Salam,
Tahun 2010 telah memberi satu gambaran yang baik kepada peminat 11m terutamanya 113 division untuk aktif semula. Terasa teruja apabila 113SD105 telah berjaya bekerja dengan 22 division. Bukan senang untuk kita mendapat station dari wilayah Amerika ini. Ini kejayaan pertama setelah hampir 7 tahun 11m kesunyian dengan CQ dari beberapa station aktif SD, AT dan sebagainya.
Pada malam itu juga hampir 2 jam saya berkerja dengan 91 division dan pelbagai topik yang kami perbualkan. Wahh...lama tak main di 11m nih dengan ragchew yang lama dan 11m telah memberi ruang yang agak besar pada malam tersebut. Jimmy dengan baiknya memberi padangan dan pengalaman beliau yang telah hampir 20 tahun bersama 11m.
Artikel yang lalu pernah saya menceritakan yang rakan saya di 11m agak terasa kecil hati apabila saya ke HAM. Namun itu semua saya cuba elakkan dengan tidak bercerita pasal 2m dan sebagainya bagi menjaga hati mereka yang saya tahu pada ketika itu kurang mampu untuk menjadi HAM. Maklumla, ramai yang berpendapatan rendah dan banyak yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris.
Kini kadang2 saya menjengah mereka di 11m. Masih kedengaran MB3, 411 dan pak njang. Kata mereka "hang mau jugak no main kat sini"? Siapa saya kalau tanpa anda dulu. Siapa saya kalau tanpa pertolongan ARI untuk bekerja di USB. Saya ingat asal usul saya. Kini saya akan tetap bersamanya.
Rasanya selepas ini saya akan aktif semula di 113 division. Sudah loya melayan HAM yang rasa dirinya hebat dari orang lain. Tidak pernah sokong dan memberi pandangan positif kalau ada benda atau perkara yang 9w ingin ketengahkan.
Sebagai umat Islam, kita memang digalakkan memandang orang yang "rendah" drp kita dengan pandangan simpati. Agar kita tidak riak dikemudian hari.
Saya memandang rakan bukan amatur, rakan yang tak tahu CW, rakan yang tak tahu berbahasa inggeris dengan fasih, rakan yang tiada kelengkapan HF sebagai satu pandangan yang positif agar mereka boleh bersama saya seadanya mengikut kemampuan mereka. Saya juga bukan insan sempurna. Masih lemah dan mahu membangun bersama anda semua.
113 division, kena betul betul aktif untuk memberi satu komitmen penuh terutama kepada penaja kita. Jadi dengan ketentuanNya berkaitan propagasi ini, rasanya mungkin kita akan mampu untuk mencapainya.
Kini saya rasa tiba masanya saya hindarkan dari mendengar atau melihat kata kata yang boleh melemahkan semangat ini. Kerana munculnya saya kembali di arena komunikasi tanpa wayar ini hanya untuk radio. Bukannya untuk membeza bezakan antara kelebihan ilmu rakan2. "Mereka" buat apa saja, kata apa saja, tegur apa saja..semuanya betul...biar lah kita yang salah.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
72 de 113SD110
3 comments:
Menarik ni. Apa peralatan yg diperlukan untuk bekerja di 11m ni. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri. 113MB261
Salam,
Radio 11m memang ada dipasaran. Rega pun boleh tahan. Ribuan gak. Baik dapatkan radio yang amateur HF band. Ada sesetengah mods kena jumper. Hard jumper atau soft jumper bagi TX di 11m.
Macam 817, 8197 dan 857. Kena hard jumper atau soft jumper.
Rig lain akan saya nyatakan dalam posting yang akan datang..
Selamat hari raya dan maaf zahir batin...
113sd110
adusss Pak Din...jd x senang duduk ni...da bole contact ngan 22 division lak...sy kene kuat sket ni, huhuhu
Post a Comment