Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, July 27, 2010

Kadang tu meluat gila ngan HAM nih.

Salam.

Selama aku berhenti RX dan TX untuk tempoh 6 tahun yang lalu. Aku rasa cukup tenang jiwa aku. Biarpun pada masa itu kerenah pelanggan broadband nih macam macam yang timbul Tapi itu kerja. Kerja dapat duit. Hobi pulak perabih duit.

Kemudin XYL tercinta aku melihat aku siang malam kerja sampai nak londeh seluaq nih..dia suruh aku renew balik AA. Hmm..katanya ..dah ramai rakan baik aku kembali ke Rahmatullah. Jadi masa ini laa aku kena kenang balik jasa rakan HAM nih.

Apabila aku renew...seperti biasa target aku nak "pukul" kaw kaw 10m. Itu target aku. Rupanya..ramai yang ikut. Pada 2008 sahaja hampir 20 station dalam 10m.

Bagi aku, ini satu pencapaian yang positif. Aku tak minta di puji. Tapi cukup bangga kalau ramai 9w2 tak mula terjebak dengan 10m.

Akan tetapi..muncul bait bait sumbang, kata kata nak kasi jatuh dan macam macam lagi nak perjahanam antara minat HAM ini iaitu berkecimpung di 10m.

Tahun 2009 telah memberi satu tamparan hebat kepada aku. Aku hampir nak "pencen" balik. Tapi apa yang telah aku mula akan aku teruskan. Bagiku..kalau bangsa kafir yang dok nak perjatuh tak pa laa jugak..kita tahu dahh..ini ..bangsa Melayu..agama Islam..dimana silapnya?

Mungkin anda kurang senang dengan artikel saya sejak dua menjak nih....ayat agak kasar...saya nyatakan apa yang tersirat dalam hati..apabila saya sedih beberapa artikel nak perjatuhkan semangat terutama 9w2 di 10m dan 6m.

Anda boleh mencari beberapa artikel berkaitan ini :

1. 10m adalah band sampah
2. 10m ibarat CB
3. Tak tahu CW ibarat CB (turut disokong oleh beberapa pak sanggup)
4. Mansuhkan RAE kerana 9w2 dah tak minat cw...sebab dah boleh enjoy di 10m
5. 9w2 adalah golongan pemalas...tunggu nganga mulut untuk kena suap
6. MCMC nak beri 40m....mansuhkan CW...9w2 akan rosakkan 40m
7. 9m2.. tak nak sembang ngan 9w2 dalam phone kecuali cw di HF
8. QRP hanya untuk CW
9. Beli 817 membazir..9w2 tak boleh guna..buang duit..ikut dia..beli radio pekak


Anda boleh mendapatkan semua fakta ini dengan melayari beberapa blog dan artikel terbitan orang yang dia sorang ja boleh main radio.

Nasib baik sekarang ada rakan HAM Alor Setar dah mula tanam minat dengan HF. Saya boleh syok sorang sorang main radio..buat apa nak kongsi...tapi..saya sedih kalau 9w2 tak boleh naik setaraf 9m2..kita akan kearah itu..jika tidak...kita akan diketuk kepala sentiasa..percayalah....

Jangan seperti kacang lupakan kulit. Anda pernah menjadi 9w2 ketika dulu..tak pun anda pun kena gak ambik RAE....anda diatas..tak mungkin akan jatuh kebawah. EGO anda tak kemana....

Kepada semua rakan terutama 9w2....saya bersama rakan..sambil sambil..akan membuat beberapa penerokaan lagi. Kalau nak kongsi..jom..kalau nak kondem...anda simpan sat.

72..de 9w2di

No comments: