Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, October 31, 2010

Jangan tinggal daku.....

Salam,

Bulan oktober nih banyak lak filem P. Ramlee di siarkan. Owhh..rupanya bulan memperingati P.Ramlee. Pada malam ini sempat layan History Channel 555 dan tengok kisah P.Ramlee. Banyak duka dari suka paparannya. Banyak kisah sedih dari gembira. Rupanya bila seseorang itu meninggal, banyak kebaikan yang kita nampak dan seolah olah perlu untuk kita menyanjunginya. Tetapi..semasa hidupnya?

Samalah seperti rakan2 HAM yang telah kembali ke rahmatullah. Pada masa inilah untuk dikenangkan sebarang jasa yang pernah arwah tinggalkan.

Itulah resam manusia. Sebenarnya pada hakikat apa kita perlu kenangkan jasa seseorang itu?

Dengan mudah kita kembali kepada agama Islam yang suci ini. Kenangkan jasa ilmunya dan baktinya kepada kita selagi ia tidak membawa kepada kemungkaran kepada Allah dan hubungan kita sesama manusia. Yang perlu diteliti, hubungan kita sesama manusia.

Kadang tanpa kita sedar, kita telah mengguris hati rakan. Seterusnya kita sedar apabila rakan itu mula mengeluarkan kata2 dan menulis dengan sinis dalam web atau blognya.

Prinsip saya, kalau ada orang yang cuba nak melemahkan atau menghalang sebarang usaha yang dibuat, terang terang akan saya nyatakan disini. Kenapa harus takut? Kenapa harus berselindung?

Tapi ada yang masih tidak sedar, bahawa apa yang dibuat sepatutnya harus memandang "orang yang dibawah".

Oleh yang demikian, ada artikel yang mengatakan "SAYA ANTI KEPADA SESIAPA YANG NAK KE 9M".

Haruskah? Bagi saya mudah saja. Kalau nak pi, pi laa...ikut suka..tapi jangan tinggal kawan2. Jangan dah mula ada prinsip 9m...10meter dah tinggal terus........dah tak bagi kawan pegang radio...tak terasa nak bagi kawan operate call....mula dah apa yang 9w buat tak kena..sebut salah..cakap salah...yang paling tak berapa gemaq...ambik prinsip orang...boh dalam blog sendiri...

Itu saja...tak pernah terlintas..."jangan tinggal daku". Sebab saya tak suruh anda ikut prinsip saya....kerana ada sesetengah HAM..mempertahankan prinsip sampai nak "tutup kedai".

Hujan makin hari makin lebat. Ada plan yang mungkin akan muncul lepas musim hujan nih....jadi aktiviti radio gak longgar sikit. Kerja kena pulun sikit.

Kepada yang dah dapat radio...teruskan RX dan TX dimana mana frekuensi 10m. Rasanya tak perlu saya sms buat masa sekarang..sebab 10m akan sentiasa ada "orang".

72...from 9w2di

Saturday, October 23, 2010

Terima kasih atas kehadiran bengkel HF bagi rakan2 9w2...

 Salam,

Ucapan sekalung terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir kerana ingin menjayakan 10m terutamanya bagi meningkatkan setakah lagi ilmu HAM.

Tak lupa juga rakan seangkatan 10m yang jauh tidak dapat hadir, salam anda telah saya sampaikan.

Taklimat asas permulaan kali ini banyak mendedahkan ISTILAH di HF yang akan kita ketemui apabila ke udara kelak.
Jadi dengan demikian tiada sebarang nota diberi tapi banyak dlm bentuk peta minda. Nampaknya hampir 20 istilah asas HF telah kita rungkaikan pada pertemuan kali ini.

 Kebanyakan yang hadir adalah peminat terutama QRP. Tak lupa kepada 9w2ts yang balik dari jauh dan pak non 9w2zd. Cikgu dan 9m2dan turut hadir memberi sokongan

Istilah ini kalau kita lihat memang nampak biasa. Namun kita kena tahu sebab seringkali istilah ini digunakan dan jarang kita ketemu di 2m.

Biar pun agak berbeza istilah ini, namun kalau sudah biasa ia akan memudahkan kita untuk bekerja di 10m nanti.
 Tak sangka 9m2zm hadir dengan 9w2mso. Bang zul juga turut memberi beberapa pendapat dan lepas ini untuk taklimat teknikal antenna kami akan panggil anda semula.

Dari jauh hampir 60km bang zul datang rasanya kekuatan 9w2 untuk ke HF akan bertambah lagi.
Enjoy, itu yang dapat saya ungkapkan. Semuanya sporting dan kita tak ambil serius permbentangan ini. Sebab semua nak enjoy di HF. Rakan dapat 20 station dengan 100watts tapi kita dapat 1 dengan 5watts, enjoy dak?

Rasanya semua dah paham apa mesej sebenar yang ingin kita bawa. Kita nak maju setapak lagi tanpa meninggalkan rakan dibelakang. Rakan tak tahu kena kena perlu bagitahu. Bukannya tulis dalam blog atau web dan kondem.

Bermula dengan detik ini rasanya perngukuhan dari masa kesemasa akan kita teruskan. Akan kita mantapkan minda kita dengan HF ini. Jangan bagi 9m senang senang nak hukum kita akibat kelemahan dalam istilah dan konsep HF.

Terima kasih semua, terima kasih 9w2usf kerana sokongan anda selama ini. Tak lupa buat orang kuat kita  9w2aze, 9w2bds dan semua yang lain kerana sokongan anda kali ini.

72..de 9w2di

Friday, October 22, 2010

22 okt 2010 new spot and iono pattern.

Salam,

PAgi sampai ke malam 10m dah tak sunyi. Nampaknya rentetan pembentukan SSN yang tinggi ini memberi impak kepada propagasi di 10m.

Tak lupa juga di 11m dimana saya sudah dapat bekerja dengan stesyen dari Spain.

Lama tak ketemu rakan rakan di 11m dan terima kasih kepada Fed 14SD001 kerana memberi nafas baru kepada kami di 113 division ini.

Saya masih baru dengan delta loop di 11m. Kalau sebelum ini antenna Buyong menjadi teman semasa DX di 11m. Kalau dah polar vertical boleh bekerja inikan pula dengan bidirectional nih

Aktiviti masih pada skala mendatar. Masih menunggu QRP station yang hampir 10 stesyen yang belum aktif kerana antenna masih belum dinaikkan. Rasanya malam ini selepas seisi "membakar semangat" mungkin proses menaikkan antenna akan dipercepatkan.



Polar gambaran ionospheric ini menunjukkan pada kadar propagasi sekitar Malaysia dan Hawaii. Gambaran ini diambil pada sebelah pagi ini bagi menunjukkan kenapa propagasi membuka kearah itu.

Ada 2 3 stesyen aktif dari Hawaii manakala yang lain dalam QSB dari Brazil.

Apa apa pun memang tak duduk diamlah nampaknya dengan 10m nih. Radio sentiasa kena buka dari base hingga ke mobile dan terus ke portable.

Jenuh tapi enjoy. Perlukah lagi 9w2 kepada 40m? Lihat sajalah propagasi ini. Kita masih boleh bekerja sebagai kumpulan bagi mendapatkan DX station di 10m. Enjoy gila. Kalau di 40m? Adakah semangat SMS dan seronok monitor rakan CQ akan berlaku?

72..de 113sd110/9w2di

Wednesday, October 20, 2010

Antenna BUYONG dalam sejarah.

Salam,

Maaf gambar tidak boleh secara menegak la pulak. Blog punya default nih. Gambar sepatutnya secara menegak.

Tidak tahu pula sejarah bagaimana antenna ini diberi nama. Namun nama seperti 244, cikgu man yamaha, tandop, pak lang dan lain lain lagi adalah pakar dalam membangunkan antenna ini.

Gambar ini saya ambil di kediaman "tandop" atau 9w2dk. Maaf nanti saya up gambar tuan dia. Dengan antenna inilah kami berjaya bekerja hingga ke Europe hampir setiap hari dan setiap malam dengan kuasa memancar ketika itu pada kadar 7watts.

Inilah kelebihan antenna ini. Saya masih simpan dirumah OT saya dan akan saya naikkan antenna ini kelak. Untuk makluman anda semua, antenna ini banyak digunakan oleh rakan2 laut pada bot mereka. Tak hairanlah antenna ini merupakan yang terbaik pada zamannya.

Mulanya dulu ingin saya ketengahkan antenna ini, namun kajian menunjukkan delta loop memberi satu keputusan yang lebih baik berbanding antenna vertikal ini.

Antenna saya dahulu setinggi 20 kaki saja dari tanah sudah mampu memberi kepuasan bagi QSO di SSB pada ketika itu.

Masih ingat JERAI 1 (arwah Pak Cik Mie), terkejut dengan pancaran pertama saya pada malam itu. Mak menakan dan pak menakan sekeliling rumah kalau ada orang tanya, depa kata "anak menakan kami tu, suka dgr radio luar negara". Memang sporting...heheh

Namun kenangan dan sejarah ini masih terpahat dihati. Antenna buyong masih tidak ditinggalkan. Masih digunakan. Sekukuh persahabatan saya bersama dengan rakan2 CB yang lain.

1023..daripada 113sd110...

Tuesday, October 19, 2010

18 & 19 Okt 2010..10m FULL HOUSE!!!

Macam tak percaya. Hampir 3 tahun bertungkus lumus dalam mencari kaedah yang sesuai dan boleh diterima pakai untuk mengetahu propagasi, nampaknya tahun 2010 telah memberi satu gambaran yang jelas kepada saya.

Nampaknya dengan berpandukan tompokan SSN inilah yang banyak membantu kita. Sebenarnya laman web yang lain juga telah membuat rujukan yang sama berkaitan dengan tompokan SSN ini.

Impak kepada magnatosphere bumi nampaknya telah berlaku dengan cukup baik pada 18 dan 19 haribulan ini. Akhirnya dengan mudah kita dapat berqso dengan station dari PY land. Mengikut pengalaman 9m2rdx dan saya, pada masa sebelum ini memang susah untuk mendapat PY nih. Anda cuba lihat video yang terdahulu.
Gambat ionospheric yang yang saya letakkan juga telah banyak membantu dalam memberi gambaran tentang bagaimana upper band propagation ini bergerak. Mujurlah..rakan dari Hong Kong ini telah banyak membantu saya untuk meletakkan inisiatif lain bagi gambaran propagasi yang akan berlaku.

Mudah kita katakan disini, berkecimpungnya kita di 10m ini memang tak rugi. Kita senantiasa memberi tumpuan sepenuhnya kepada HUKUM TUHAN terhadap alam ini. Setiap hari matahari dipandang dari kaca mata GEOS (satellite). Tak terfikir oleh akal untuk melihat matahari sebagai sumber rujukan nih.

Apa apa pun, ilmu ini kita cuba sebagai landasan untuk kita dekat diri padaNya.

72..de 9w2di

Sunday, October 17, 2010

Taklimat pengukuhan dan persediaan 9w2 ke HF

Salam,

Rasanya sudah tiba masanya untuk kita bersedia bagi menghadapi HF terutama di 10m dan 6m berikutan propagasi yang membuka ketika ini. Sejarah mungkin akan berulang dan rasanya kali ini akan lebih hebat impaknya kepada kita 9w2 unutk menghadapi beberapa cabaran di HF. Fokus utama terutama kepada yang ingin dan telah berkecimpung dalam QRP dx'er.

Tarikh : 22.10.2010
Lokasi : Office 9w2usf Alor Setar Kedah
Hari : Jumaat malam Sabtu
Masa : 9.00 malam

Pada seisi permulaan ini, saya sendiri yang akan menyampaikan beberapa perkara asas untuk kita (9w2) menghadapi HF. Antaranya :

1. Cara mengetahui keadaan propagasi
2. Pengendalian FT817, FT857 dan FT897
3. Kaedah dan asas sebelum memulakan CQ
4. Kaedah asas pengendalian ATU
5. Lain lain yang berkaitan

Tak kena bayaran. Kita nak syok sama2 main radio. Itu saja. Bagi saya sudah sampai masanya kita ingin tunjukkan kepada "mereka" yang selama ini memandang rendah kemampuan 9w2 ke HF. Jangan risau tidak ada seisi umpat mengumpat..heheh..

Saya mengalu-alukan kepada semua yang ingin dan yang sudah ke HF.

Doa agar program ini dapat dilangsungkan. Sekiranya berjaya, selepas ini kita akan menjemput orang yang lebih pakar dari kita untuk seisi teknikal dan homebrew agar kita dapat meningkatkan lagi kreativiti dalam hobi ini.

72..de 9w2di

Saturday, October 16, 2010

Same patern and same propagation

Ionospheric Image  11.10.2010
Ionospheric Image 16.10.2010
Sila perhatikan image diatas. Nampaknya bentuk Ionospheric Image yang sama ini menghasilkan propagasi yang sama. Ternyata pada hari ini bermula jam 3 ptg di kawasan utara Semenanjung Malaysia telah kedengaran beberapa station dari Afrika dan Slovania. Tak kurang juga pile up yang bertubi tubi dari Jepun dan Australia.

Sejak 2008 lagi saya masih mengkaji dan menghayati hingga kini bagaimana pergerakan propagasi terutama untuk 10m berlaku. Memang unik dan memang menarik. Itulah nikmat main radio. Saya amat suka sekiranya perkara ini kita kongsi kerana dengan kuasaNya ini telah memberi satu nikmat bermain radio kepada kita.

Pada tanggal ini juga sahabat baik dan rakan baik saya 9w2kk (Pak Rahim) telah kembali ke rahmatullah. Moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Seloroh beliau semasa kami di LANUN dulu memang tak dapat dilupakan. Pagi2 beliau antara orang yang gerak bangun makan sahur. Namun apa kan daya , Allah lebih menyayanginya.

Perjuangan masih diteruskan. Saya masih mahu bersama 9w...dalam perjalanan kita menerokai HF. Tak bermakna kalau saya ke 9m2 kalau saya tak dapat bersama 9w di HF. 9w dan swl adalah inspirasi saya. Kesusahan kita pendorong untuk terus maju didunia HAM ini.

72..de 9w2di

New sunspot....new hope...

SSN yang tercatat pada 15 10 2010
Salam,

Bermula 10.10.10 nampaknya ramalan semakin menarik. Pada sebelah paginya kedengaran banyak station dari Brazil yang berusaha untuk mendapatkan DXCC RARE Station terutama 9w dari Malaysia. Maklum laa bukan senang nak dapat station 9w nih.

Seminggu telah berlalu dan nampaknya SSN baru telah muncul untuk Cycle 24 yang kita tunggu tunggu. Kelihatan SSN pada belah selatan ini memberi satu gambaran yang agak best terutama bagi local contact nanti. Maklum laa..dah lama tah qso local nih bersama rakan di tengah dan selatan semenanjung.

Kiranya peristiwa 1 tahun yang lalu pastu akan berlaku apabila antenna delta loop saya pada aras tanah pun dah dapat qso dengan station from Bangi.

Hmm..nak try. Jom kita pakat pakat tunggu hujung minggu ini.

72..de 9w2di

Monday, October 11, 2010

Plot propagasi pada malam ini

Pada malam ini saya dapat menerima 9w2esm dengan Q5 dan 9w2alf dengan signal 57 di kawasan utara semenanjung malaysia.

Apabila saya perhatikan plot image ionosphere ini, tergerak di hati nak buat bualatan pada lingkaran warna maroon tersebut.

Nampaknya propagasi berbentuk H ini sudah mula muncul. Kalau sebelum ini banyak yang berpola X dimana kita hanya dapat berkomunikasi dengan kawasan borneo dan tidak dengan rakan Semenanjung.

Berita agak gembira kepada kita juga kerana pada setiap pagi di minggu ini kita sering mendengar station dari Hawaii. Petanda yang amat baik. SSN yang baru sudah mula terbentuk. Bermula 10.10.10 pastinya kehangatan 10m akan kembali seperti 2 tahun yang lalu.

Kita tunggu dan dengar. Kepada yang dah dapat radio baru...selalu selalu la monitor di 10m. Guna antenna 2m pun boleh kalau nak monitor.

72...de 9w2di

Saturday, October 9, 2010

Bersedia 10.10.10

Salam,

Mungkin 10.10.10 pada esok hari akan memberi impak kepada propagasi 10m.

CME telah berlaku pada hari khamis yang lalu namun ia tidak langsung mengenai bumi. Setakat hari ini SSN pada kadar 0 namun semalam beberapa station 9m2rdx, 9w2esm dan lain lain telah dapat bekerja dengan PY7ZZ.

Memang sukar untuk kita mendapatkan station dari Brazil ini. Apa apa pun dengan terbukanya propagasi ini, segala yang mustahil pasati akan berlaku.

Gambar diatas menunjukkan beberapa tompokan flare di belakang matahari yang akan muncul kelak pada 10.10.10 dan hari yang berikutnya.

Mungkin tompokan baru cycle 24 akan muncul dan mengambil alih cycle 23. Kita tunggu. Kepada semua rakan...saya akan update melalui sms....

72..de 9w2di

Friday, October 8, 2010

Full image of delta loop

Ini gambar kerja terakhir selepas modifikasi bracket untuk delta loop.

Konsep ini juga saya gunakan di base namun saya tidak menggunakan kaedah yanh di beri sebaliknya saya membuat bracket "papan" besi kerana untuk mount pada dinding pemisah rumah.

Terima kasih kepada 9w2nia atas kiriman sekali gambar ini.

Rasanya selepas ini akan banyak ruma 9w dengan antenna sebegini. Mari kita maju setapak lagi.

72..de 9w2di

Thursday, October 7, 2010

V bracket idea for Delta Loop

Salam,

Terima kasih kepada 9w2nia aka wan kerana sudi kongsi idea ini. Rasanya dengan melihat gambar dibawah ini anda akan rasa mudah untuk mendapatkan material bagi sokongan kepada delta loop selain gantung pada ke 2 bahagian.

Jangan lupa, dapatkan fishing rod sepanjang 4m atau lebih untuk memasukkan wayar loop kedalamnya. Sila perhatikan gambar di bawah untuk rujukan :




Dengan kos yang rendah pastinya ia boleh dibuat memandangkan ramai rakan2 yang tinggal dikawasan perumahan.

Sekali lagi..terima kasih buat 9w2nia..

72..de 9w2di

Wednesday, October 6, 2010

9w2nia QRP with 9w8wat



Kalau kail panjang secengkal, lautan dalam jangan diduga. Ungkapan ini tak sesuai langsung dengan semangat QRP dikalangan 9w kini. Ternyata hari demi hari beberapa station telah keudara dengan membawa bendera QRP biar apa sebarang rintangan yang timbul.

Biasa la. Seronok punya pasal sampai kadang tu sebutan pun tak kena. Nak buat macam mana..kami enjoy..jadi kami banyak silap sebut sebab kami seronok. Lain la di band lain macam 40m. Gayut sampai runtuh langit pun sapa nak heran. Anda tak pernah di 10meter..jangan cakap senang..lebih2 lagi dalam keadaan QRP dan mengejar propagai yang sentiasa mencemburui kami.

Katanya pula nasib baik tak diberi 40m kepada 9w2...bagus juga bagi saya..sebab kalau di 40m pun dok asyik kata kat orang buat tambah dosa ja.

Tahniah kepada 9w2nia...teruskan wan...juga kepada station QRP yang lain. Jangan takut mencuba. Jangan takut upload video. Video kita untuk proses pembelajaran dan bukan nak kata kat orang.

72..de 9w2di

Tuesday, October 5, 2010

9w2nia and 9w2bhm portable QRP 2.5 watts



Copy form youtube share link. Tahniah kepada anda berdua kerana dah berjaya qrp dengan portable. Untuk contest selalunya signal dalam 59 biarpun kita menerima dalam 55 atau 57. Tetap kena bagi 59. Sebab itu station VK tersebut memberi 59. Jangan risau pastinya signal yang pergi kepada dia memang mantap.

Satu rekod baru untuk telescopic antenna portable QRP.

Jangan lupa..lepas nih..setiap kali bila dan masa qso..rekod lah dan upload di youtube...moga dapat memberi inspirasi kepada rakan2...

72..de 9w2di

Fabric yagi for FT817

Mungkin ada diantara kita yang berminat untuk komunikasi satelit. Fabric yagi ini mungkin boleh dijadikan satu kajian untuk projek anda.

Konsep ini datangnya dari rekaan WA5VJB yang mengeluarkan artikel berkaitan dengan cheap yagi antenna atau kaedah mudah untuk membuat antenna yagi yang murah.

Sesuai untuk portable dan boleh juga digunakan bagi dxing 2m SSB mode.

Untuk mendapatkan gambaran jelas bagaimana idea ini dimplimentasikan dari web asalnya..sila layari http://www.wa5vjb.com/yagi-pdf/cheapyagi.pdf

HF? hmmm..besaq sangat kot..takut nanti antenna kena balut dengan karpet rumah...heheh



72..de 113sd110/9w2di

Sunday, October 3, 2010

Terbukti bodohnya membeli FT817

Salam,

Sekarang ada beberapa station 9w yang "berani" melangkah ke QRP telah mencuba untuk membuktikan bahawa ia adalah langkah yang berbaloi dengan cara dan kaedah untuk HF. Bukannya untuk berlawan sapa paling kuat tapi nak mencuba dan nak membuktikan keupayaannya pada barefoot 5watts ke bawah.

Bagi menangkis beberapa fahaman yang telah memberi gambaran yang "seram" tentang FT817 ini, kita telah mencuba pelbagai cara dan kaedah termasuk portable QRP dan mobile QRP. Selain menurunkan pada kadar yang paling rendah 0.5watts dan 0.3watts untuk internal battery.

Jadi sekali lagi ungkapan "tak berapa cerdik depa beli FT817", adakah boleh kita terima oleh akal yang boleh mencapai tahap dewa seorang programmer komputer?

Kisah hari ini tiba2 masa nak balik dari cangkulan, cangkulan? boleh guna ka? salah laa pulak..sop nohh...try la dengan station dari Jepun yang signal dia sudah menjangkau 60db kadang kala tu. Pada kadar QSB. Bermula dengan saya dan kemudian 9w2usf. Mana QRP station lain..sat...depa dok standby nak take off nihh....

Akhirnya FT817 "bodoh" kami ini dapat bekerja dengan JG3MBL....alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar dari mobile antenna hingga ke delta loop 2.5 watts. Sebangang bangang FT817 ini dapat juga tercatit dalam log phone qso hari nih. Phone jaa lahh CW tak leh...kami MCMC tak bagi J2A...






72..de 9w2di

Friday, October 1, 2010

Amboii..kasar nampak

Salam,

Sorang rakan lama sms dan bertanyakan kepada saya ..repond kepada posting sebelum ini. Kenapa ayat kasar nih? Saya jawab "biar kasar didepan jangan lembut didepan tapi tikam kita dari belakang"..dia tanya lagi..sapa? Saya kata..carilah laman web mana yang sekarang nih dok rancak langsung kondem terutama 9w2.

Inilah akibat ego mengatasi sifat rendah diri. Semua orang buat ..semua salah. Main CB salah, tak tahu CW ibarat CB,  SOP salah, SUP salah, tak pi CW salah (bukan HAM), tak mau cakap ngan 9w2 kalau tak tau CW...qrp salah...beli radio qrp salah (9w2 bodoh sebab beli).....10m meter band sampah....SDR kondem (tak heran laa bagi dia)..terbaru pasal beli radio HF....semua yang 9w2 buat salah...sapa tak marah...sapa tak geram...

Mula dulu saya ingat tak dak laa cerita2 camni dah di era 20an nih...rupa rupanya..meleset tanggapan saya...

SAYA HANYA MELUAHKAN DENGAN KATA KATA SAYA DI BLOG, 9M2 KATA MACAM2 DENGAN SINDIRIAN DI WEB DAN 40M BAGAIMANA PULA?

Jadi itulah asal ceritanya. Untuk hari ini selepas hati rasa cukup sedih dengan kisah ini..tiba tiba pada belah petang 9w2usf, 9w2icq telah berkumandang untuk mencuba QRP bersama station BH7OZG.

Terubat juga bila 9w2usf buat pertama kali Mobile QRP telah berjaya mendapat station tersebut. Alhamdulillah tunggu punya tunggu..giliran saya pulak..Telescopic QRP 1 watts. So...tengok la video...bukan nak bangga..tapi nak kongsi...anda nak try..memang best kerana ia memang munasabah...








72 ..de 9w2di

No 40m for 9w2.....

Salam,

Masih anda ingat tetang draf MCMC berkaitan plan spektrum terutama untuk 9w2? Apa keputusanya?

Secara tak rasmi dan boleh dikatakan rasmi ..pulak..kalau rasmi mesti ada bertulis kan..kalau tak rasmi biasa laaa..dari mulut ke mulut..dengan alasan memang tak diberikan sebab sebab yang tertentu. Antaranya..kerana tiada sokongan daripada 9m2..pelik...jadi sebab tu saya tak nak bincang sangat sini...

Apa yang ingin saya katakan "KEBULUR SANGAT KA 9W2 KEPADA 40M?" Sampai ada yang sanggup mengatakan 9w2 beli radio HF pasal 40m. Bodoh gila dia nihhh. Anda selidik dulu kalau nak mengeluarkan sebarang kenyataan. Ramai yang beli radio dan ramai yang beli DELTA LOOP 10m single element nih. Mana statement tu?

Lepas tu ada pula suara suara sumbang 9m2 nih mengatakan "memang tak dak harapan laa 9w2 ke 40m". Mak aihhh sedap mulut..nak pelemah semangat orang. Ini ka cara didikan guru anda kepada anda. Inikah cara anda dalam hobi radio nihhh. Sia sia ilmu anda selama ini kalau begini caranya anda dalam HAM.

Heran sungguh saya dengan puak puak nih. Apa tak kena 9w2 ke HF pun saya tak tau. Silap kat mana saya pun tak tau. Saya pun tak pernah menjanjikan kepada 9w2 yang baru berjinak dengan HF bahawa kita akan boleh ke 40m. Sebab kalau tak ke 40m pun tak pa..."depa" bukan mau sembang ngan kita. Kita tak tau CW....

Sekarang dah mula terbentuk puak puak nih. Sedih rasanya kan..main radio nak wujudkan fahaman yang boleh memisahkan antara 9m2 dan 9w2.

Posting yang lalu banyak telah saya ketengahkan berkaitan beberapa kejayaan 9w2 di 10m dengan QRP. Elloww broo....9w2 dah berjaya dah di HF.....tak bagi 40m pun tak pa buat masa la nie.

Entah laaa..Allah bagi ilmu komputer..dah salah guna...salah guna bukan setakat tengok laman porno jaaa..tapi kalau dok mengata dan dok kondem orang.....hang pikiaq laa sendiri.....pandai pandai sampai tahap master kalau minda masih kolot...hati masih busuk...lupakan sajalah....

Sekali lagi...kepada 9w2 semua..teruskan usaha...mantapkan DX anda.....kita akan usaha dari masa kesemasa..

72..de 9w2di