Selepas aku mendapatkan callsign dan semenjak itu aku tahu ada CW. Bertanya kepada 9m2dz...dia kata dulu sebelum nak dapat lesen kena CW. Dulu tak dak 9w2. Ok..itu aku paham...cw lak? Susah ka?
Sejak itu 9m2dz sentiasa membuka software apa ntah dan kami pun sama sama mencatat apa yang didengari...best gak.
Disamping itu juga, cw berkumandang mengikut jadual tertentu di repeater Astra...wahh..best..aku dan beberapa turut serta dalam kelas tersebut.
TETAPI......
Tiba tiba cw dah tak diajar di repeater...ke simplex pula....kerana ada pihak yang tak puas hati...hmmmm...aku jadi pelik..apa masalahnya? Kan nak belajar ilmu..bukan nak kata kat orang...
Benda tak puas hati ini melarat sampai ke simplex ..... aduhhhh.sakit jiwaaa.....
Akhirnya kami terus diam dan tak aktif lagi belajar CW....
Kreatif nya kami pada masa tu..ramai yang buat keyer sendiri...hmmm...memang kreatif....
Akhirnya..satu peristiwa yang tak akan aku lupa sampai bila2....seorang rakanku telah ditumbuk kerana CW....
Ini kerana ada pihak yang bertindak sebagai polis tak dak balai mengatakan gangguan CW yang berlaku direpeater adalah datang nya dari stesen beliau. Memang canggih raadr dia nihh....yang tumbuk dia pun kawan baik juga...kawan yang sama sama gelak ketawa....
Dlm hati....HARAM JADAH CW....pasai hang kawan aku kena camni....sejak itu..aku dan dia tak pernah lagi bercerita...membuat atau apa apa yang berkaitan CW...
Hati muda aku pada masa itu...cukup parah dengan CW....
Kini..ada pula yang kata aku nihh pemboikot CW..memang...aku sedih....aku tak sanggup kawan susah.kawan kena...kawan dimaki....kerana benda CW nihhh....kalau sanggup..teruskan laaa...
Dulu nekad...biar camniee laa...main CB..depa kata haram..lanun..tapi makan ikan juga...ikan mai dari mana?....bot...bot tu guna CB...depa tu lanun...haram makan ikan dari lanun.....
1023....
6 comments:
Hai pasal CW pun sampai nak bertumbuk ke?..kena selalu ingat amature radio is just a hobby..so treat it is as a hobby nothing more..jangan jadi macam parti politik plak..ingat motto "frenship through airwave"..ntahlah..
Salam...
La...kenapa sampai bertumbuk...betul kata rakan kita ni, Ini hanyalah hobi. Mari kita singkap kembali ...sejarahnya. Dulu tak ada kelas RAE dan tak ada kelas CW...tak ada internet...ujian 1 tahun sekali... Betapa susah nya mereka2 ini mempelajari RA nak dapat lesen pun satu hal. Jadi oleh sebabnya sukarnya mendapatkan ini semua apabila mereka mendapat lesen. mereka2 ini menilai lesen tersebut. Jadi pada pendapat saya nak dapatkan sesuatu itu terpulang pada individu dan cara mana mendapatkan nya yang penting di sini adalah interest. Kalaulah ada kelas di sebelah rumahpun kalau org itu tak berminat tak guna juga. Kalau nak tunggu ada kelas baru nak belajar saya kira susahlah begini yang penting usaha kita kearah itu. Cuba kita tanya org dulu2 belajar RA di mana belajar CW di mana ada guru tak? Kalau sampai bertumbuk tu saya kira kita ini kurang matang dan Rasulullah pun tak ajar kita berbuat demikian wallahualam....
Salam,
Ini kisah 10 tahun yang lalu. Yang ingin saya bawa kepada semua kenapa agaknya 9w2xx di utara nih agak kurang berminat dan aktif terutama untuk ke CW.
Bak kata orang...luka didalam siapa yang tahu..
Kami amat berterima kasih terutama kepada 9m2mp (pak manan) ketika itu yang sentiasa memberi sokongan untuk ke CW....tapi..tindakan beberapa pihak yang cuba untuk menyekat pada ketika itu membuatkan kami rasa sungguh kecewa...
Kes ini sebenarnya merujuk kepada ada gangguan di repeater pada masa itu. Kedengaran tone CW dan ada pihak yang mengatakan penghantaran itu datangnya dari stesen yang ditumbuk itu.....
Untuk masa hadapan...janganlah ini berlaku lagi...adegan tuduh menuduh ini sudah naik muak kami nak dengar....kami dah bosan dgn semua ini...
Salam...
Sebenarnya cerita2 ini sudah lama saya ketahui...perkara ini tidak berlaku sebelum ini. Jadi eloklah kita lupakan saje perkara2 ini.kita jadikannya sebagai panduan. Kenapa jadi begini ianya disebabkan oleh sikap org kita yang berfikiran sempit sy kenal Pak Manan..dan aruah bapa beliau pun kita kenal. Kami tiada masalah..berhubung sesama rakan....radio amatur. Cuma sekarang ini bukan saje di mata Ham di lain2 pun kalau kita tengok masyarakat kita hari ini kebanyakanya sudah hilang sifat2 yg baik. Sebab itu Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda AKHLAK itu mendahuli semua perkara...Maaf sy ni pun baru dalam bidang Radio amatur..Ilmu yang ada pada sy pun tak setinggi mana...dan tak lah sehebat mana....ada rakan2 di luar sana yang hebat2 belaka. Saya hanya ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini...dan tidak lebih dari itu....
agak menyedihkan bila saya membaca kenangan anda mempelajari cw 10 tahun yang lalu. saya jugak bersyukur tidak mengenali hobi ini sepuluh tahun yang lalu.jika tidak entahla.....mungkin kesabaran saya tidak sekuat anda
walaubagaimanapun dunia sudah berubah.kini sudah kurang kedengaran orang bertumbuk kerana bolasepak apatah lagi kerana hobi radio amatuer.
pendidikan kita sudah berubah dan masyarakat kita pun sudah berubah.Saya rasa perkara yang anda hadapi 10 tahun yang lalu mungkin tidak akan berulang lagi dimasa kini.
kita harus ingat hobi ini diisi oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira apa profesionnya. mentaliti setiap individu juga berbeza. harus kita terima setiap perangai yang ditimbulkan oleh rakan2 kita.
10 tahun sudah berlalu dan generasi bersilih ganti.saya amat berharap apa yang anda alami 10 tahun lalu tidak akan berulang lagi di zaman kini.
jika pisang berbuah 2 kali maka ini adalah sesuatu yang menyedihkan dalam dunia Ham Malaysia
dan jika saya mengenali hobi ini 10 tahun yang lalu mungkin saya sudah berpatah arang berkerat rotan dengan hobi ini.
wassalam
Salam pada Abg Din dan Sifu2 disini..Kerana CW pun nak Bertumbuk...Perh!!! Tumpang komen cikit..Saya cuma nak luahkan pendapat.saya pun masih baru dan masih belajar ttg Amature Radio.
Walaupun masih baru dlm hobi ni..but we still have a lot things to learn... Bahan-bahan dan rujukan sekarang mudah didapati dari internet...dan dari rakan2 yg sanggup sharing their knowledge...
CW Sekadar knowledge @ Hobi, minat tersendiri, kemampuan tersendiri. Apa-apa pun terpulang pada individual samada minat @ xberminat untuk mempelajari sesuatu yg baru dan canggih...
Motto"Frienship Through Aiwave & Internet"
Apa-apa pun terima kasih pada semua rakan2, yg sangup luangkan masa, ilmu pengetahuan, research.. yg dimasukan dalam blog2 sebagai bahan rujukan... Bye.. Cu soon
Post a Comment