Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, August 1, 2010

"Pengecut", tahu CW tapi takut QRP?

Sembang sana sembang sini, andalah terhebat dalam CW. Anda memberi gambaran yang hebat berkaitan cw. Terutama apabila anda katakan bahawa, CW amat sesuai untuk sebarang kecemasan. Lebih lebih lagi apabila "stress code" diperlukan.

Dalam banyak sembang anda, anda meletakkan HAM tanpa CW adalah bukan HAM. Anda cuba mengelak apabila HAM berminat dengan QRP, anda katakan QRP untuk CW.

SEJAUH MANAKAH ANDA QRP DENGAN CW? BERAPA PALING RENDAH? BAND MANA YANG ANDA PERNAH KERJA?

Usaha menakut nakutkan rakan HAM baru untuk berminat dengan QRP adalah ibarat macam buli budak sekolah....

Usaha meletakkan QRP hanya untuk CW adalah usaha yang menampakkan bertapa pengecutnya anda untuk bekerja dalam phone di QRP. Saya cabar anda....

Jangan sembang QRP di 40m dan 20m. Jom sembang QRP di 10m dan 6m.

Sudah berapa lama anda dengan CW? Anda rasa hebat dengannya...tapi sedih kalau setakat hebat tanpa QRP. Berapa banyak homebrew QRP CW anda dah buat...jangan sembang disini....

Buktikan..dan naikkan dulu martabat QRP sebelum nak bercerita pasalnya. Gagal anda bukan kerana pemancar...tapi kerana diri anda sendiri.

Sifat busuk hati masih ada dalam diri anda. Daging yang hitam itu perlu dicuci sepenuhnya. Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba nanti, banyakkan membaca al quran dan cari tafsir berkaitan kekuasaan Allah di alam semesta ini.

Menakut nakutkan terutama 9w2 dengan QRP ini telah berjaya menunjukkan kebodohan diri anda sendiri. Tanya pada diri..apakah sumbangan anda kepada generasi 9w2 dahulu dan kini.

Wassalam

72..de 9w2di

p/s : Artikel ini dikeluarkan kerana ada usaha untuk melemahkan semangat 9w2 berminat dalam HF terutama QRP.

1 comment:

9w2mzl said...

tak mampulah nak beli set hf.. gaji cukup makan je..