Global HF (Ionospheric Map)

Friday, September 24, 2010

QRZ11.com for CB'er database

Salam,

Agak sukar bagi CB'er sebelum ini untuk memaklumkan QSL info kepada station yang kita QSO.

Sebelum ini pengalaman saya...kena bagi alamat tu sampai 15 minit lamanya. Maklum laa..bukan semua rakan kita faham.

Kemudian saya praktikkan dengn QRZ.com. Susah...sebab nak kena habaq lak callsign HAM. Bukan apa..sat gi ada orang tu komplain plak...CB mana leh campur ngan HAM. Bukan tak tau...POLIS HAM laa nih berlambak..POLIS TAK DAK BALAI......

Senang ja untuk register di qrz11.com. Masukkan saja callsign anda activate melalui email. Jangan lupa..moh kita pakat2 donate kat orang yang buat laman nih. Rajin kan? Bukan macam HAM kita nih....rajin komen kesalahan orang..bukan rajin nak membantu pun..SOP laaa..SUP....asyik kerja dok komen benda yang sama.

Maju setapak lagi kepada CB'er...dan kita akan cuba gegarkan QRP CB kelak...

72..de 113sd110

Wednesday, September 22, 2010

21 Sept 2010 : QRP mengamuk di 10m.

Perghhh..tengok ke tajuk jaa dah macam nak pi perang jaa..heheh. Tapi inilah hakikat beberapa "kaki" QRP yang dah mula menjejakkan suara mereka ke udara melalui 10m.

Yang tersenarai QRP station:
  1. 9w2icq
  2. 9w2usf
  3. 9w2ppg
  4. 9w2bzi
  5. 9w2nia (QRP Mobile)
Dengan tidak mengenal erti kesusahan anda semua telah maju setapak lagi. Terima kasih kita juga kepada 9w8alf, 9w8sya dan 9w6zul yang telah memberi respond dan sabar untuk setiap kali memberi signal report kepada rakan2 terutama rakan QRP.

Saya tak sempat nak rakam semua tapi yang lain tunggu ..ada rezeki kita rakam lagi..

Untuk Syed (9w8sya) mungkin selepas ini anda akan ke 9m8..jadi jangan la lupa jengah2 kami disini.






72..de 9w2di

Sunday, September 19, 2010

HF mobile tips

Salam,

Apa yang saya nak ketengahkan disini bukanlah HF mobile di 40m. Kalau 40m tak berapa nak mencabar haa..heheh..mana best. Kalau bran depa kata...mobile HF di 10m atau 11m..baru anak jantan...depa kata...

Pernah seketika dulu station dari 14 division ..beliau sanggup mobile sejauh 300km semata mata untuk mecuba antenna beliau serta mengejar propagasi ketika itu. Kejadian ini berlaku 10 tahun yang lalu.

Dengan cita cita dan semangat inilah saya ingin mencuba pada ketika ini. Boleh laa lekeh lekeh antenna 2nd hand nih. Tekad untuk mendapat satu keputusan yang terbaik terutama di 10m yang beberapa orang dah kecundang dengan "daulat" nya band ini sampai dah tak sanggup tunggu..

Situasi 1.

Anda berada di tengah bandar tiba tiba dgr station CQ.
1. Cari tempat dimana anda mendapat audionya dengan signal minimum 5/5
2. Elakkan dari lampu isyarat. Sensor pada lampu isyarat mengganggu freq kita..bukan lampu...
3. Catat callsign dan sekiranya station tersebut dari Jepun, cuba halakan depan kereta anda kearah Jepun. Tapi pastikan anda tak ganggu kereta lain.
4. Pada kadar signal 5/8 anda boleh panggil biarpun dengan QRP
5. Panggilan biar pendek hanya dengan signal report. Cukup puas kerana kita di band yang memang mencabar minda..heheh.
6. Elak berada pada laluan elektrik dan telefon
7. Kalau tak dapat jangan putus ada. Kadang signal kuat kerana watts yang dia hantaq tu tinggi gila dan ionosfera pada kadar tinggi manakala kita pula pada lower take off.

Situasi 2.

Berada berhampiran sungai, tasik atau bendang tiba tiba dgr CQ.
1. Inilah masanya nak gunakan sumber air sebagai ground. Pada ketika ini keluarkan wayar ground anda dan klip pada antenna dan buangkan lebihan wayar dalam air.
2. Arahkan muka kenderaan pada negara mana yang anda dengar.
3. Biar signal dia betul2 kuat ..baru anda respond. Kalau dia tak dgr...cuba ubahkan sedikit freq untuk mendapat 0 bit pada radio anda. Cuba lagi...
4. Elakkan dari memancar atau berada dekat dgn sumber air kalau ada kilat.

Situasi 3.

Saya tengah membawa kereta tiba2 ada CQ.

1. Yang nih anda kena hati hati. Takut langgar kereta depan. Kalau boleh cuba cari jalan yang tak sesak.
2. Selalunya mengikut pengalaman saya..dalam keadaan bergerak sekitar 70km/jam kita mungkin boleh QSO pada kadar low take off untuk local. Saya belum cuba lagi dalam keadaan bergerak. Cuma dalam keadaan kenderaan berhenti. Portable mobile? Statonary mobile? Peduli hapa...janji orang paham yang kereta kita tak bergerak. Puak2 tu kira nak komen jaa...
3. Antenna whip adalah yang paling sesuai kalau kereta bergerak. Jenis banyak "ranting" nih payah sikit. Sebab boleh patak oo bracket.

Itu la tip cara saya orang bodo nihh. Nak best kalau anda semua leh QRP. Lagi mencabar. Ya laa..tak dengar lagi laa orang hantaq 1.5kw dari mobile..mau kong enjin..heheh..

Satu masa kita nak dengar 9w2 mobile lak. 9w8alf dan 9w8wat dah berjaya QRP Mobile di 40m...eh...10m laaa...silap lakk..

72...de..113SD110/9w2di

Saturday, September 18, 2010

About Citizens' band radio (Must Read)

Hand-held CB transceiver Citizens' Band radio (often shortened to CB radio) is, in many countries, a system of short-distance radio communications between individuals on a selection of 40 channels within the 27-MHz (11 m) band. The CB radio service is distinct from FRS, GMRS, MURS, or amateur ("ham") radio. In many countries, CB does not require a license and, unlike amateur radio, it may be used for business as well as personal communications. Like many other two-way radio services, Citizens' Band channels are shared by many users. Only one station may transmit at a time. Other stations must listen and wait for the shared channel to be available.
Over time, several countries have created similar radio services, with varying requirements for licensing and differing technical standards. While they may be known by other names, such as General Radio Service in Canada,[1] they often use similar frequencies (26 to 28 MHz), and have similar uses, and similar difficulties with antennas and propagation. Licenses may be required, but eligibility is generally simple.
Some countries have personal radio services in the UHF band, such as the European PMR446 and the Australian UHF CB.

Tuesday, September 7, 2010

Malaysia QRP'er fan logo

Gatal gatal tangan dok main firework nih terasa nak buat sticker untuk qrp.

Tengok kat luar negara banyak yang buat kelab buat persatuan untuk QRP nih. Kita sini tak yah la kot. Nanti dok bergaduh pulak. Elok2 kita dok berkawan.

Timbul ramai peminat QRP kat Malaysia ini memberi satu gambaran yang jelas bahawa HAM Malaysia terutama 9w, bersedia menerima cabaran bila bila masa sahaja.

Risiko yang telah anda ambil ini secara langsung menangkis tanggapan yang 9w tak kemana. Kepada rakan QRO juga bertungkus lumus "berkubang" dalam 10m yang tidak selalu buka ini. Juga memberi gambaran kepada kita betapa besarnya minat dalam HF ini.

Logo ini mungkin akan dijadikan stiker kereta dan mungkin akan dicetak pada baju.

Tengoklah nanti...bila semua dah siap..akan saya maklumkan...

72..de9w2di/113sd110

CB'er nostalgia


Kisah kebangkitannya bermula pada tahun 1973 apabila berlaku krisi minyak terutama di negara eropah. Namun ia telah juga bermula pada sekitar tahuan 50'an dan 60'an.

CB selalunya dikaitkan dengan pengguna pengangkutan.

Di Malaysia, penggunaannya banyak kepada nelayan. Oleh sebab itu sering kita dengar nelayan dari negara kita juga negara jiran berkomunikasi di CB atau 11m untuk kegunaan semasa kerja kerja menangkap ikan.

Untung tak kalau kenal mereka nih? Heheh.memang untung. Pada tahun 2000 Iota di Pulau Bidan Kedah telah berlangsung. Saya masih ingat ketika itu, arwah tok wan 9m2se dengan botnya. Beliau seorang yang kuat dari segi fizikal biarpun pada ketika umurnya yang sudah lanjut. Anda bayangkan saya naik bot dengan dia hanya memakai kain pelikat. Peghhh..brutalnya tok wan.

Iota activation ini berlangsung selama 2 hari. Untungnya CB ketika itu kerana kami telah mendapat sokongan rakan laut dari aspek bekalan makanan.

Maklum laaa..kawan dengan nelayan. Makan mewah mewah tuu...heheh. Ikan besar. Teringat arwah sone pada ketika malam itu, setelah berhempas pulas membuat CQ, terus membuat persediaan ikan masak stim.

Ketika itu antenna yang popular adalah antenna "buyung". Kalau ada gambar nanti saya posting di artikel seterusnya.

Wah pak din..dah keluar artikel CB..HAM nak pencen ka? Aihh mana ada..mana boleh..perjuangan untuk rakan 9w tetap diteruskan. Biar putih tulang jangan putih mata. Biar "luncai luncai" itu terjun ngan labu labunya.

Kita disamping HAM akan memartabatkan kembali CB atau 11m. Kat Malaysia nih bukan sedikit oo peminat 11m. Jadi jangan biarkan ia sepi begitu sahaja. Lepas nih kita londeh semua 817...heheh...

Itu sedikit kisah nostalgia di CB. Biar apa pun ia tetap perhubungan tanpa wayar yang hebat.....


72..de 113sd110

113 Division activated

Salam,

Tahun 2010 telah memberi satu gambaran yang baik kepada peminat 11m terutamanya 113 division untuk aktif semula. Terasa teruja apabila 113SD105 telah berjaya bekerja dengan 22 division. Bukan senang untuk kita mendapat station dari wilayah Amerika ini. Ini kejayaan pertama setelah hampir 7 tahun 11m kesunyian dengan CQ dari beberapa station aktif SD, AT dan sebagainya.

Pada malam itu juga hampir 2 jam saya berkerja dengan 91 division dan pelbagai topik yang kami perbualkan. Wahh...lama tak main di 11m nih dengan ragchew yang lama dan 11m telah memberi ruang yang agak besar pada malam tersebut. Jimmy dengan baiknya memberi padangan dan pengalaman beliau yang telah hampir 20 tahun bersama 11m.

Artikel yang lalu pernah saya menceritakan yang rakan saya di 11m agak terasa kecil hati apabila saya ke HAM. Namun itu semua saya cuba elakkan dengan tidak bercerita pasal 2m dan sebagainya bagi menjaga hati mereka yang saya tahu pada ketika itu kurang mampu untuk menjadi HAM. Maklumla, ramai yang berpendapatan rendah dan banyak yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris.

Kini kadang2 saya menjengah mereka di 11m. Masih kedengaran MB3, 411 dan pak njang. Kata mereka "hang mau jugak no main kat sini"? Siapa saya kalau tanpa anda dulu. Siapa saya kalau tanpa pertolongan ARI untuk bekerja di USB. Saya ingat asal usul saya. Kini saya akan tetap bersamanya.

Rasanya selepas ini saya akan aktif semula di 113 division. Sudah loya melayan HAM yang rasa dirinya hebat dari orang lain. Tidak pernah sokong dan memberi pandangan positif kalau ada benda atau perkara yang 9w ingin ketengahkan.

Sebagai umat Islam, kita memang digalakkan memandang orang yang "rendah" drp kita dengan pandangan simpati. Agar kita tidak riak dikemudian hari.

Saya memandang rakan bukan amatur, rakan yang tak tahu CW, rakan yang tak tahu berbahasa inggeris dengan fasih, rakan yang tiada kelengkapan HF sebagai satu pandangan yang positif agar mereka boleh bersama saya seadanya mengikut kemampuan mereka. Saya juga bukan insan sempurna. Masih lemah dan mahu membangun bersama anda semua.

113 division, kena betul betul aktif untuk memberi satu komitmen penuh terutama kepada penaja kita. Jadi dengan ketentuanNya berkaitan propagasi ini, rasanya mungkin kita akan mampu untuk mencapainya.

Kini saya rasa tiba masanya saya hindarkan dari mendengar atau melihat kata kata yang boleh melemahkan semangat ini. Kerana munculnya saya kembali di arena komunikasi tanpa wayar ini hanya untuk radio. Bukannya untuk membeza bezakan antara kelebihan ilmu rakan2. "Mereka" buat apa saja, kata apa saja, tegur apa saja..semuanya betul...biar lah kita yang salah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

72 de 113SD110

Friday, September 3, 2010

Update : Qrp mobile on 10m





Tempat kejadian : Sg Petani
Tarikh : 3 Sept 2010
Masa : 6.00pm
Kesalahan : Sebut call sign tak kena..eehh

Terima kasih buat sham 9w2esm kena info beliau pasal station Macau nih. Mulanya heran kenapa laa sunyi nih..rupanya set radio tak betul. Dok kat 29.495. Patut la sunyi.

Berkat bulan posa yang baik nih, aku try la contact. Haa..4/5. Jadi la. Asalkan dia dapat copy callsign nih. Berkat keizinan Allah juga pemancaran ini dapat dibuat. Inilah update terbaru setelah lama tak buat contact ngan mobile nih. Last buat contact ngan Australia.

Itulah kisah nya. Lepas tu gerak terus ke Sekolah Sg Layar dan ke Majlis Buka Posa bersama SPHam Radio. Ramai rakan yang hadir. Terima kasih kepada SP Ham atas jemputan. Tahun depan kita jumpa lagi.

72..de 9w2di

Persediaan ke HF (phone) atau persediaan ke CW

Apakah persediaan anda? Saya fokus topik ini kepada 9w yang masih tercari cari hala tuju selepas dah lama di 2m dan ingin membuat eksplorasi yang lain. Ini tak termasuk digital mode.

Rasanya perkembangan sekarang yang saya dapat lihat bagi 9w yang berdekatan dan yang selalu menghubungi saya terlalu tinggi keinginan untuk ke HF (phone) dan tidak pula yang bertanyakan tentang CW. Mungkin sebab saya nih buta CW dan dok pegang callsign 9w2 nih jaaa..jadi soalan tak timbul. Tak pa..lagi pun memang saya tak tau....ada lagi orang pakar.

Persediaan ke CW bermaksud anda telah membuat pelbagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan ke CW. Jarang saya dgr 9w belajar CW untuk guna di mana mana yang diberikan oleh MCMC. Ehh..lupa pulak nihhh...kita mana ada J2A. Jadi salah untuk 9w memancar di CW mode. Jadi...belajar untuk guna?...rasanya tidak kot. Rasanya kalau persediaan 9w dengan CW..itu jaa lahh..untuk lulus periksa....betul dak? Lepas lulus..haa baru leh guna J2A sebab anda dah 9m.

Persediaan untuk ke HF. Ini memerlukan beberapa transformasi termasuk alat anda seperti rig dan antenna. Persediaan ini pastinya telah memberi satu impak perubahan yang besar. Anda telah beralih dari mode FM kepada SSB. Wahh..lain ja bunyinya. Pengalaman ini telah membuka ruang minda anda bahawa untuk mendengar station jauh, tak semestinya perlu kepada antenna yang tinggi sangat. Untuk QSO juga tak semestinya anda menghantar High Power 50watts. Cukup 5watts pun boleh.

Inilah 2 perbezaan persediaan yang saya lihat. Bagi saya apa yang ingin saya persoalkan adalah..YANG MANA DAHULU PERLU DIUTAMAKAN. Persoalan ini kepada anda sendiri dan orang yang membimbing anda.

Rasanya kalau kita fikirkan tentang keperluan ini, tidak akan timbul mereka yang lulus CW kemudian sepi tak dengar suara. Sepatutnya juga isu ini tak timbul. Minat mendalam rakan di HF lebih jauh berbanding di band yang lain. Ia memberi kesan jangka masa yang lama dan panjang.

Jadi usaha meningkatkan 9w ke HF dahulu adalah asas utama yang perlu diberi perhatian. Bukan setakat racun dia beli radio HF ..tetapi sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Asas mendengar secara tidak langsung akan memberi kesan kepada mereka. Dengan kadar QRM yang tinggi ini, rasanya latihan demi latihan melaraskan kadar pendengaran kepada tahap sensitviti yang tinggi.

Bagi saya...anda akan lebih mudah untuk belajar CW selepasnya. Lepas lulus pun anda akan jadi 9m yang hebat. Percayalah.....

Kesimpulannya..nak ke CW bukan hanya setakat minat...tapi anda kena minat dulu dalam HF....saya rasa kalau anda dah minat gila ngan HF nih.......anda akan berusaha untuk ke CW. Kenal pasti kelompok 9w ini. Yang lulus ..alhamdulillah...tapi jangan komen lepas lulus..pi mana habih...

72..de 9w2di

Wednesday, September 1, 2010

Plot pada 1 Sept 2010

Berdasarkan gambaran sebelah ini pola pada 1 sept 2010. Plot yang berwarna maroon meliputi keseluruhan Asia Tenggara. Apakah kesannya kepada propagasi.

Melalui perbualan antara saya dan 9w2esm, beliau memaklumkan bahawa pernah beliau mencuba dengan halaan yagi kearah plot yang berwarna maroon untuk ujian.

Ternyata ia memberi impak yang besar kepada polar RF semasa berada di plot tersebut.

Kesannya RF kita akan menjadi berselerak dan seolah olah lapisan ini menekan RF untuk berada pada low take off. Ya ka?

Kita akan sentiasa menkaji kesan plot warna ini kepada propagasi kita. Jadi hari ini, kita dengar apa yang akan berlaku.

72..de 9w2di