Global HF (Ionospheric Map)


Saturday, May 26, 2012

Selamatkah network dalaman dan internet kita?

Bermula tahun 2012 ini saya mengorak langkah ke bidang network yang baru iaitu mengenal, mengesan dan menggani masalah networking.

Kita mungkin merasakan segala maklumat kita "selamat". Rupanya tidak. Walaupun kita dirumah, namun apabila peralatan kita ada kemudahan akses ke internet, semuanya akan terpapar ke mata dunia.

Baru baru ini saya baru mendapatkan software yang berharga 7k. Inilah dalam seumur hidup saya membuat pelaburan ini demi minat dan kerjaya. Seorang rakan HAM yang membangunkan perisian ini untuk dikormesialkan.

Inilah hasilnya. Pemetaan Rangkaian atau Network Mapping. Mencuba juga mapping kabinet TM yang dok tepi jalan tu..mak aihhh..inilah hasilnya.

Bukan nak merosakkan, cuma sekadar RND. Tapi terpikir juga..ini baru yang berharga 7k...bagaimana yang berharga 1000k...hmmm...rasanya lagi hebat capaianya.

Terima kasih Amateur Radio kerana sekali lagi "anda" telah mengembangkan minda saya terutama dalam aspek rangkaian. Saya telah implimentasikan Amateur Radio dalam kerja sudah 10 tahun yang lalu.

Rasanya sudah sampai masa kita selamatkan rangkaian kita termasuk wifi dan radio wave communication.

72..de 9w2di