Salam,
Saya hanya ada persatuan 1. Persatuan ini pun saya kenal apabila saya ingin mendapat tandatangan seorang 9m2 bagi pengesahan dan permohonan saya untuk mendapatkan AA.
Mula best. Tapi tunggu punya tunggu (kata P.Ramlee) asyik camtu jaa. Dah lebih 10 tahun saya beri peluang dan tengok..haa camtu gak. Apa yang camtu?
Banyak yang ingin saya luahkan, namun biarlah setiap ahli merasainya sendiri. Kalau setahun dua anda belum rasa. Tapi kalau dah 10 tahun dok rx persatuan nih..camtu jaa...sapa tak pedup.
Berikut adalah tip tip untuk anda yang baru nak berjinak dengan persatuan radio amatur.
1. Kalau anda suka kepada pernyertaan dengan negara luar
Cari persatuan yang aktif dengan setiap aktiviti dxing. Juga tak lupa yang selalu melibatkan diri dengan JOTA, IOTA, SOTA dan lain2.
2. Kalau anda duit banyak tak tau nak buat apa.
Cari persatuan yang banyak repeater. Dermalah sebanyak mungkin duit anda. Kerana sudah pasti kos untuk repeater ni mahal.
3. Kalau anda sanggup menanggung hutang.
Masuklah persatuan yang tidak perlukan surat perjanjian bertulis. Selangkah anda masuk persatuan itu, automatik anda dah ada hutang.
4. Kalau anda ingin dekat dengan MCMC
Masuklah persatuan yang selalu mengadakan persidangan rasmi dengan MCMC. Persidangan yang membincangkan perkembangan ITU dan IARU region 3.
5. Kalau anda adalah pasukan penyelamat.
Ada persatuan yang mengoferkan perkhidmatan tersebut.
6. Kalau nak main radio
Beli radio ambik RAE. Tak yah masuk persatuan..sapa nak larang. MCMC pun tak pernah kata WAJIB masuk persatuan...
Selama 13 tahun saya berpesatuan. Rupa rupanya ia dibina atas dasar membalas dendam. Sehingga kini dendam itu masih membara. Diturunkan kepada generasi ke generasi.
Jadi kalau rasa selesa dengan keadaan sekarang teruskan. Saya dulupun tak bermula dengan persatuan. Tau jugak nak CQ CQ cara bodo. Sekarang yang dah berpesatuan balun, SSB, linear pun tak kenal. Bukan main hebat...hebat buat antenna..habis ribuan ringgit..repeater jugak tempat bergayut..
72 de 9w2di
3 comments:
I like the statement
tepuk dada tanya selera hihi
petua yg k6 jd amalan skrg..free..
Post a Comment