Global HF (Ionospheric Map)


Wednesday, January 19, 2011

Apa sumbangan persatuan kepada kita?

Senarai station dari Malaysia
[starttext]
CB (SD) Directory 2011
Seperti yang saya kisahkan sebelum ini, saya kenali HAM bukan melalui persatuan atau kelab. Tak tahu pun ada kelab. Ambik borang, isi dan pi periksa pun bukan melalui kelab.

Cuma lepas kena sign dari 9m untuk sokongan tu, baru saya tahu ada Marts dan Astra ketika itu. Tanpa banyak soal sebab Pak Long yang sign borang saya dan ramai rakan ketika itu Astra maka..saya pun masuk Astra.

Ketika itu bagi saya yang masih budak hingusan dalam HAM dan jiwa muda nih ikut jaa apa orang kata.

Bagi kita dengan hobi yang banyak kepada teknikal ini seharusnya agenda persatuan kenalah kepada hala tuju hobi. Namun jangkaan saya meleset.

Ketika itu GAH persatuan ini dengan kenaikan repeater dimerata tempat. Hebat..canggih..dari utara sampai selatan...dengan satu tujuan..rakan dapat mengenal dari utara sampai selatan dan ke pantai timur.

Bukan nak kata tak bagus..memang bagus..tapi itu saja ka tujuan persatuan ditubuhkan. Hanya untuk menaikkan repeater. Adakah yuran kami untuk repeater semata mata?

Sekurang kurangnya bagi la ada aktiviti anjuran kearah yang lebih teknikal secara menyeluruh. Persatuan hanya setakat 2meter?

Sedih. Sedangkan persatuan atau organisasi yang tak kutip yuran boleh buat directory ahli. Free lak tu. Ini yang kena yuran pun dah puluhan tahun dah..tak pernah buat. Memang menyedihkan. Itu baru sikit ja. Sekurang kurang ahli akan ingat kepada persatuan. Mudah dan senang untuk dibuat.

Tapi apa kan daya. Depa hebat. Depa gah. Setakat mana? Setakat penaik repeater ja.

Bagi saya....persatuan nih dah ibarat ubi kayu batat. Tahu dak? Ubi kayu yang dah nak jadi kayu. Sedap dilihat tapi tak boleh dimakan dan dimasak.

Baik kita bergerak secara sendirian dan langsung dengan MCMC. Lebih mudah.

Kepada persatuan lain, cuba ubah hala tuju ini. buat kelainan. Agar kita tidak disamakan dengan persatuan yang dah ibarat hidup segan mati tak mau. Kalau naik repeater pun buat la satu repeater broadband. Bagi ada kelainan.

72..de 9w2di
[endtext]

4 comments:

Anonymous said...

salam bang di...macam mana nak berkecimpung dalam ham sugar delta nih...nak kena apply lain lesen atau join persatuan bang di...dengar kata team sugardelta guna CB ...betulkah bang di

AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET said...

hahaha.....saya kenal 9W2DI pun bukan melalui persatuan dan eyeball....radio wave menjadi medium....patut dipikirkan semula objektif berpersatuan....bravo Bang Din

9w2di said...

to ROB: sila layari www.sugar-delta.org. Baca terma dan syarat dan terus email kepada manager dia untuk request callsign.Sugar delta memang CB. KIta call di 27.555 mhz usb.

to get: qsl. memang betul. fun with technology. Kita tak nak pening2 laa..kerja dah pening..pasal prosedur la, sop la apa laa semua nak pening buat pa.

FTDX400 said...

Salam....perkara ini telah saya pertengahkan namun apa yang diharapkan hampa...persatuan yang besar2 cuma ada dua satu yang di "recodnize" oleh IARU dan satu lagi di UTARA. Sepatutnya kedua2 persatuan ini harus bergerak menangani masalah Ham di seluruh negara...contoh nya isu CW,Yuran AA, AP,Spectrum Allocation dan banyak benda lagi. Persatuan yang lain tu hanya boleh membantu. Kami yg kecil ini terpaksa mengorak langkah pergi ke International Event dan bawa balik Seanet Convention ke Malaysia. Alhamdulilah kita berjaya menjadi tuan rumah untuk Seanet Convention kali ke 40 pada 2012 nanti. Perkara ini bukan suatu yang mudah....Tujuan kami melakukan ini semua adalah membuka minda setengah dari Ham kita supaya jangan saje lihat di dalam negara. Tengok apa yang berlaku di luar sana....Sampai kesaat ini pun purata ham di negara kita tidak tahu apa itu SEANET...Ada banyak perkara yang harus di kemas kini dan kita harus bangun dan buat sesuatu bukan untuk diri sendiri tapi pada masyarakat....banyak orang memberi alasan tapi amat sukar untuk mencari orang yang sedia membantu dalam menyelsaikan masalah....my 2 cent