Global HF (Ionospheric Map)


Wednesday, November 30, 2011

Kesan kerana taksub kepada REPEATER

Salam,

Ada yang mengatakan saya ANTI VHF..pulak adalah. Anda salah...anda patut kata saya ANTI REPEATER...

Jawapannya...saya ANTI SEMUA DUIT YURAN PI KAT REPEATER. Habis macam mana nak capai hala tuju. Jenuh hala..hala hala..repeater ..hala hala repeater....

Perkembangan pembangunan repeater agak pesat sekitar awal 2000. Ini menampakkan juga pertumbuhan penggunanya yang semakin meningkat. Tak kisahlah sebab setiap kali pameran dan sebagainya akan didemokan dengan cara komunikasi repeater.

Sedar atau tidak sebenarnya perkembangan ini mula "MAKAN DIRI"...kenapa?

Apabila ramai yang berkejar nak belajar buat repeater maka makin banyaklah percubaan repeater. Apabila percubaan sudah jadi penggunaan sepenuh masa...jenuh MCMC nak kawal semua.

Mulanya saya hairan namun baru saya dapat kesan inilah akibatnya apabila terlalu banyak pendedahan kepada teknologi repeater. Semua nak buat sendiri. Semua nak tunjuk hebat.

Akibatnya repeater itu boleh dipergunakan bila bila masa. Ada yang bagi kat peronda kampung, ada bagi kat pak guard..macam macam lagi. Bukan apa, kalau jalan dengan elok...pembangun akan rasa puas. Bagus..bukan tak bagus...tapi biar la bertempat.

Sehinggakan segala pembagunan lain terhenti. Saya akan bangga kalau repeater dilengkapi dengan DSTAR. UHF? Ada tapi kurang. Berlambak VHF.

Pembangun selalunya akan mengambil kesempatan ini supaya ia boleh mewujudkan komunitinya sendiri. BETUL ATAU SALAH apa yang saya katakan ini.

Ada pihak yang melenting bila saya mempertikaikan peruntukan untuk aktiviti ahli persatuan semua ke repeater. Please laa...takkan 10 tahun lagi nak mcam ni saja.

Ilmu dalam VHF luas sebenarnya. Jarang saya dengar VHF dalam SSB dipergunakan. Juga RTTY. Ada...mula sat lepas tu diam. Tak macam di repeater...hebat sungguh sambutan.

Saya tidak menghalang kemajuan ini. Tapi saya nak bagitau..dah cukup dah..kalau 50 repeater kat ada pun..sama jaa..repeater tu gakkk....untuk cakap jaa....

Entahlah....perkara ini saya ikuti sejak 4 tahun yang lalu. Namun sekarang sudah nampak agak pelik. Masing masing berlumba. Sekurang kurangnya pastikan walaupun repeater salah satu pembangunan persatuan..jangan ditinggal yang lain. Ini tak...JEMPUT semua agensi....JOM PAKAI REPEATER KAMI...yang kena bayaq..AHLI.....duit ahli kena potong. Aktiviti lain...diammm...

72..de 9w2di

4 comments:

Anonymous said...

setju benar bang din..sebab itu saya tidak bercadang nak ke mana2 persatuan repeater ini...mkin tiada halatuju

yeyeyey said...

setuju ngan bang din...semakin hari semakin lari persatuan ni....dh nmpak lain macam....sama lah ngan salah satu kelab radio amatur yang ade dekat pantai timur ni... nama kelab tu siap tulis nama daerah......tapi repeater dr pantai timur sampailah ke genting sana.....yg peliknya, repeater yg duk 200km ~ 400km dr kawasan asal alamat R.O.S ,kita plak yg duk kene bayar yuran repeater la.....maintenance repeater laa....etc......padahal x guna2 pun repeater yg jauh nun disana.....baik main HF jaaaa....nampak 9w kekal 10m je, kita pi je test cw..abis citer....patutlah ramai rakan2 ham yg otai2 pakat duk quit.....sebab inilah ea....

9w2di said...

Memang betul persatuan perlu dalam sebagai saluran untuk kita menyampaikan hasrat kita.

Basic..apa hasrat kita? Sejak mula dah kenal repeater saja..contact perdana..contact kenal..qso...net...eyaball...hilang..

Rutin begitu sampai bila? Samalah juga kalau kita di HF...rutin itu juga. Larat kita nak kumpul QSL Card...namun SEKURANG KURANGNYA..kita dah ada ilmu lain. Dah bertambah..yang sedih...yang diam tu berenti setakat VHF dan repeater ja.

Mungkin dengan HF kita akan jarakkan lagi minat ini. Dan manafaat boleh diturunkan.

BUat antenna siang malam, habis duit ribu2..repeater jugak yang dia TX..tak ke sedih ke antenna tu.

Terbaik..cari kaedah..kalau tak mampu usahakan dan perbanyakkan praktikal simplex di VHF...kalau sekarang FM..lepas nih cuba pula USB..kemudian...terus ke HF..

Anonymous said...

setuju...saya xpenah join mana2 club lepas lulus RAE..why bound to one club?HAM is adventure...u must try everything.Jgn habiskan masa dgn bende xberfaedah spt eyeball yg xmendatangkan manfaat..yg bermanfaat xpelah..ini lepak borak berjam2,tinggalkan anak isteri di rumah..xtahu sama ada ini hanya budaya di Malaysia atau sama shj di luar negara..klu boleh cuba kita praktikkan HAM skill utk berhubung dr station ke station..itu barulah semangat HAM..bukanlah berusha untuk mencapai repeater shj..lebih baik guna HP klu mcm tu..