Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, August 17, 2010

Bodohkah 9w2?

Salam.
Bulan baik ini sepatutnya kita lebihkan zikir dan membaca Al-Quran. Masih belum faham sepatutnya kita membersihkan "daging hitam" kita itu di bulan ini. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi harus dengan semua anggota.

Namun apa kan daya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?

Isu terbaru saya mendapat tahu sorang 9m2 nih merasa bodohnya 9w2 membeli rig FT817 atau QRP set. Bagi beliau kebodohan ini kerana 9w2 takkan sampai bila2 pandai dengan HF.

Saya merasa pelik. Dah beratus video dan respond dari 9w2 yang bekerja di HF..apakah beliau ini berapa di planet lain?

Setakat beliau sahaja saya masih boleh terima sebab memang dia camtu. Yang sedih nie sebab ada pengikut Tok Ayah sorang nih.

Entahlah. Bagi saya perjuangan Nabi sendiri mendapat tentangan. Inikan pula kita umatnya yang kerdil ini. Moga dihari baik dan bulan baik ini kita doakan agar hidayah diturunkan kepada beliau. Bukan setakat hidayah CW. Berilah sama hidayah bagaimana hubungan sesama manusia terutama sesama Islam. Dia harus ingat...dosa bukan setakat hubungan dia dengan Allah, malah hubungan dia sesama manusia.

Berikut adalah paparan terbaru QRP dari station 9w2 yang bodoh ini. Kami bodoh..anda pandai...anda sorang saja boleh main radio....lesen anda sorang saja yang renew...anda sorang saja yang ada radio...anda sorang saja ada mulut...anda sorang saja yang dijadikan Allah?






72...de 9w2di

2 comments:

9W2SBD said...

Perdulikan.. biar dia terjun dengan "labu-labunya"... yang penting kita ENJOY, kita PUAS..

dalam masa terdekat saya akan join balik QRP member.. hehehe... tak sabor penanti set baru.. hehehe

dol said...

aslkm,sapa yang 9m2 tu,sebut callsign.x payah nak takut2,jom jumpa 9m2 tu depan2......73
jgn dok bercerita kat belakanglah,apa-apa hal kita jumpa mata ke mata