Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, August 24, 2010

Pertunjuk 24 Ogos 2010

9w2 dikejutkan pada petang Selasa ini apabila terdengar station dari Doha beroperasi.

Pada hari ini SSN 0 dan flux pada kadar 75. Keadaan ini memberi gambaran yang sama seperti 3 tahun yang lalu apabila SSN tidak memberi satu keputusan yang memberangsangkan.

Malam ini panas. Rupanya berlaku gangguan forecast oleh magnetosphere ini matahari. Wahhhh...bagus juga jadual yang saya letakkan ini. Sekurang kurangnya tak lah bodoh sangat kenapa panas hari ni.

Saya memberi respon kepada A71EM dengan signal 59+ diterima oleh beliau.

Lantas saya terus membuka laman blog saya untuk melihat apakah bentuk pola pada Ionosphere Image.

Warna biru gelap meliputi kawasan Malaysia hingga ke Tanah Arab. Memang betullah. Propagasi membuka antara kita dan kawasan seantaranya. Warna merah gelap pula menggambarkan kawsan tersebut amat tinggi propagasinya. Tak hairanlah kita dapat menerima dengan kuat dari station pola tersebut.

Ini anggaran saya. Saya akan sentiasa mengikuti bentuk pola ini moga boleh kita kongsi bersama nanti.

Terus call sham 9w2esm. Ternyata beliau orang yang pertama bekerja dengan A71EM.

Moga disamping ramalan yang lain termasuk pola image ini, kita akan sentiasa mengikuti dan mempelajari bentuk propagasi yang bakal muncul dan impak terus terusan kepada 10m.

Kisah "luncai". Macam biasa...masih lagi memberi komen menjahanamkan 9w2. Terkini..lucu baginya 5watts lebih baik dari 100watts.

Kepada peminat setia 10m..tunggu sms dari saya ...dekatkan dengan radio....kita ikuti perkembangannya dari masa kesemasa

72..de 9w2di

2 comments:

KD8ZRE said...

seriusly ..memang cukup membantu .. tahniah abg din

9w2di said...

Memang sham. Terima kasih. Banyak membantu. Dah masuk tahun ke 3 nih..banyak ramalan telah kita cuba dan kaji. Harap imej ini akan lebih membantu