Global HF (Ionospheric Map)


Wednesday, July 21, 2010

Welcome to 9w2 QRP'er

Tokey tengah angkat barang
Milik siapakah rig ini
Upacara menyeluk tupperware
Tahniah kepada 9w2osz yang mendapat cabutan pada bulan ini




















Salam,

Dulu saya bermula dengan radio dan pada zaman saya ketika itu saya tak bertemu 9m2 atau 9w2. Namun sekarang banyak 9m2 yang hebat hebat dan 9w2 yang tak kurang hebatnya. Sejauh mana manafaat anda kepada rakan rakan anda terutama untuk lebih maju setapak lagi dalam bidang radio?

Saya ketika dulu berguru dengan nelayan, tak bekerja, pekebun, penoreh getah. Tapi sekarang nih hebat...ada yang mengaji luaq negara. Teroka seluruh negara. Apa manafaat anda. Lebih hebat lagi berdxing kesana kemari..kumpul beribu ribu qsl card..tapi....

Amat gembira dihati ini apabila rakan rakan HAM Alor Setar telah memberi gambaran dan feedback yang baik berkaitan HF. Semuanya bermula dan berkisah di JOTA hari tu.

Dengar sini....selepas ini jangan lagi ada suara suara sumbang 9w2 tak tahu apa itu"BFO"...pandai kata tapi tak pandai nak ajaq....kami dah nak mula mengaji..kami dah nak mula berguru...biarlah guru kami tak sehebat anda....belajar luar negara...guru kami SPM pun tak pas...tapi...ikhlas dengan ilmu ini..moga lebih dia diberkati....guru kami tak sekaya mana...tak merantau seluruh negara...tak kumpul QSL Card beribu ribu....

Aktiviti mencabut undi telah berlangsung. 2 untuk undian dan 4 lagi dibeli secara tunai...Tahniah sekali lagi kepada 9w2tjg yang berusaha dalam meningkatkan pengguaan HF dikalangan 9w2....

72...de 9w2di

No comments: