Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, August 31, 2010

Rakan lama yang telah memberi makna


Salam,

Facebook. Pada mulanya agak kekok namun lepas tu rasa cam best laa pulak. Heheh.. selain menemukan semula dengan rakan2 sekolah lama saya, agak terkejut juga apabila saya mendapat request dari Ari 91SD010. Hmmm maca pernah dgr nama itu.

Sebelum ini saya juga prnah ketemu rakan di 10m juga bernama Ari tetapi bukan yang saya bertemu pada tahun 1999 yang lalu.

Kisah ini bermula apabila saya pada suatu hari pusing punya pusing dan try mode USB pada Superstar tu dan saya terdengar CQ CQ CQ this is ??sugardelta??? Uikss apa pulak nih.

Seminggu saya monitor dan pada hari seterusnya saya try pulak...heheh..CQ CQ CQ anybody....hahah..bodoh laa katakan.

Kemudian saya terkejut apabila Ari masuk. Mula tu speaking laa...namun selepas Ari maklumkan dia dari Indonesia, maka QSO kami seterusnya dalam bahasa nusantara.

Selain kenal mengenal antara satu sama lain, saya agak keliru apabila cq di 27.555 kemudian mereka suruh QSY ke lain lain freq seperti 27.600. Uiks radio Superstar mana ada tunjuk frekuensi. Cuma ABCD dan no jaa.

Ari ada memaklumkan kepada saya bagaimana untuk mendapatkan zero bit frekuensi untuk super star. Akhirnya dengan ilmu yang diberikan ini, saya sudah berjaya ke udara dengan call 113sd001 pada ketika itu.

Itulah kisah pengenalan kami yang hampir 11 tahun ini. Pertemuan semula di Facebook telah memberi satu lagi kekuatan kepada saya dalam arena HF upper band nih. Kalau tak kerana Ari mungkin saya tak kemana. Itulah takdir yang telah memberi ruang kepada saya membuat eksplorasi selanjutnya dalam dunia radio ini.

Saya tahu Ari juga rakan amatur. Rasanya biar ketemu lagi diudara kelak terutama di 11m.

Terima kasih Ari. Ilmu yang jauh datangnya itu telah memberi impak kepada saya selama ini.

73..de 113sd110

1 comment:

qeubechsierra said...

best pak din...insyaAllah, kami di banting xkan jemu dengan CB...