Salam,
Mungkin 10.10.10 pada esok hari akan memberi impak kepada propagasi 10m.
CME telah berlaku pada hari khamis yang lalu namun ia tidak langsung mengenai bumi. Setakat hari ini SSN pada kadar 0 namun semalam beberapa station 9m2rdx, 9w2esm dan lain lain telah dapat bekerja dengan PY7ZZ.
Memang sukar untuk kita mendapatkan station dari Brazil ini. Apa apa pun dengan terbukanya propagasi ini, segala yang mustahil pasati akan berlaku.
Gambar diatas menunjukkan beberapa tompokan flare di belakang matahari yang akan muncul kelak pada 10.10.10 dan hari yang berikutnya.
Mungkin tompokan baru cycle 24 akan muncul dan mengambil alih cycle 23. Kita tunggu. Kepada semua rakan...saya akan update melalui sms....
72..de 9w2di
4 comments:
saya sekarang risau akan ribut suria...dengarnya ribut suria boleh merosakkan equipment radio dan elektronik sekiranya mencapai stratosfera....harap ada amaran awal dari pihak Jabatan Kaji Cuaca Malaysia supaya memaklumkan kepada warta dan televisyen kerana dimaklumkan oleh NASA dan NOAA pada bulan 11 nih ribut suria akan kerap berlaku...dan bila berlaku TV berbayar dan satelit cuaca akan terggangu bang di...harap juga pihak NASA sila share maklumat anda mengenai ribut suria yang bakal berlaku nih kepada rakyat dunia...jangan simpan sorang-sorang
Terima kasih 9w2orb atas kongsi maklumat ini. Memang betul, kita kurang didedahkan dengan perkara ini. Sepatutnya dalam ramalan cuaca di kaca televisyen harus menunjukkan impak dan maklumat terkini Lasco dan flare yang berlaku.
Dikatakan GEOS akan dapat mengesan hampir 30minit sekiranya CME akan memberi impak kepada bumi. Jadi pada kadar itu rakyat Malaysia akan tahu bila?
Cuma bagi kita yang selalu dengan HF akan sentiasa mendengar letupan dan kita akan sentiasa alert tentang perkara itu.
Saya selalu akan off radio kalau letupan menjadi jadi. Bagaimana yang tidak tahu dan tidak mendengarnya?
Jadi saya suka kalau anda turut serta mahu berkongsi tentang perkara ini.
72..de 9w2di
tulah bang di ....ada rakan di russia ada kata juga propogasi 40m ke 10 m akan lebih baik sekiranya banyak sun spot...betul ka bang di....tu yang menarik tu....tapi putaran dan peredaran matahari mungkin tak menyebelahi kita pada bulan 11 dan awal bulan 12 nih...nanti saya try monitor kat rakan di Jabatan Meteorologi Malaysia...saya juga harap ada juga rakan ham di jabatan tersebut relay maklumat kat CB atau kat 40m.....yang menariknya pengguna tv berbayar kat India seperti Asianet ada teknologi amaran sun flare....mungkin SKMM boleh meluluskan lesen kepada rakan ham untuk membina infrastruktur pengesan sun flare atau gamma explosion dari matahari...walaupun letusan tersebut lambat sampai tapi bila dah sampai....macam-macam bunyi pelik akan keluar waktu berqso terutama berada di mode SSB....rasanya ada kot filter yang direka untuk tapis solar radiation explosion ...ada tak bang di equipment cam tu untuk kegunaan HF ni bang di
Memang propgasi banyak bergantung pada flare dan SSN. Rasanya ilmu ini harus dijadikan satu kurikulum asas untuk persediaan sebarang kemungkinan.
Setiap hari kita rasa panas dan tanpa kita sedari selain UV kita juga terdedah kepada impak CME kalau ia betul2 mengenai bumi.
Baguslah kalau anda ada rakan di jabatan kaji cuaca. Kalau boleh minta depa masukkan sebarang amaran atau proses flare matahari di laman web jabatan.
Moga kita dapat eyeball nanti..untuk sembang dengan panjang. Best topik nih kalau kita ketengahkan.
73
Post a Comment