Global HF (Ionospheric Map)


Thursday, August 12, 2010

Kenapa 9m2mz (Pak Long) senang didampingi

Pertemuan bermula pada 1999 apabila aku dan 9m2dz kerumahnya untuk mendapatkan tandatangan bagi aku mendapatkan AA. Perkenalan ini memberi makna besar kepada aku kerana selama 1 tahun aku dalam CB dengan beliau..inilah kali pertama bertentang mata.

Selain beliau pada ketika itu aku kenal 9m2se. Aku gelarkan beliau sebagai tok wan. Beliau telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Moga pada bulan yang baik ini rohnya dicucuri rahmat selalu.

Pak long (9m2mz) seorang yang berprofail rendah. Tidak pernah meninggi diri atau bercakap besar. Setiap apa yang beliau perkatakan berdasarkan fakta dan berdasarkan formula. Rujukan internet beliau juga amat luas. Aku pasti, setiap jawapan beliau sekiranya kira mencari dalam search engine..pastinya ia adalah jawapan yang sama. Aku senang dengan beliau hampir 11 tahun denganya. Beliaulah yang memberi sokongan agar aku memperisterikan XYL aku sekarang. Beliaulah juga tempat meluah perasaan bagi semua yang mungkin bermasalah. Di sini ingin aku senaraikan beberapa ciri Pak long yang memberikannya satu keistimewaan apabila beliau berdamping terutama dengan 9w2. Moga boleh menjadi rujukan..terutama yang bakal mendapat 9m2 atau 9m2 yang baru2 nih...

  1. Pak Long tak pernah menulis sebarang artikel dalam blog merendah rendahkan 9w2
  2. Pak Long tahu CW tapi dia tak pernah kondem orang yang tak tahu
  3. Pak long selalu saja ada membantu kalau ada JOTA. Mungkin yang lain suka dok rumah...tengok mana yang 9w2 buat tak kena.
  4. Pak long memberi sokongan kepada CB. Dia juga peminat CB. Tak pernah nak kondem..tak pernah nak kata.
  5. Pak long kata "kita kena tahu CW nih"..aku setuju..bukannya dia kata "tak tahu CW bukan HAM"
  6. Pak long akan sembang dengan 9w2 di HF biarpun 9w2 tak tahu CW
  7. Menghargai penemuan terbaru terutama dari 9w2...bagi yang lain..biasalaaa..tak heran pun...
  8. Tak lokek nak bagi ilmu walau dimana dia berada
  9. Tak megah dengan tower tinggi...bagi beliau setinggi mana tower HAM..akhirnya dia akan ke bawah jugak...balik balik kan ke dipole atau G5RV
  10. Kalau malam sanggup tunggu walaupun umur dah meningkat
Ini lah beberapa senarai untuk pak long dari kaca mata aku sekian 11 tahun mengenalinya. Bagi aku 9m2 yang baru ini belajar lah banyak2 ngan Pak Long. Kalau tidak anda tak kemana. Berapa peratus pergaulan HAM anda bersama 9m2..dengan 9w2? Bagi saya kaedah pendekatan pak long ini memberi satu gambaran yang baik kalau anda praktikkan. Ramai yang akan CW dengan mudah. Ramai yang akan tahu HF dengan mudah..

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Didoakan agar Pak Long dan sekeluarga dalam keadaan sejahtera hendaknya. Di murahkan rezeki dan dipermudahkan apa yang dilakukan.

Buat Pak Long, kami sentiasa bersama anda. Anda inspirasi kami.

72..de 9w2di

4 comments:

de9W2DSL said...

betoi tu din. paklong memang layak dapat anugerah ...

Anonymous said...

pak long all the best...hehehe

9w2di said...

yup..sentiasa terbaik...kenapa yang lain tidak boleh menjadi sepertinya? susah sangat kah? kenapa harus ada ego hanya kerana anda pandai CW? Hanya CW anda dah diberi kuasa selayak General? Sampai anda harus meletakkan 9w2 seperti "koman" dimata anda?

Sedihnya HAM di Malaysia

9M2PJU said...
This comment has been removed by the author.