Gambar ini di ambil pada hari Isnin. Menunjukkan berlakunya flare yang besar di utara matahari.
Adakah ini satu petanda yang baik bagi propagasi yang akan berlaku.
Ramai yang kecundang di 10m? Kita tidak boleh mengharapkan "pembukaan" berterusan di band ini. Tapi impak sekiranya band ini membuka, telah sama sama kita alami.
Banyak bukti video yang telah saya dedahkan berkaitan audio dan signal apabila band ini membuka.
Secara terang ingin saya katakan, "negara atau bangsa itu maju apabila selalu berdamping dengan "kesusahan". Saya melihat, ramai rakan HAM Jepun akan berada di 15m, 10m dan 6m. Kenapa?
Mereka begitu taksub dengan band yang susah nih. Tapi kita? Tekan ja PTT..dah boleh QSO....mudah jaa kan...bagaimana kita nak tingkatkan pengetahuan kita kalau begitu.
Ambil 9m2 hanya kerana boleh pergi ke band yang senang? Hmmm...ungkapan yang boleh kita ketengahkan.
Namun bagi saya...siapa yang selalu menyahut cabaran dalam band yang susah ini....saya akan sentiasa menyokong.....
Callsign seperti 9w2esm, 9w2knz, 9m2rdx, 9m2idj, 9w2mzy, 9w2mab, 9w2zrz, 9w8alf dan lain lain lagi yang masih mahu "berkubang" di 10m...harapan biarlah berterusan begitu....susahnya disitu...ada hikmah dan ilmu yang orang lain tak pernah dapat di band lain.
Mari kita bersama sama bangsa yang maju ini dalam band yang sentiasa menjadi sebutan ramai....biar DXcc 1 dalam seminggu...asalkan ada kepuasan disebaliknya....
p/s: Buat rakan baru QRP yang akan berjuang bersama sama saya nanti...kuatkan iman anda....Allah tak akan bagi free kalau tanpa dugaan.....
72 de..9w2di
No comments:
Post a Comment