Salam,
Rasanya persoalan saya hampir 10 tahun ini sudah mula terjawab sekarang. Lebih lebih lagi bila dah ramai 9w2 terlibat dalam HF nih. Kalau dulunya kami banyak dalam CB dan rasanya agak kurang pendedahan dan perkembangan yang boleh diikuti. Lagipun band pun bukan dalam HAM. Rasanya tak laa rasa dengki tu membuak buak dalam hati.
Astra. Persatuan Radio pertama saya masuk. Selepasnya tiada lagi kelab atau persatuan yang saya masuk. Biarpun berlambak persatuan radio kat Malaysia nih, rasanya inilah cinta pertama saya. Walaupun kadang tu meluat gila ngan Astra nih. Saya mendapat khabar 10 tahun dulu penubuhannya mendapat tentangan hebat terutama dari Marts. Rasanya bukan semua ahli Marts yang tentang sebab Bang Mat pun masuk Astra. Kenapa ia ditentang? Kenapa kita hanya bergantung pada 1 persatuan dan kita nak the only one jaa berlaku kat Malaysia? Pada masa itu apa yang saya nampak...tidak lain dan bukan..hanyalah kerana perkembangan repeater Astra yang begitu baik. Astra telah membuat rekod membangunkan linking repeater Amateur pertama di Malaysia. Lagi laa pakat dok pendam. Ok..ini satu....kejayaan yang dibuat dan ada orang tak suka.
Seterusnya..kini...
Ramai 9w2 telah berminat dalam HF terutama di 10m. Perkembangan yang baik ini tiba2 telah memberi satu kesan yang mencabar dan menggugat tok ketua 40m serta pengikutnya. Ini kerana mengikut fahaman mereka, kalau macam ni ramai 9w2 tidak akan ke CW. Akhirnya 9w2 telah diprovokasikan dengan pelbagai cerita dan hasutan hinggakan ada yang jual radio. Ada yang menelefon saya sebab frust dan nasib baik pada masa tu propagasi 10m membuka dan beliau tak jadi jual.
Anda nampak tak? Inilah apa yang berlaku dalam 10 tahun ini. Anda jangan hairan kalau anda berjumpa dengan sorang 9m2 kemudian anda cerita pasal anda minat 10m dan anda terlalu gembira tentangnya. Namun lepas itu dia akan kondem minat anda ini.
Baru2 ini saya ada merakamkan beberapa perbualan 9m2 di 40m. Bukan nak jadi spy ka apa. Memang saya set SDR tu sebab masa balik boleh laa dgr dgr rakan QSO di 40m. Saya sungguh terkejut apabila setiap perbualan itu secara tidak langsung akan melemahkan kita terutama 9w2 untuk membuat eksplorasi berkaitan HF. Terutama berkaitan QRP, Software Defined Radio dan radio yang kita gunakan sekarang.
Bagi mereka "buat apa dok guna benda benda baru nih, jom kekalkan cara lama". Lagi tak paham. Pening pun ada..nak muntah pun ada. Seketika dulu pernah sorang 9w2 mengadu kepada saya seorang 9m2 nih berkata "FT897 adalah radio yang basic dan tak sesuai untuk HF". Uiksss...kalau camtu..bodohlah yaesu membangunkan radio tersebut. Ada lagi....."Software Defined Radio adalah gateway dan ia menggunakan internet?"..lagi..."bodohnya 9w2 membeli rig QRP" dia buat sendiri ka radio selama nih?
Ini rupanya provokasi beberapa 9m2 kepada 9w2 yang selama ini tak kemana mana dan hanya dok gayut di 2m. Kemudian dok kondem lak..cara QSO 9w2 di 2m..aihhh..ada lagi...elloww..tolong laa..please laaa..berilah pendapat lain. Cara QSO di HF ka...cara nak QSO di contest ka...cara bila pile up kaaa...ini dakk...dia ni rasanya dapat 9m2 tak ke HF kot...dok monitor di 2m..lepas tu hentam.....Jauh panggang dari api laaa kalau nak ajar 9w2 ke HF..lagi jauh..kita pi rumah dia dan dia kasi kita operate callsign dia...betul dak?
Kita akan cuba kurangkan provokasi ini. Saya nak nasihatkan kepada 9w2...kalau anda dgr perbualan yang pelik di 40m tentang usaha minat ini..tunelah ke 7.050 ka dan 7.055. Kat situ banyak ilmu lain kita leh dapat. Tak pun..pi laa band lain.
Saya sedih sebab ini masih lagi berlaku biarpun dah 10 saya dalam HAM. 9w2 ke 10m pun rasa saya dalam 4 ke 5 tahun ini ja. Masih baru nak berjinak.
Jadi bagi kita ...kuatkanlah semangat dan jangan hiraukan provokasi ini. Kata orang..saya pun kadang tu pun dah pedih telinga nihhh..hehe...
Baru saya tahu...inilah sebenarnya punca kenapa 9w2 tak kemana dan takut nak ke HF
72..de 9w2di
No comments:
Post a Comment