Global HF (Ionospheric Map)


Friday, August 27, 2010

What i learned with Software Defined Radio

Sejak saya mencuba dan mendedahkan kepada rakan2 mengenainya, pelbagai respond yang saya terima.

Bukan nak menunjuk tapi nak kongsi. Bagi saya ini adalah SDR pertama di Malaysia? Betul ka? Rasanya ..sebab tanya semua HAM pelusuk Malaysia mereka tak pernah jumpa orang gunakannya.

Saya tak nak terlalu jauh seperti Flexradio. Dengan harga ribu ribu mungkin tak mampu untuk mendapatkannya. Orang pertama yang saya ceritakan pasal ni adalah 9m2mz.

Saya dapat tahu, ada 9m2 lain yang dgr tentang SDR nih. Ada rakan kata respond 9m2 lain "elehhh..apa nak heran"...pulakk....

Bukan nak bandingkan antara SDR dan Tube set. Ini teknologi. Kenapa harus saya menolak teknologi. Saya minat IT sejak 1995 hingga kerja pun minum air sejuk jaa....saya minat elektronik...dan ia ada kesinambungan dengan telekomunikasi...akhirnya saya pun dah jatuh cinta dengannya. Kesemua ini saya dah temui dalam HAM. Bukan setakat tahu language ...hanya tahu buat Log Book.

Yang lain...nak meniaga jaa...orang putih dah lama mempertahan kan Open Source dan freeware nih. HAM banyak freeware. Jadi sayang kalau kita tak mempergunakan semaksimum mungkin.

Sudah sebulan saya dok lanyak SDR nih. Ini adalah senarai ilmu yang saya dapat secara visual langsung. Kalau sebelum ini kita hanya dok sembang semua ini dan membuat anggaran sahaja. SDR bagi saya telah memberi satu keputusan yang lebih tepat kalau anda tahu mempergunakannya.

1. Low pass filter
2. Band pass filter
3. Bandwidth controller
4. FTDI
5. Microsoft framework compatability
6. Intermediate frequency adjustment
7. Visual noise blanker
8. Visual noise reduction
9. Free SDR software with nice GUI
10 Linux distro with HAM gadget.

Memang banyak kan? Dulu kita dengar jaa semua ini. Tapi dengan SDR saya dapat terus lihat semua ini. Dengan kos yang rendah ini, pelbagai konsep berkaitan komunikasi ini dapat didedahkan. Sedihnya ada yang memandang perkara ini hanya merugikan sahaja. Kenapa anda menggunakan komputer? Kenapa tak guna typewriter ja untuk tulis blog? Mana leh lawan komputer ngan typewriter.

Anda menafikan terknologi terkini dalam masa yang sama yang menggunakannya. Bagi anda ..biar anda sorang ja yang tahu...orang lain jangan...ini sifat HAM yang boleh menjahanamkan orang lain.

Wahai 9m2..jangan bazirkan deretan kemudahan yang diberikan oleh MCMC kepada anda. Jangan dok bangga anda dah boleh jadi station master dan tandatangan sokogan untuk 9w2 mendapat AA. Kajilah Dstar. Kat Malaysia tak dak lagi digital repeater yang boleh browse internet. Kami tak nak bazir AA kami..sebab tu kami nak gunakan sepenuhnya hingga lumat di 10m dan 6m....



72..de 9w2di

1 comment:

9M2PJU said...

Salam abg din. ada sesetengah SDR ni boleh dikawal guna iPad dan iPhone. hebat jugak tu. boleh tengok spektrum guna iPad. hehe. saya pernah try SDR14 receiver. boleh buat multiple monitoring guna satu receiver dan banyak komputer. lain komputer lain freq.