Setiap orang ada cara dan pendirian masing masing. 9m2dz tak berapa suka ngan dipole. Dia suka bekerja ngan Yagi. Tak kira di HF mahupun di VHF. Homebrew beliau banyak dalam Yagi.
Bagi aku lak..bab antenna nih dari dulu kalau VHF aku lebih suka vertical.
Dulu suka homebre ground plane. Mudah dan berkesan. Simplex pun masa tu ngan 9w2mw jaa...dok serumah...ehheeh
Ok..cerita bab antenna nihh. Aku paling tak suka kalau pakai ATU. Itu pantang. Sebab aku tak rasa konfiden laa dgn RF yang keluar. Rasanya macam lost jaa dalam tunner tu.
Jadi, aku banyak explore monoband antenna yang tak melibatkan ATU.
Baru baru ini dah 5 kali aku naik bumbung tune delta loop nih...aku rasa pening semacam bila dok kat atas tu. Puncanya cuaca terlampau panas. Dulu semasa di base lama, mudah nak tune sebab guna takal naik dan turun pokok kelapa jaa.. Sekarang dah permanent kat atas tu..jadi susah la.
Akhirnya aku terpaksa lupakan pendirian tu demi keselamatan diri. Tunner boleh dibeli. Nyawa mana boleh. So tak nak ambik risiko.
Aku mendapatkan MFJ 948 dari rakan. Ok..tak dak masalah..mula tu tak leh tune..rupanya benda alah nih tak leh kasaq..hehehe...
Delta loop aku miss match dalam SWR 2..banyak tu...so dengan adanya tunner nih..akhirnya projek QRP nih akan diteruskan dengan mudah Insyaallah.
Itulah kata orang. Kena berubah ikut keadaan. Jangan ego sangat. Tak dak gunanya. Dulu pernah aku menjadi guru. Takut untuk maki hamun murid kalau buat salah. Bukan apa..esok2 kalau kita jatuh tepi jalan...takut anak murid nih buat tak tau jaa..sebab perlakuan kita dahulu.
Eloklah berubah..elok laa berhenti mencaci...dah lanjut...banyak banyak timba ilmu akhirat pulak...cerita laa pulak pengalaman travel ke tanah suci Mekah...berkat dan manafaat
72..9w2di
4 comments:
Tahniah atas pembelian tuner antanna baru..mudah²an dengan adanya ATU ni, dapat terbang lagi jauh....
Wow!..ATU baru ke bang din??
Hmm..kena beli gak laaa...eksyen sangat tak nak pakai ATU...bila keadaan terdesak nihh,,kena laaa beralah...
Baru ambik laa dok own oii
Salam Tahniah untuk anda kerana memiliki manual ATU. Ramai diantara HAM hari ini yang tidak setuju dengan penggunaan ATU berbagai alasan yang di berikan. Sama lah juga masa mula-mula GPS diperkenalkan ramai yang mengatakan itu dan ini. Namun realitinya kita janganlah mengatakan itu tidak baik disebabkan kita tidak memilikinya. Kita harus mengambil pendekatan apa kegunaannya, bagaimana menggunakannya, apa kebaikan dan keburukannya...satelah itu barulah kita boleh memberi pendapat...Jgn sebab kita kurang minat dgn sesuatu perkara atau tidak dapat memilikinya kita katakan bende itu tidak baik....org sudah jauh kehadapan kita masih lagi dibelakang mengatakan itu tak boleh ini tak boleh...kita harus buangkan sifat2 nagatif....baru lah kita boleh maju kehadapan...Tahniah buat anda..
Post a Comment