Global HF (Ionospheric Map)

Friday, September 3, 2010

Update : Qrp mobile on 10m





Tempat kejadian : Sg Petani
Tarikh : 3 Sept 2010
Masa : 6.00pm
Kesalahan : Sebut call sign tak kena..eehh

Terima kasih buat sham 9w2esm kena info beliau pasal station Macau nih. Mulanya heran kenapa laa sunyi nih..rupanya set radio tak betul. Dok kat 29.495. Patut la sunyi.

Berkat bulan posa yang baik nih, aku try la contact. Haa..4/5. Jadi la. Asalkan dia dapat copy callsign nih. Berkat keizinan Allah juga pemancaran ini dapat dibuat. Inilah update terbaru setelah lama tak buat contact ngan mobile nih. Last buat contact ngan Australia.

Itulah kisah nya. Lepas tu gerak terus ke Sekolah Sg Layar dan ke Majlis Buka Posa bersama SPHam Radio. Ramai rakan yang hadir. Terima kasih kepada SP Ham atas jemputan. Tahun depan kita jumpa lagi.

72..de 9w2di

No comments: