Global HF (Ionospheric Map)


Friday, April 2, 2010

Sebagai HAM, adakah aku ego?

Kisah sekitar 1999, aku mula menapak sebagai HAM setelah berhempas pulas dalam Sugar Delta mengkaji dan member komitmen sepenuhnya dalam hobi ini.

Sedaka 2 atau Pak Su Lin pada ketika itu, tahu yang aku lulus RAE. Sedihnya pada ketika itu ada khabar angin mengatakan RAE kami adalah RAE longkang. Longkang? Sapa kata? Nanti saya kisahkan tentang itu.

Wajah Sedaka 2 tak ceria sepertimana waktu kami sama sama di CB dulu setelah setiap kali aku bertandang ke rumahnya aku membawa set VHF ketul belacan...(kenwood). Bila aku perasan tentang itu, aku dah tak bawa rig kerumahnya. Sebaliknya aku mula operate radio dia untuk DX di 27.555.

Ku tanya kepada beliau, kenapa? Dia sepi berdiam diri. Aku sedar, dia tak nak aku jadi megah atau ego bila dah ada lesen ketika itu. Atas dasar kawan yang minat sama, walaupun aku dah berlesen, tak pernah bersuara tentang HAM bagi menjaga hati kawan.

Aku berhijrah balik ke SP pada sekitar 2000. Ramai kawan yang belum berlesen bertandang dan kami bercerita tentang hobi ini. Utk mengelak dari diri aku ego, apa salah mereka tak pernah ku tegur. Itu hak mereka. Akhirnya 33, 38, 244, 343, 21, dan 7000 semua dah dpt lesen.

2008 aku kembali dgn azam setelah kulihat dalam AA boleh guna 10m. Terus terusan mengkaji dan mengajak semua untuk berkongsi terutama dalam 10m. Bagi menjaga hati kawan juga, ada salah semasa beroperasi di 10m. Namun ini adalah proses pembelajaran.

Dalam artikel yang lalu, pernah ku katakan yang aku mempunyai pendirian. Dan tak pernah nak guna pendirian orang lain.

Sejak 2 menjak nih CW menjadi topik hangat hingga boleh memecahkan umat. Seperti yang pernah diakatakan, CW telah dijadikan macam macam agenda dan propaganda bagi sesetengah individu. "Bukan HAM kalau tak tahu CW". Ini telah menimbulkan satu kontraversi. Jadi, kalau dah dimulakan, terimalah akibatnya.

"9w2 pengamal ajaran sesat". Jangan marah kami balik kalau selepas pertuduhan anda ini 9w2 terus terusan memboikot anda.

Siapa yang mula dulu? Kenapa anda ikut orang yang suka timbulkan masalah dan jangan marahkan orang lain kalau anda terlibat sama.

"CB itu lanun" lontaran yang keras ini akan lebih memberi impak kepada anda.

Apa gunanya ego ini. Sekadar untuk dunia menumpang sementara. Kalau dah berumur tu, elok elok laa buat artikel tentang memantapkan diri untuk akhirat kelak. Anda mengundang marah orang, lepas tu kalau orang kata anda nak marah. Pelik dak?

72 de...9w2di

3 comments:

Unknown said...

salam saya ni bukan lah pandai sangat dari apa yg sy baca sebenar di Europe sebelum ini ada setengah ham bermula dgn CB kemuadian satelah ini mereka upgrade ke Ham...Namun apa yang berlaku disini terbalik....maaf le mungkin apa yang saya baca tidak betul...

9w2di said...

Salam,

Dulu 9w2 hanya boleh operate di VHF dan UHF sahaja. Sebab tu ramai yang aktif di CB. Sebenarnya 9w2?? majoriti sebelah utara adalah dari CB...cuba tanya..apa gelaran mereka sebelum ini

73

FTDX400 said...

Salam...
Sebenarnya dulu tiada lesen class B
Yang ada cuma Class A cuba dan mereka ini bermula dari SWL....salepas lulus RAE mereka2 ini tidak boleh TX walaupun di VHF/UHF. Salepas lulus ujian CW baru lah apply Licence lepas itu semua2 borang2 permohonan di hantar ke Bukit Aman utk screen salepas beberapa bulan barulah dapat jawapan ada yang sampai setahun. Dan mereka tidak boleh TX ikut suka dan tidak boleh menggunakan Handy kerana ianya menjadi satu kesalahan. Oleh yg demikian mereka2 ini amat menilai lesen mereka kerana sukar nya mendapat lesen. Pada tahun 90han kebawah Radio Amatur adalah suatu hobi yang disanjung tinggi oleh masyarakat ketika itu. Namun pada hari ini Radio Amatur sudah tidak ada nilai lagi....saperti Tonto yg menarik kereta di tepi jalan...Radio Amatur sudah tidak ada nilai lagi. Zaman berubah hari ini org sudah ada internet..nak dapatkan transceiver pun mudah org yg tidak berlesen pun boleh memilikinya....