Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, September 7, 2010

CB'er nostalgia


Kisah kebangkitannya bermula pada tahun 1973 apabila berlaku krisi minyak terutama di negara eropah. Namun ia telah juga bermula pada sekitar tahuan 50'an dan 60'an.

CB selalunya dikaitkan dengan pengguna pengangkutan.

Di Malaysia, penggunaannya banyak kepada nelayan. Oleh sebab itu sering kita dengar nelayan dari negara kita juga negara jiran berkomunikasi di CB atau 11m untuk kegunaan semasa kerja kerja menangkap ikan.

Untung tak kalau kenal mereka nih? Heheh.memang untung. Pada tahun 2000 Iota di Pulau Bidan Kedah telah berlangsung. Saya masih ingat ketika itu, arwah tok wan 9m2se dengan botnya. Beliau seorang yang kuat dari segi fizikal biarpun pada ketika umurnya yang sudah lanjut. Anda bayangkan saya naik bot dengan dia hanya memakai kain pelikat. Peghhh..brutalnya tok wan.

Iota activation ini berlangsung selama 2 hari. Untungnya CB ketika itu kerana kami telah mendapat sokongan rakan laut dari aspek bekalan makanan.

Maklum laaa..kawan dengan nelayan. Makan mewah mewah tuu...heheh. Ikan besar. Teringat arwah sone pada ketika malam itu, setelah berhempas pulas membuat CQ, terus membuat persediaan ikan masak stim.

Ketika itu antenna yang popular adalah antenna "buyung". Kalau ada gambar nanti saya posting di artikel seterusnya.

Wah pak din..dah keluar artikel CB..HAM nak pencen ka? Aihh mana ada..mana boleh..perjuangan untuk rakan 9w tetap diteruskan. Biar putih tulang jangan putih mata. Biar "luncai luncai" itu terjun ngan labu labunya.

Kita disamping HAM akan memartabatkan kembali CB atau 11m. Kat Malaysia nih bukan sedikit oo peminat 11m. Jadi jangan biarkan ia sepi begitu sahaja. Lepas nih kita londeh semua 817...heheh...

Itu sedikit kisah nostalgia di CB. Biar apa pun ia tetap perhubungan tanpa wayar yang hebat.....


72..de 113sd110

1 comment:

M.Zaifful said...

Hard Core Fans of CB, sebelum kenal Radio Amatur,kenali radio CB awal 1993-1994, atas galakan arwah 9M2SE & 9M2MZ Paklong Marzuki,belum wujud MCMC hanya JTM- Jabatan Telekom Malaysia.