Global HF (Ionospheric Map)

Friday, April 30, 2010

Jom tembak 2.5 watts ke Bangladesh

Abang bangla nih boleh dikatakan Rare jugak station nih. Jarang kedenganran station dari Bangla biarpun ramai bangla kerja kat Malaysia.

Sebelum nih aku pernah try ngan dia tapi tak dapat. Maybe SWR aku. Lekehnya aku pada masa tu..buat antenna pun tak perfect.

Sekarang ngan bantuan tunner nih..aku kompiden sikitlaa kalau nak panggil DX station nih.

Thursday, April 29, 2010

Menatang apa pulak dahh...

Memang tak pernah dengar dan memang tak pernah tahu. Walaupun dah lama...cewahhh..kalau dah tak tahu baik kita ngaku daripada kita buat buat tahu dan apa yang kita katakan tu..tak betul...

10m agak membuka kelmarin. Terima signal daripada VU2UR (Arasu) 5/7. Hmm..mantap. Ragchew ngan dia nihh. Hampir 30minit.

Dalam sepanjang QSO tu..ditanya.."what is your gred locator?"...hmm "gred locator" atau "great locator"?...aduh..slang India katakan..aku dah pening...

Seperti biasa Arasu beranggapan yang aku nih tua..so dalam QSO kami tu..sering dia katakan aku nih "old man"...pasal callsign kot...

Ok..terus terang aku katakan inilah pertama kali aku dgr perkataan ini. Minta dia ulang..."grid locator"..ohhh..dah jelas..apa menatang tu?

Dengan rendah dirinya aku terus terang kat dia kata aku memang tak tahu...so dia kata ia berkaitan dgn longitud dan latitud. Hmm itu aku tahu sebab aku ada GPS cap ayam serama nih....

Aku suruh dia bagi grid locator dia...laaa..bukan dalam longitud dan latitud ..tapi "MK82tx"...

Aduh..aku dah pening lagi...tak paa..aku cakap kat dia akan aku tanya Mahaguru Google aku malam nih..heheh..

Akhir nya baru lah aku tahu :

The Maidenhead Locator System is a geographic coordinate system used by amateur radio operators. Dr. John Morris, G4ANB, originally devised the system, and a group of VHF managers, meeting in Maidenhead, England in 1980, adopted it. The Maidenhead Locator System supplants the older QRA locator system with one that is usable outside of Europe.
Maidenhead locators are also commonly referred to as grid locators or grid squares, despite having a non-square shape on any non-equirectangular cartographic projection.

A Maidenhead locator compresses latitude and longitude into a short string of characters. This position information is presented in a limited level of precision in order to limit the amount of characters needed for its transmission using voice, Morse code, or any other operating mode.
Maidenhead Locator System explained.svg
The chosen coding uses alternating pairs of letters and digits, like so: BL11bh16

Hmm..kenapa aku tak tahu? Nak salah siapa nihh..tok guru dari dulu sampai tengah malam pekena tongkat ali sedia nihhh...kenapa?

Apa yang aku rasa ..ia jarang dipraktik di HF...sebab dalam wiki pun kata banyak dipraktik di VHF..apa kata kalau kita praktik di VHF..nak mampuss..kena maki haaa..sat gi..depa akan kata "menatang apa pulak nihh?"..tak percaya try..kami dah pernah kena...

Nak tahu grid locator anda : http://www.levinecentral.com/ham/grid_square.php

72..de 9w2di

Monday, April 26, 2010

QRP to Tajikistan

Here is 2nd station from Tajikistan that i work after 2008. For my 1st time i got the station from this country. Very happy and fun with this hobby. Hard to try.

Sunday, April 25, 2010

Fight with 9w2rzl



At 1.00 am got sms from 9w2rzl. Opening band to Brazil...waaaaaa!!! Then Rizal grab the station. Congrate bro. For me there is a challenging on QRP.
72..de 9w2di

Thursday, April 22, 2010

Akhirnya aku pasrah

Setiap orang ada cara dan pendirian masing masing. 9m2dz tak berapa suka ngan dipole. Dia suka bekerja ngan Yagi. Tak kira di HF mahupun di VHF. Homebrew beliau banyak dalam Yagi.

Bagi aku lak..bab antenna nih dari dulu kalau VHF aku lebih suka vertical.

Dulu suka homebre ground plane. Mudah dan berkesan. Simplex pun masa tu ngan 9w2mw jaa...dok serumah...ehheeh

Ok..cerita bab antenna nihh. Aku paling tak suka kalau pakai ATU. Itu pantang. Sebab aku tak rasa konfiden laa dgn RF yang keluar. Rasanya macam lost jaa dalam tunner tu.

Jadi, aku banyak explore monoband antenna yang tak melibatkan ATU.

Baru baru ini dah 5 kali aku naik bumbung tune delta loop nih...aku rasa pening semacam bila dok kat atas tu. Puncanya cuaca terlampau panas. Dulu semasa di base lama, mudah nak tune sebab guna takal naik dan turun pokok kelapa jaa.. Sekarang dah permanent kat atas tu..jadi susah la.

Akhirnya aku terpaksa lupakan pendirian tu demi keselamatan diri. Tunner boleh dibeli. Nyawa mana boleh. So tak nak ambik risiko.

Aku mendapatkan MFJ 948 dari rakan. Ok..tak dak masalah..mula tu tak leh tune..rupanya benda alah nih tak leh kasaq..hehehe...

Delta loop aku miss match dalam SWR 2..banyak tu...so dengan adanya tunner nih..akhirnya projek QRP nih akan diteruskan dengan mudah Insyaallah.

Itulah kata orang. Kena berubah ikut keadaan. Jangan ego sangat. Tak dak gunanya. Dulu pernah aku menjadi guru. Takut untuk maki hamun murid kalau buat salah. Bukan apa..esok2 kalau kita jatuh tepi jalan...takut anak murid nih buat tak tau jaa..sebab perlakuan kita dahulu.

Eloklah berubah..elok laa berhenti mencaci...dah lanjut...banyak banyak timba ilmu akhirat pulak...cerita laa pulak pengalaman travel ke tanah suci Mekah...berkat dan manafaat

72..9w2di

Tuesday, April 20, 2010

9w8alf tersenyum hari nihh

Salam,

Artikel ini pada mulanya saya catatkan bersama sama dengan video dari Youtube. Akibat kegopohan saya, video itu telah rosak dan tidak dapat dipaparkan.

Apa yang ingin saya ceritakan hari ini adalah QSO saya dan beliau yang sedang mobile di Kuching. Sebenarnya yang tersenyum gembira adalah saya. Sukar untuk bekerja dengan abang Alfa.

Alhamdulillah, satu sejarah telah dicatatkan antara kami berdua hari ini. Terkadang rasa terkilan juga bila SWL di 40m dan rakan disitu sedang mobile qso....hmmm..apa kurangnya di 10m.

Catatan sejarah hari ni mungkin akan memberi lagi satu kekuatan kepada kita terutama 9w2 dalam usaha menambah minat di dalam HF


73...de 9w2di

Kami di maki

Sebelum terlibat dengan amatur radio, seperti yang telah saya katakan dalam posting yang lalu, saya banyak beroperasi di jalur rakyat. Cara kami bersembang dan berkawan lebih kurang laa macam HAM.

CB ketika itu pun terbahagi kepada 2 iaitu local dan international. Kalau international ketika itu kebanyakan lingo yang digunakan adalah seakan dan bagi saya 100% code dari HAM.

Kemudian saya masuk HAM dgn call yang digunakan pada hari ini. Selain itu juga saya juga SWL'ing 9m2dz punya rig. Saya dengar sungguh enak HAM membuat CQ...hmmm..sama macam di CB.

10tahun lalu.....
Kisahnya bermula disini, pada satu hari saya memasuki repeater yang satu satunya pada ketika itu berada di puncak Gunung Jerai...saya pun CQ CQ di frekuensi tersebut...nak tau apa respond? "Menatang apa CQ CQ nih"? "Cuba panggil terus stesen yang nak dipanggil".

Terkedu saya pada masa itu.

Kisah ke 2. Saya tengah QSO dgn seorang rakan yang agak lama juga sebelum HAM. Cara passing mic memang kami jarakkan memberi callsign dalam 5 hingga 10 minit. Hmmm..orang kata boleh camtu..kemudian...satu sora yang dah macam Polis nak tangkap penyamun "Sila berikan callsign sepenuhnya apabila setiap kali passing mic!"

Pulakk....

Ini tradisi Ham yang saya kurang gemar. Tegur langsung di repeater tanpa mengira perasaan orang. Bagi saya mudah saja, setiap kita masih dan masih dalam proses pembelajaran. Tak kira HAM dah 40 tahun ka atau 100 tahun ka. Kita sebagai manusia memang ada "lupa" nih. Itu anugerah Allah kepada kita.

Tapi haruskah kita yang Allah beri sedikit saja ilmu ini, tu pun kadang ikut orang jaa..berkuasa penuh menegur tanpa mengira keaiban individu itu. Biarpun adik atau saudara sendiri...adab menegur biarlah mengikut keperluan.

Seperti yang selalu saya nyatakan...kita berkongsi dan bukan memberi tunjuk ajar. Itu pendekatan yang terbaik.

Merajuk?

Memang banyak 9w2?? sehingga kini merajuk dan meluat kata orang utara kerana kes ini. Jadi pendekatan demikian memang telah memberi impak yang buruk sebenarnya.

Bagi saya...yang tua dihormati dan yang muda disayangi...kalau dah tua tunjuk perangai tak elok dan muda dah kurang ajar......kita berdoalah kepada Allah...kerana hanya Allah saja yang boleh memberi petunjuk.

72..de 9w2di

Monday, April 19, 2010

Ketagihan dah menjadi jadi...

Dalam telefon, dalam blog, ramai tertanya tanya bilakah 10m akan membuka kembali.

Jangkaan peralihan matahari pada minggu depan akan memberi impak kepada bumi. Pada ketika ini memang kedengaran letupan CME namun kita tidak boleh mengharapkan apa apa darinya. Kecuali kalau berlaku peningkatan dalam GEOS dan bentuk storm berubah.

Itu semua kerjaNya. Kita hanya boleh merancang.

Pengalaman "pile up" yang lalu di 10m sekurang kurangnya memberi semangat berterusan untuk kita mencapai apa yang diimpikan.
Seorang teman bertanya, "apa cerita Cikgu tu?"... bagi saya sekarang anda nilailah sendiri. Hasutan dan sebagainya bermula dimana. Mengapa sebagai orang yang sepatutnya disegani boleh keluarkan kata kata sebegitu.

Seperti biasa, anda sebagai 9w2..adalah penyambung segala kesusahan ini. Kita pernah dicela dan kita pernah dicaci...namun biar kita bangun dan bangkit setaraf sebagai peminat HAM sekurang kurangnya meningkat dari FM 2m ke SSB 10 dan 6 meter....



72...de 9w2di

Thursday, April 15, 2010

Cikgu kencing berdiri...

Cikgu kencing berdiri..murid kencing berlari. Ungkapan ini selalu dikaitkan dengan...kalau cikgu buat benda tak baik..anak murid lagi sakan...ini yang negatif..kalau yang positif..nanti anda tolong kasi kan yaaa...


Cikgu suka mengeji
Anak murid suka mancaci

Cikgu kata dan menfitnah orang

Anak murid dah makan orang (makan daging saudara sendiri)

Cikgu suka cari salah orang
Anak murid akan terajang orang

Cikgu "kencing" orang
Anak murid "potong kepala orang"

Sudahlah tu cikgu...hentikan "kencing" anda itu. Doa yang baik akan membawa berkat. Maki hamun akan membawa mudharat.


Rasulullah pun tak suruh kita buat camtu.

72...de 9w2di



Monday, April 12, 2010

SSN 0 but 10 m open

Today just make a call to 9w2rzl then there is a happy story came form him that 10 meter opening to Brazil. Wahhh..nice to heard that. Refer to my blog...what 0 SSN? How that is happen?

Then i ll get the Storm info after rizal make a call...now it's storming

My last posting about this prediction maybe will help us on this situation.
Our 3 year study on propagation now can be use in future.
Glad to heard rizal on big opening to.

Till now the flux was 75 and SSN 0.

Sunday, April 11, 2010

HARAM JADAH CW!!!

Selepas aku mendapatkan callsign dan semenjak itu aku tahu ada CW. Bertanya kepada 9m2dz...dia kata dulu sebelum nak dapat lesen kena CW. Dulu tak dak 9w2. Ok..itu aku paham...cw lak? Susah ka?

Sejak itu 9m2dz sentiasa membuka software apa ntah dan kami pun sama sama mencatat apa yang didengari...best gak.

Disamping itu juga, cw berkumandang mengikut jadual tertentu di repeater Astra...wahh..best..aku dan beberapa turut serta dalam kelas tersebut.

TETAPI......

Tiba tiba cw dah tak diajar di repeater...ke simplex pula....kerana ada pihak yang tak puas hati...hmmmm...aku jadi pelik..apa masalahnya? Kan nak belajar ilmu..bukan nak kata kat orang...

Benda tak puas hati ini melarat sampai ke simplex ..... aduhhhh.sakit jiwaaa.....

Akhirnya kami terus diam dan tak aktif lagi belajar CW....

Kreatif nya kami pada masa tu..ramai yang buat keyer sendiri...hmmm...memang kreatif....

Akhirnya..satu peristiwa yang tak akan aku lupa sampai bila2....seorang rakanku telah ditumbuk kerana CW....

Ini kerana ada pihak yang bertindak sebagai polis tak dak balai mengatakan gangguan CW yang berlaku direpeater adalah datang nya dari stesen beliau. Memang canggih raadr dia nihh....yang tumbuk dia pun kawan baik juga...kawan yang sama sama gelak ketawa....

Dlm hati....HARAM JADAH CW....pasai hang kawan aku kena camni....sejak itu..aku dan dia tak pernah lagi bercerita...membuat atau apa apa yang berkaitan CW...

Hati muda aku pada masa itu...cukup parah dengan CW....

Kini..ada pula yang kata aku nihh pemboikot CW..memang...aku sedih....aku tak sanggup kawan susah.kawan kena...kawan dimaki....kerana benda CW nihhh....kalau sanggup..teruskan laaa...

Dulu nekad...biar camniee laa...main CB..depa kata haram..lanun..tapi makan ikan juga...ikan mai dari mana?....bot...bot tu guna CB...depa tu lanun...haram makan ikan dari lanun.....


1023....

Friday, April 9, 2010

0.3 watts for distance 120km on VHF

Very happy to tell because after 10 years on Amateur, i ll try with my slim jim to trigger the Perlis repeater. Then the new and good ham in Perlis setup a new repeater located at Bukit Ngulang and move to Bukit Tunjung Perlis.

My working condition

FT817 : 0.3 watts
Antenna : 12 years old Slim Jim
Height of the antenna from ground : 15 feet

What can i say, there is the same antenna i am using when try and try to work on Perlis Repeater and also for the simplex.

Friday, April 2, 2010

Sebagai HAM, adakah aku ego?

Kisah sekitar 1999, aku mula menapak sebagai HAM setelah berhempas pulas dalam Sugar Delta mengkaji dan member komitmen sepenuhnya dalam hobi ini.

Sedaka 2 atau Pak Su Lin pada ketika itu, tahu yang aku lulus RAE. Sedihnya pada ketika itu ada khabar angin mengatakan RAE kami adalah RAE longkang. Longkang? Sapa kata? Nanti saya kisahkan tentang itu.

Wajah Sedaka 2 tak ceria sepertimana waktu kami sama sama di CB dulu setelah setiap kali aku bertandang ke rumahnya aku membawa set VHF ketul belacan...(kenwood). Bila aku perasan tentang itu, aku dah tak bawa rig kerumahnya. Sebaliknya aku mula operate radio dia untuk DX di 27.555.

Ku tanya kepada beliau, kenapa? Dia sepi berdiam diri. Aku sedar, dia tak nak aku jadi megah atau ego bila dah ada lesen ketika itu. Atas dasar kawan yang minat sama, walaupun aku dah berlesen, tak pernah bersuara tentang HAM bagi menjaga hati kawan.

Aku berhijrah balik ke SP pada sekitar 2000. Ramai kawan yang belum berlesen bertandang dan kami bercerita tentang hobi ini. Utk mengelak dari diri aku ego, apa salah mereka tak pernah ku tegur. Itu hak mereka. Akhirnya 33, 38, 244, 343, 21, dan 7000 semua dah dpt lesen.

2008 aku kembali dgn azam setelah kulihat dalam AA boleh guna 10m. Terus terusan mengkaji dan mengajak semua untuk berkongsi terutama dalam 10m. Bagi menjaga hati kawan juga, ada salah semasa beroperasi di 10m. Namun ini adalah proses pembelajaran.

Dalam artikel yang lalu, pernah ku katakan yang aku mempunyai pendirian. Dan tak pernah nak guna pendirian orang lain.

Sejak 2 menjak nih CW menjadi topik hangat hingga boleh memecahkan umat. Seperti yang pernah diakatakan, CW telah dijadikan macam macam agenda dan propaganda bagi sesetengah individu. "Bukan HAM kalau tak tahu CW". Ini telah menimbulkan satu kontraversi. Jadi, kalau dah dimulakan, terimalah akibatnya.

"9w2 pengamal ajaran sesat". Jangan marah kami balik kalau selepas pertuduhan anda ini 9w2 terus terusan memboikot anda.

Siapa yang mula dulu? Kenapa anda ikut orang yang suka timbulkan masalah dan jangan marahkan orang lain kalau anda terlibat sama.

"CB itu lanun" lontaran yang keras ini akan lebih memberi impak kepada anda.

Apa gunanya ego ini. Sekadar untuk dunia menumpang sementara. Kalau dah berumur tu, elok elok laa buat artikel tentang memantapkan diri untuk akhirat kelak. Anda mengundang marah orang, lepas tu kalau orang kata anda nak marah. Pelik dak?

72 de...9w2di

Thursday, April 1, 2010

23 Februari 2007 Amatur Radio Tanpa Morse Code?



Tercari cari juga bilakah perkara ini berlaku dan siapakah antaranya yang membuat cadangan serta memberi sokongan agar ia dapat direalisasikan.




Apa itu no-code international




 Tidak-Kod International TM adalah sebuah organisasi yang didedikasikan untuk penghapusan kod Morse ujian keperluan sebagai prasyarat untuk setiap kelas lesen Amatur Radio. . Nci TM akan terus sebagai pertubuhan lobi selama pengujian Telegrafi manual ada.

Bila dibaca barulah saya paham apa tujuan organisasi ini. Apa yang saya lihat, keazaman mereka untuk merealisasikan sesuatu memang serius...jadi bolehkah kita lakukannya di Malaysia? Bagi saya dengan aluan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pastinya
Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim tidak mahu rakyatnya ketinggalan.


Untuk butiran dengan mendalam organisasi ini sila layari http://nocode.org/
Mungkin ini boleh dijadikan rujukan.


72..9w2di