Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, October 5, 2010

9w2nia and 9w2bhm portable QRP 2.5 watts



Copy form youtube share link. Tahniah kepada anda berdua kerana dah berjaya qrp dengan portable. Untuk contest selalunya signal dalam 59 biarpun kita menerima dalam 55 atau 57. Tetap kena bagi 59. Sebab itu station VK tersebut memberi 59. Jangan risau pastinya signal yang pergi kepada dia memang mantap.

Satu rekod baru untuk telescopic antenna portable QRP.

Jangan lupa..lepas nih..setiap kali bila dan masa qso..rekod lah dan upload di youtube...moga dapat memberi inspirasi kepada rakan2...

72..de 9w2di

1 comment:

9w2di said...

Salam,

Rasanya menjadi tanggungjawab saya untuk respond kepada video yang saya link ke blog ini. Saya sudahpun maklumkan kepada 9w2nia supaya jangan menjawab dulu kerana biar saya respond pada peringkat awal.

Maaf kepada rakan2 yang memberi komen. Terma dan syarat komen saya adalah anda perlu nyatakan dan memberi access penuh profile blog anda. Ini kerana saya mahu yang memberi respond lebih kepada gentlement.

Pada 2008 apabila saya kembali ke HAM dan HF bagi saya kebanyakkan operasi saya banyak kepada try and error. Selain mendapat pandangan daripada 9m2mz dan 9m2zm bagi mereka setiap kesalahan boleh dibaiki. Anda akan langsung tahu setiap kesalahan semasa qso apabila anda rakan yang berqso berbeza dengan apa yang anda lakukan.

Contohnya CQ DX atau CD delta x-ray? Banyak station selain Malaysia menggunakan CQ delta x-ray...saya pun tak tahu dimana salahnya....namun boleh juga saya ubah kepada cq DX....tak sakit hati ..tak sakit jiwa...secara sendiri dah boleh ubah..

Berbalik kepada video diatas..memang nampak macam kurang enak sebab pada masa itu berlangsungnya contest. Tapi cakap saja tidak cukup..sepatutnya yang tahu memberi garis panduan tentang perkara berkenaan dan bukannya "tak nak cakap ngan 9w2 di HF kalau tak tahu CW".."bodohnya 9w2 beli qrp rig".

Saya tak nak petik nama si pulan kat sini. Ada sorang rakan nih masa dia 9w2 dulu pun masa station VK tengah cq..dia masuk "QRZ QRZ?"

Saya tak tegur dan tak terlintas dihati nak tegur. Sebab saya tahu..dia akan belajar satu hari nanti.

Contest memang enak didengar. Tapi semasa contest inilah ramai yang nak cuba keupayaan radio dan antenna. Namun bagi saya 9w2nia akan belajar nanti apa itu contest...sebab dia dah belajar qso dalam HF.

Tujuan video ini adalah untuk menunjukkan keupayaan QRP station 9w2nia. Sejauh mana dan berapa signal yang beliau dan station DX dapat.

Saya tidak membetulkan apa yang dikatakan salah. Cuma dalam proses pembelajaran dan pengajaran..kami harus diberi ruang untuk membetulkan setiap kesilapan yang berlaku.

Pastinya selepas video ini anda boleh bertandang ke web 9m2 yang akan memberi input berkaitan contest ini. Percayalah....pi lah lawat...

Kepada rakan yang ingin memberi komen..sila gunakan akaun yang betul dan sekiranya tidak...maaf saya terpaksa memadamkan komen anda disini.

72...de 9w2di