Global HF (Ionospheric Map)

Tuesday, August 31, 2010

Rakan lama yang telah memberi makna


Salam,

Facebook. Pada mulanya agak kekok namun lepas tu rasa cam best laa pulak. Heheh.. selain menemukan semula dengan rakan2 sekolah lama saya, agak terkejut juga apabila saya mendapat request dari Ari 91SD010. Hmmm maca pernah dgr nama itu.

Sebelum ini saya juga prnah ketemu rakan di 10m juga bernama Ari tetapi bukan yang saya bertemu pada tahun 1999 yang lalu.

Kisah ini bermula apabila saya pada suatu hari pusing punya pusing dan try mode USB pada Superstar tu dan saya terdengar CQ CQ CQ this is ??sugardelta??? Uikss apa pulak nih.

Seminggu saya monitor dan pada hari seterusnya saya try pulak...heheh..CQ CQ CQ anybody....hahah..bodoh laa katakan.

Kemudian saya terkejut apabila Ari masuk. Mula tu speaking laa...namun selepas Ari maklumkan dia dari Indonesia, maka QSO kami seterusnya dalam bahasa nusantara.

Selain kenal mengenal antara satu sama lain, saya agak keliru apabila cq di 27.555 kemudian mereka suruh QSY ke lain lain freq seperti 27.600. Uiks radio Superstar mana ada tunjuk frekuensi. Cuma ABCD dan no jaa.

Ari ada memaklumkan kepada saya bagaimana untuk mendapatkan zero bit frekuensi untuk super star. Akhirnya dengan ilmu yang diberikan ini, saya sudah berjaya ke udara dengan call 113sd001 pada ketika itu.

Itulah kisah pengenalan kami yang hampir 11 tahun ini. Pertemuan semula di Facebook telah memberi satu lagi kekuatan kepada saya dalam arena HF upper band nih. Kalau tak kerana Ari mungkin saya tak kemana. Itulah takdir yang telah memberi ruang kepada saya membuat eksplorasi selanjutnya dalam dunia radio ini.

Saya tahu Ari juga rakan amatur. Rasanya biar ketemu lagi diudara kelak terutama di 11m.

Terima kasih Ari. Ilmu yang jauh datangnya itu telah memberi impak kepada saya selama ini.

73..de 113sd110

Nak TX FT817 di CB atau 11m

Ramai yang bertanyakan soalan ini. Ia boleh dilakukan dengan Hardware mods pada jumper di 817 itu sendiri.

Tapi untuk 897 dan 857 kita hanya perlukan software commander dan cat cable. Perkara ini akan saya bincangkan nanti. Namun untuk model 897 dan 857 anda boleh juga menggunakan kaedah hardware jumper.

Saya dah jumper dan buka untuk 897 saya yang terdahulu tapi untuk 817 masih belum saya lakukan kerana memandangkan 11m atau CB masih belum membuka buat masa sekarang. Saya masih lagi fokus kepada 10m untuk melihat kadar dan bentuk propagasi yang akan timbul.

Satu perkara yang ingin saya kongsi disini, ada pendapat yang mengatakan sekiranya jumper ini diubah, maka sensitiviti 817 akan berkurangan. Namun ada pendapat yang menyangkal pendapat ini kerana bagi mereka sekiranya mods ini dilakukan dengan baik maka keputusannya akan baik.

Apa apa pun saya pernah buat untuk 897 dan tidak ada masalah. Mungkin kerana saiznya yang kecil, anda perlu teliti ketika membuat pengubahsuaian 817 ini. Jangan ambil risiko...kalau tak yakin. Rujuk rakan yang biasa dengan micro electronic nih...

72..de 9w2di

Sunday, August 29, 2010

9w2 tak kemana?Ohhh..begitu rupanya

Salam,

Rasanya persoalan saya hampir 10 tahun ini sudah mula terjawab sekarang. Lebih lebih lagi bila dah ramai 9w2 terlibat dalam HF nih. Kalau dulunya kami banyak dalam CB dan rasanya agak kurang pendedahan dan perkembangan yang boleh diikuti. Lagipun band pun bukan dalam HAM. Rasanya tak laa rasa dengki tu membuak buak dalam hati.

Astra. Persatuan Radio pertama saya masuk. Selepasnya tiada lagi kelab atau persatuan yang saya masuk. Biarpun berlambak persatuan radio kat Malaysia nih, rasanya inilah cinta pertama saya. Walaupun kadang tu meluat gila ngan Astra nih. Saya mendapat khabar 10 tahun dulu penubuhannya mendapat tentangan hebat terutama dari Marts. Rasanya bukan semua ahli Marts yang tentang sebab Bang Mat pun masuk Astra. Kenapa ia ditentang? Kenapa kita hanya bergantung pada 1 persatuan dan kita nak the only one jaa berlaku kat Malaysia? Pada masa itu apa yang saya nampak...tidak lain dan bukan..hanyalah kerana perkembangan repeater Astra yang begitu baik. Astra telah membuat rekod membangunkan linking repeater Amateur pertama di Malaysia. Lagi laa pakat dok pendam. Ok..ini satu....kejayaan yang dibuat dan ada orang tak suka.

Seterusnya..kini...

Ramai 9w2 telah berminat dalam HF terutama di 10m. Perkembangan yang baik ini tiba2 telah memberi satu kesan yang mencabar dan menggugat tok ketua 40m serta pengikutnya. Ini kerana mengikut fahaman mereka, kalau macam ni ramai 9w2 tidak akan ke CW. Akhirnya 9w2 telah diprovokasikan dengan pelbagai cerita dan hasutan hinggakan ada yang jual radio. Ada yang menelefon saya sebab frust dan nasib baik pada masa tu propagasi 10m membuka dan beliau tak jadi jual.

Anda nampak tak? Inilah apa yang berlaku dalam 10 tahun ini. Anda jangan hairan kalau anda berjumpa dengan sorang 9m2 kemudian anda cerita pasal anda minat 10m dan anda terlalu gembira tentangnya. Namun lepas itu dia akan kondem minat anda ini.

Baru2 ini saya ada merakamkan beberapa perbualan 9m2 di 40m. Bukan nak jadi spy ka apa. Memang saya set SDR tu sebab masa balik boleh laa dgr dgr rakan QSO di 40m. Saya sungguh terkejut apabila setiap perbualan itu secara tidak langsung akan melemahkan kita terutama 9w2 untuk membuat eksplorasi berkaitan HF. Terutama berkaitan QRP, Software Defined Radio dan radio yang kita gunakan sekarang.

Bagi mereka "buat apa dok guna benda benda baru nih, jom kekalkan cara lama". Lagi tak paham. Pening pun ada..nak muntah pun ada. Seketika dulu pernah sorang 9w2 mengadu kepada saya seorang 9m2 nih berkata "FT897 adalah radio yang basic dan tak sesuai untuk HF". Uiksss...kalau camtu..bodohlah yaesu membangunkan radio tersebut. Ada lagi....."Software Defined Radio adalah gateway dan ia menggunakan internet?"..lagi..."bodohnya 9w2 membeli rig QRP" dia buat sendiri ka radio selama nih?

Ini rupanya provokasi beberapa 9m2 kepada 9w2 yang selama ini tak kemana mana dan hanya dok gayut di 2m. Kemudian dok kondem lak..cara QSO 9w2 di 2m..aihhh..ada lagi...elloww..tolong laa..please laaa..berilah pendapat lain. Cara QSO di HF ka...cara nak QSO di contest ka...cara bila pile up kaaa...ini dakk...dia ni rasanya dapat 9m2 tak ke HF kot...dok monitor di 2m..lepas tu hentam.....Jauh panggang dari api laaa kalau nak ajar 9w2 ke HF..lagi jauh..kita pi rumah dia dan dia kasi kita operate callsign dia...betul dak?

Kita akan cuba kurangkan provokasi ini. Saya nak nasihatkan kepada 9w2...kalau anda dgr perbualan yang pelik di 40m tentang usaha minat ini..tunelah ke 7.050 ka dan 7.055. Kat situ banyak ilmu lain kita leh dapat. Tak pun..pi laa band lain.

Saya sedih sebab ini masih lagi berlaku biarpun dah 10 saya dalam HAM. 9w2 ke 10m pun rasa saya dalam 4 ke 5 tahun ini ja. Masih baru nak berjinak.

Jadi bagi kita ...kuatkanlah semangat dan jangan hiraukan provokasi ini. Kata orang..saya pun kadang tu pun dah pedih telinga nihhh..hehe...

Baru saya tahu...inilah sebenarnya punca kenapa 9w2 tak kemana dan takut nak ke HF

72..de 9w2di

Friday, August 27, 2010

What i learned with Software Defined Radio

Sejak saya mencuba dan mendedahkan kepada rakan2 mengenainya, pelbagai respond yang saya terima.

Bukan nak menunjuk tapi nak kongsi. Bagi saya ini adalah SDR pertama di Malaysia? Betul ka? Rasanya ..sebab tanya semua HAM pelusuk Malaysia mereka tak pernah jumpa orang gunakannya.

Saya tak nak terlalu jauh seperti Flexradio. Dengan harga ribu ribu mungkin tak mampu untuk mendapatkannya. Orang pertama yang saya ceritakan pasal ni adalah 9m2mz.

Saya dapat tahu, ada 9m2 lain yang dgr tentang SDR nih. Ada rakan kata respond 9m2 lain "elehhh..apa nak heran"...pulakk....

Bukan nak bandingkan antara SDR dan Tube set. Ini teknologi. Kenapa harus saya menolak teknologi. Saya minat IT sejak 1995 hingga kerja pun minum air sejuk jaa....saya minat elektronik...dan ia ada kesinambungan dengan telekomunikasi...akhirnya saya pun dah jatuh cinta dengannya. Kesemua ini saya dah temui dalam HAM. Bukan setakat tahu language ...hanya tahu buat Log Book.

Yang lain...nak meniaga jaa...orang putih dah lama mempertahan kan Open Source dan freeware nih. HAM banyak freeware. Jadi sayang kalau kita tak mempergunakan semaksimum mungkin.

Sudah sebulan saya dok lanyak SDR nih. Ini adalah senarai ilmu yang saya dapat secara visual langsung. Kalau sebelum ini kita hanya dok sembang semua ini dan membuat anggaran sahaja. SDR bagi saya telah memberi satu keputusan yang lebih tepat kalau anda tahu mempergunakannya.

1. Low pass filter
2. Band pass filter
3. Bandwidth controller
4. FTDI
5. Microsoft framework compatability
6. Intermediate frequency adjustment
7. Visual noise blanker
8. Visual noise reduction
9. Free SDR software with nice GUI
10 Linux distro with HAM gadget.

Memang banyak kan? Dulu kita dengar jaa semua ini. Tapi dengan SDR saya dapat terus lihat semua ini. Dengan kos yang rendah ini, pelbagai konsep berkaitan komunikasi ini dapat didedahkan. Sedihnya ada yang memandang perkara ini hanya merugikan sahaja. Kenapa anda menggunakan komputer? Kenapa tak guna typewriter ja untuk tulis blog? Mana leh lawan komputer ngan typewriter.

Anda menafikan terknologi terkini dalam masa yang sama yang menggunakannya. Bagi anda ..biar anda sorang ja yang tahu...orang lain jangan...ini sifat HAM yang boleh menjahanamkan orang lain.

Wahai 9m2..jangan bazirkan deretan kemudahan yang diberikan oleh MCMC kepada anda. Jangan dok bangga anda dah boleh jadi station master dan tandatangan sokogan untuk 9w2 mendapat AA. Kajilah Dstar. Kat Malaysia tak dak lagi digital repeater yang boleh browse internet. Kami tak nak bazir AA kami..sebab tu kami nak gunakan sepenuhnya hingga lumat di 10m dan 6m....



72..de 9w2di

Tuesday, August 24, 2010

Pertunjuk 24 Ogos 2010

9w2 dikejutkan pada petang Selasa ini apabila terdengar station dari Doha beroperasi.

Pada hari ini SSN 0 dan flux pada kadar 75. Keadaan ini memberi gambaran yang sama seperti 3 tahun yang lalu apabila SSN tidak memberi satu keputusan yang memberangsangkan.

Malam ini panas. Rupanya berlaku gangguan forecast oleh magnetosphere ini matahari. Wahhhh...bagus juga jadual yang saya letakkan ini. Sekurang kurangnya tak lah bodoh sangat kenapa panas hari ni.

Saya memberi respon kepada A71EM dengan signal 59+ diterima oleh beliau.

Lantas saya terus membuka laman blog saya untuk melihat apakah bentuk pola pada Ionosphere Image.

Warna biru gelap meliputi kawasan Malaysia hingga ke Tanah Arab. Memang betullah. Propagasi membuka antara kita dan kawasan seantaranya. Warna merah gelap pula menggambarkan kawsan tersebut amat tinggi propagasinya. Tak hairanlah kita dapat menerima dengan kuat dari station pola tersebut.

Ini anggaran saya. Saya akan sentiasa mengikuti bentuk pola ini moga boleh kita kongsi bersama nanti.

Terus call sham 9w2esm. Ternyata beliau orang yang pertama bekerja dengan A71EM.

Moga disamping ramalan yang lain termasuk pola image ini, kita akan sentiasa mengikuti dan mempelajari bentuk propagasi yang bakal muncul dan impak terus terusan kepada 10m.

Kisah "luncai". Macam biasa...masih lagi memberi komen menjahanamkan 9w2. Terkini..lucu baginya 5watts lebih baik dari 100watts.

Kepada peminat setia 10m..tunggu sms dari saya ...dekatkan dengan radio....kita ikuti perkembangannya dari masa kesemasa

72..de 9w2di

Friday, August 20, 2010

Cara membuat stand FT817

A stand for the Yaesu FT-817(ND)

The Yaesu FT-817(ND) is a marvelous little radio with lots of features. One feature, however, is notably absent from this radio. A stand that will lift the front of the radio, so you can actually read the display and reach the controls, is not included. There are several solutions on the market that are well worth looking at, but they will set you back by $20 to $60. If you like to homebrew things and are interested in building your own stand that is sturdy, compact and is virtually free, then read on.

A JEWEL for the ham

If you have a spare jewel case from a CD or DVD, you're in business. That is all you need to build this stand. If you want to build the deluxe version, you will also need 4 self adhesive rubber feet that you can buy for a buck or two at any hardware store, furniture store or even the supermarket.


DVD Jewel Case

lagi maklumat lanjut....

Tuesday, August 17, 2010

Bodohkah 9w2?

Salam.
Bulan baik ini sepatutnya kita lebihkan zikir dan membaca Al-Quran. Masih belum faham sepatutnya kita membersihkan "daging hitam" kita itu di bulan ini. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi harus dengan semua anggota.

Namun apa kan daya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?

Isu terbaru saya mendapat tahu sorang 9m2 nih merasa bodohnya 9w2 membeli rig FT817 atau QRP set. Bagi beliau kebodohan ini kerana 9w2 takkan sampai bila2 pandai dengan HF.

Saya merasa pelik. Dah beratus video dan respond dari 9w2 yang bekerja di HF..apakah beliau ini berapa di planet lain?

Setakat beliau sahaja saya masih boleh terima sebab memang dia camtu. Yang sedih nie sebab ada pengikut Tok Ayah sorang nih.

Entahlah. Bagi saya perjuangan Nabi sendiri mendapat tentangan. Inikan pula kita umatnya yang kerdil ini. Moga dihari baik dan bulan baik ini kita doakan agar hidayah diturunkan kepada beliau. Bukan setakat hidayah CW. Berilah sama hidayah bagaimana hubungan sesama manusia terutama sesama Islam. Dia harus ingat...dosa bukan setakat hubungan dia dengan Allah, malah hubungan dia sesama manusia.

Berikut adalah paparan terbaru QRP dari station 9w2 yang bodoh ini. Kami bodoh..anda pandai...anda sorang saja boleh main radio....lesen anda sorang saja yang renew...anda sorang saja yang ada radio...anda sorang saja ada mulut...anda sorang saja yang dijadikan Allah?






72...de 9w2di

Thursday, August 12, 2010

Kenapa 9m2mz (Pak Long) senang didampingi

Pertemuan bermula pada 1999 apabila aku dan 9m2dz kerumahnya untuk mendapatkan tandatangan bagi aku mendapatkan AA. Perkenalan ini memberi makna besar kepada aku kerana selama 1 tahun aku dalam CB dengan beliau..inilah kali pertama bertentang mata.

Selain beliau pada ketika itu aku kenal 9m2se. Aku gelarkan beliau sebagai tok wan. Beliau telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Moga pada bulan yang baik ini rohnya dicucuri rahmat selalu.

Pak long (9m2mz) seorang yang berprofail rendah. Tidak pernah meninggi diri atau bercakap besar. Setiap apa yang beliau perkatakan berdasarkan fakta dan berdasarkan formula. Rujukan internet beliau juga amat luas. Aku pasti, setiap jawapan beliau sekiranya kira mencari dalam search engine..pastinya ia adalah jawapan yang sama. Aku senang dengan beliau hampir 11 tahun denganya. Beliaulah yang memberi sokongan agar aku memperisterikan XYL aku sekarang. Beliaulah juga tempat meluah perasaan bagi semua yang mungkin bermasalah. Di sini ingin aku senaraikan beberapa ciri Pak long yang memberikannya satu keistimewaan apabila beliau berdamping terutama dengan 9w2. Moga boleh menjadi rujukan..terutama yang bakal mendapat 9m2 atau 9m2 yang baru2 nih...

  1. Pak Long tak pernah menulis sebarang artikel dalam blog merendah rendahkan 9w2
  2. Pak Long tahu CW tapi dia tak pernah kondem orang yang tak tahu
  3. Pak long selalu saja ada membantu kalau ada JOTA. Mungkin yang lain suka dok rumah...tengok mana yang 9w2 buat tak kena.
  4. Pak long memberi sokongan kepada CB. Dia juga peminat CB. Tak pernah nak kondem..tak pernah nak kata.
  5. Pak long kata "kita kena tahu CW nih"..aku setuju..bukannya dia kata "tak tahu CW bukan HAM"
  6. Pak long akan sembang dengan 9w2 di HF biarpun 9w2 tak tahu CW
  7. Menghargai penemuan terbaru terutama dari 9w2...bagi yang lain..biasalaaa..tak heran pun...
  8. Tak lokek nak bagi ilmu walau dimana dia berada
  9. Tak megah dengan tower tinggi...bagi beliau setinggi mana tower HAM..akhirnya dia akan ke bawah jugak...balik balik kan ke dipole atau G5RV
  10. Kalau malam sanggup tunggu walaupun umur dah meningkat
Ini lah beberapa senarai untuk pak long dari kaca mata aku sekian 11 tahun mengenalinya. Bagi aku 9m2 yang baru ini belajar lah banyak2 ngan Pak Long. Kalau tidak anda tak kemana. Berapa peratus pergaulan HAM anda bersama 9m2..dengan 9w2? Bagi saya kaedah pendekatan pak long ini memberi satu gambaran yang baik kalau anda praktikkan. Ramai yang akan CW dengan mudah. Ramai yang akan tahu HF dengan mudah..

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Didoakan agar Pak Long dan sekeluarga dalam keadaan sejahtera hendaknya. Di murahkan rezeki dan dipermudahkan apa yang dilakukan.

Buat Pak Long, kami sentiasa bersama anda. Anda inspirasi kami.

72..de 9w2di

Saturday, August 7, 2010

TAHNIAH buat rakan JOTA 2010

Kami berjaya sekali lagi. Selepas berhempas pulas di Kuala Sala tempoh hari untuk bekerja QRP di band selain 10m, kali ini kami telah buktikan.

Jarak 2382km adalah satu jarak yang agak mustahil bagi 1watts pemancaran. Kepada call yang sebutkan ini :

  1. 9w2aze
  2. 9m2mz
  3. 9w2usf
  4. 9w2tjg
  5. 9w2sjj
  6. 9w2sbl
  7. 9w2osz
  8. 9w2crm
  9. 9w2bmr
  10. 9w2sbd
  11. 9w2mab
Kepada yang tak senarai nih mungkin saya tertinggal dan jangan kecik hati. Inilah antara tenaga utama menaikkan antena hingga dapat bekerja sejauh itu. Naik tiang, panjat pokok..panjat bangunan..perghh...
G5RV setinggi 60kaki ini telah memberi impak yang besar kepada kami. Biarpun saya tidak dpt berkerja dengan KE1BYL di Northern California dengan QRP namun hajat untuk dptkan stesen dri US nih telah saya kecapi dengan high power. Maklumla..Anna pile up gila gila masa tu. Namun ini tidak mengecewakan saya untuk mencuba di lain masa dengan QRP di 20m.
OK...tak nak cerita banyak..seperti biasa..saksikan paparan video ini



72..de 9w2di

Thursday, August 5, 2010

5 Ogos 2010 : 10m dah menggila dan QRP dah menjadi jadi

Coretan ini dikeluarkan....amboi..hehe nak lepas syok kepada semua yang 10m dah kembali hidup untuk sekian lama di local.

Alhamdulillah berkat mau cuba 9w2esm, saya dan zam 9w2icq bekerja qrp dgn beliau. Inilah dia keputusannya. FT817ND=GAJAH PUTIH? Sapa yang Gajah Putih? Radio atau anda. Radio yang gagal atau anda yang gagal? Tepuk dada tanya lesen AA..hehehe...

Tahniah kepada 9w2esm, 9w2icq, 9w2tgt, 9m2nzi...hmmm..memang best gila hari nih. Buat semua rakan yang baru nak mula QRP..jangan takut..jangan bimbang...kata kata susahnya QRP tu adalah dari orang yang jeles nak beli radio tu tapi tak berani...takut apa tak tau.

72..de 9w2di




Wednesday, August 4, 2010

Bolehkah SDR dgn FT817ND?












Salam. Credit to DK3PK. 12kHz IF Output ini boleh digunakan langsung kepada komputer atau laptop yang telah kita sediakan dengan SDR. Nampaknya mod ini agak menarik untuk di praktikkan. Bagaimana untuk transmit. Hmmm...masih gunakan manual sekiranya kita tidak sambungkan kepada cat cable. USB atau Serial.

Saya masih mencari bukti terutama dalam video untuk memberi gambaran jelas berkaitan mod ini. Menu?

Menu #26 (DIG MODE): USER-U
Menu #24 (DIG DISP): 0
Menu #27 (DIG SHIFT): -1480

Mungkin ini adalah projek akan datang. Banyak projek nak buat..heheh..tambah2 yang berkaitan ngan QRP nih. Almaklumlaa...nak dapatkan satu kepuasan yang setaraf dengan radio2 yang lain..buarpun dia kecik...

72..de 9w2di

Tuesday, August 3, 2010

SDR: Makin lama makin menarik

Aduhh..main dengan software memang best. Sebelum nih aku banyak ngan Linux Distro dan beberapa aplikasi PHP dan Mysql.

Mai pulak SDR..mak aih banyaknya software yang compatible ngan dia.

Hmm..FT2000? FT950? FTDX? IC746ProIII, anda sebut jaa..

Memang kecanggihan ini tidak dapat dielakkan. Apa pun, anda nilailah sendiri performance setiap software yang saya sebut nih. Softrock, powersdr, winrad, winradhd, SDRadio. SDRMaxIII..hmm tudiaaa....

Mula laa..rnd setiap kelapangan..hhee...beberapa komen dan pendekatan perlu akan dibincangkan kelak. SDR bukanlah sejenis hobi yang boleh dikatakan PLUG AND PLAY..heheh..ayat gerun nampak. Memang betul kata rakan saya. You need try and try. Hmmm..main ngan .Net nih yang aku paling nyampah. Tahu tahu saja laa..patch ngan OS ..kena ngam. Bulat lak naik fatal error...nyampah tuul....

Oh yaa..ada aplikasi SDR for JAVA..hmmm...UBUNTU ..wahh..best..nanti try naa..

Saksikan video nih sebagai sedikit panduan



73..de 9w2di

Sunday, August 1, 2010

"Pengecut", tahu CW tapi takut QRP?

Sembang sana sembang sini, andalah terhebat dalam CW. Anda memberi gambaran yang hebat berkaitan cw. Terutama apabila anda katakan bahawa, CW amat sesuai untuk sebarang kecemasan. Lebih lebih lagi apabila "stress code" diperlukan.

Dalam banyak sembang anda, anda meletakkan HAM tanpa CW adalah bukan HAM. Anda cuba mengelak apabila HAM berminat dengan QRP, anda katakan QRP untuk CW.

SEJAUH MANAKAH ANDA QRP DENGAN CW? BERAPA PALING RENDAH? BAND MANA YANG ANDA PERNAH KERJA?

Usaha menakut nakutkan rakan HAM baru untuk berminat dengan QRP adalah ibarat macam buli budak sekolah....

Usaha meletakkan QRP hanya untuk CW adalah usaha yang menampakkan bertapa pengecutnya anda untuk bekerja dalam phone di QRP. Saya cabar anda....

Jangan sembang QRP di 40m dan 20m. Jom sembang QRP di 10m dan 6m.

Sudah berapa lama anda dengan CW? Anda rasa hebat dengannya...tapi sedih kalau setakat hebat tanpa QRP. Berapa banyak homebrew QRP CW anda dah buat...jangan sembang disini....

Buktikan..dan naikkan dulu martabat QRP sebelum nak bercerita pasalnya. Gagal anda bukan kerana pemancar...tapi kerana diri anda sendiri.

Sifat busuk hati masih ada dalam diri anda. Daging yang hitam itu perlu dicuci sepenuhnya. Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba nanti, banyakkan membaca al quran dan cari tafsir berkaitan kekuasaan Allah di alam semesta ini.

Menakut nakutkan terutama 9w2 dengan QRP ini telah berjaya menunjukkan kebodohan diri anda sendiri. Tanya pada diri..apakah sumbangan anda kepada generasi 9w2 dahulu dan kini.

Wassalam

72..de 9w2di

p/s : Artikel ini dikeluarkan kerana ada usaha untuk melemahkan semangat 9w2 berminat dalam HF terutama QRP.