Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, August 31, 2010

Nak TX FT817 di CB atau 11m

Ramai yang bertanyakan soalan ini. Ia boleh dilakukan dengan Hardware mods pada jumper di 817 itu sendiri.

Tapi untuk 897 dan 857 kita hanya perlukan software commander dan cat cable. Perkara ini akan saya bincangkan nanti. Namun untuk model 897 dan 857 anda boleh juga menggunakan kaedah hardware jumper.

Saya dah jumper dan buka untuk 897 saya yang terdahulu tapi untuk 817 masih belum saya lakukan kerana memandangkan 11m atau CB masih belum membuka buat masa sekarang. Saya masih lagi fokus kepada 10m untuk melihat kadar dan bentuk propagasi yang akan timbul.

Satu perkara yang ingin saya kongsi disini, ada pendapat yang mengatakan sekiranya jumper ini diubah, maka sensitiviti 817 akan berkurangan. Namun ada pendapat yang menyangkal pendapat ini kerana bagi mereka sekiranya mods ini dilakukan dengan baik maka keputusannya akan baik.

Apa apa pun saya pernah buat untuk 897 dan tidak ada masalah. Mungkin kerana saiznya yang kecil, anda perlu teliti ketika membuat pengubahsuaian 817 ini. Jangan ambil risiko...kalau tak yakin. Rujuk rakan yang biasa dengan micro electronic nih...

72..de 9w2di

No comments: