Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, September 7, 2010

Malaysia QRP'er fan logo

Gatal gatal tangan dok main firework nih terasa nak buat sticker untuk qrp.

Tengok kat luar negara banyak yang buat kelab buat persatuan untuk QRP nih. Kita sini tak yah la kot. Nanti dok bergaduh pulak. Elok2 kita dok berkawan.

Timbul ramai peminat QRP kat Malaysia ini memberi satu gambaran yang jelas bahawa HAM Malaysia terutama 9w, bersedia menerima cabaran bila bila masa sahaja.

Risiko yang telah anda ambil ini secara langsung menangkis tanggapan yang 9w tak kemana. Kepada rakan QRO juga bertungkus lumus "berkubang" dalam 10m yang tidak selalu buka ini. Juga memberi gambaran kepada kita betapa besarnya minat dalam HF ini.

Logo ini mungkin akan dijadikan stiker kereta dan mungkin akan dicetak pada baju.

Tengoklah nanti...bila semua dah siap..akan saya maklumkan...

72..de9w2di/113sd110

3 comments:

9W2SBD said...

cun..lawa.. saya orang pertama nak booking.. tambah cun letak 9w2 dan bendera malaysia... perhhhh..hanya cadangan..

9w2di said...

tq..hmm..ok nanti saya try tgk camna...selamat hari raya bang..maaf zahir batin..

M.Zaifful said...

Saya pun nak gak, Cun dah tue,Selamat Hari raya Aidilfitri, buat abg din sekeluarga dan semua warga ham di Malaysia