiadanya rasa kurang hormat semasa lagu kebangsaan dimainkan, pemain kita tetap kuat dan kental dalam menghadapi dugaan ini.

Itu bola. Macam mana pula dengan hobi kita ini. Tak pernah2 menang. Terutama lesen kelas B. Asyik kena hentam ja.
Seorang sahabat ada memebri tahu, semasa pembentangan WRC03 yang lalu ada seorang 9m nih kata "kalau mau cakap kat 40m, ambik CW la". Lalu rasanya rakan saya ini serik dah untuk ke mesyuarat tersebut.

Tapi itulah kesannya apabila disekat dan disekat..akhirnya 7 mhz menjadi kawasan sarang Garuda. Harimau lari masuk gua. Tidur dan mengaum, mengaum komen sana, mengaum komen sini. Dalam senarai National Geographic, harimau nih dah nak pupus. Hehehh....

Tinggallah sang kancil (9w) berjalan jalan mencari ilmu. Kena hentak tapi bijak mengelak. Tak semua kancil bijak. Ada kancil yang masih dok takat tu jaa.. Nak bergayut lagi di 2m. Takut nak ketempat lain. Tapi baik jugak...bila ramai di 2m...garuda susah nak singgah. Tapi kalau dah BERLAMBAK sangat..hmmm.

Apa apa pun terima kasih kepada 9m OTAI OTAI nihhh kerana kesungguhan anda menyekat lesen kelas B untuk ke band yang lain. Anda suka 40m terus terusan mcam itu hingga anak2 kami pun dah pandai cakap pelat sana.......takut nanti terikut macam perangai depa....

"Anda" suka macam itu. Tahniah...anda bangkang..anda komen....ANDA TIDUR......

72 de 9w2di

2 comments:

Zainal Abidin Ghazali said...

wah,,knapa ni..hehehe..mnt jg QRP ni..tp,bajet xda ckup la..huhuhu

9w2di said...

hehe..luahan rasa diwaktu pagi...bagus tanam minat....boleh menabung