Global HF (Ionospheric Map)

Thursday, July 29, 2010

Image of ionospheric

Pukul 3 pagi anak kena masuk wad. Suspek ili. Hmmm..alhamdulillah keadaan dia dah stabil. Sambil di hospital aku memandang ke langit. Agak agaknya boleh dak kita monitor ionosfera punya layer. Hmmm..mesti ada. Balik untuk rehat sebelum nak pi melawat anak tercinta..sempat aku surf nih.

Patut la propagasi tak berapa best. Walaupun membuka sakan di beberapa band, namun susah jugak laa kalau nak berkerja dengan bare foot nih.

Jadi ini lah kesimpulannya. Aku lihat imej dirakamkan pada bulan 6 2010. Jadi tak update lah. Hmm..imej ini kekal sehingga sekarang pada lapisan itu dan imej terbaru akan keluar apabila berlaku perrubahan nanti. Rajin sungguh orang Jepun.

Orang Melayu rajin jugak...rajin kondem kawan kawan..heheh..sempat jugak tu. Maaf naa..nak buat camna..kadang tu kena luah jugak..takut esok dok pendam..bahaya tuu.

Imej diintergrasikan dengan GPS untuk mendapatkan gambaran lapisan ion ini. Jadi bolehlah kita katakan apabila berlaku ribut magnet dan tekanan flare dari matahari..juga tidak mendukung terbukanya propagasi.

Terima kasih kepada Google. Heheh...sahabat bantuan setiap masa.

Petang nih nak nengok anak tercinta. Mak dia ada bersama dia. Aku..sambil buka 10m ...nak lelap buang 2 3 jam...

72..de 9w2di

No comments: