Salam,
Terdengar hari nih "yuran repeater seumur hidup". Haa...sudah tukar ka? Bukankah dalam HAM tiada bayaran untuk repeater. Dah la yuran seumur hidup aktiviti hapaa pun tarak..ini baru pulak.
Sedih sungguh melihat kepada perkembangan hari ini.
Kembali kepada sejarah....saya mengenali HAM seawal 1999. Ambik lesen tiba2 depa kat ada repeater. Apa benda tu?
Tiba2 muncul pula frekuensi untuk repeater nih. Owhh ok laa tu. Saya bertanya, siapa yang pasang? Ada orang kata ehsan dari seseorang untuk persatuan. Bagus...ada orang yang sanggup keluaq puluhan ribu untuk bagi orang bercakap. Kita pun apa lagi..support gila gila time tu. Naik bukit...gunung..cari tapak untuk repeater.
2 kali mesyuarat saya hadir. Tapi seawalnya tak pernah sebut yang ahli kena bayar balik duit repeater. Tak dak dalam perlembagaan dan siapa yang gatal tangan sain agreement setuju nak bayaq duit repeater. Sapa? Habaq mai....
Perbelanjaan? Kalau betul untuk kos itu..kami pun nak claim jugak boleh. 3 tahun dok pi mai pi mai..nak jugak claim.
Tapi nak buat apa. Atas dasar persahabatan ....kita nak tumpang syok. Nak tumpang gembira dengan hobi nih.
Jadi sekarang kena bayaq seumur hidup...hmm..nasib baik tak kena bayaq seumur hidup untuk HF atau simplex kan? Kalau kena bayaq..jenuhhh.....dah laa beli radio pun harga boleh meninggal....nih nak cakap pun kena bayaq....kalau camtu apa kata komersialkan terus HAM nih.....
Nak minta MCMC buat bayaran lesen seumur hidup lakk...senang...tak yah bayaq rm60 berulang ulang kali.
Entah laa...apa apa pun terima kasih laa.HAM...tak kusangka tak ku duga..ingatkan percuma..rupanya selangkah anda masuk persatuan..anda sudah hutang 40k...wahhhh..best gila....
Selamat menjadi apa jua..SEUMUR HIDUP
72..de 9w2di
1 comment:
Pada saya yuran sekadar untuk penambahbaikan repeater, saya ada tubuhkan kelab. tetapi kelab tu sekadar untuk mendapatkan AA repeater, keahlian? terpulang siapa yang nak jadi. tak jadi pun gunakan lah. bila rosak dan nak bayar yuran AA buat la colecction siapa yang ada lebih bagi lebih, yg penting AA ddapat dibayar repeater boleh guna.Siapa yang lalu area kami gunalah repeater ajer hak kami frekuensi bukan milik kami.
Post a Comment