Sebelum terlibat dengan amatur radio, seperti yang telah saya katakan dalam posting yang lalu, saya banyak beroperasi di jalur rakyat. Cara kami bersembang dan berkawan lebih kurang laa macam HAM.
CB ketika itu pun terbahagi kepada 2 iaitu local dan international. Kalau international ketika itu kebanyakan lingo yang digunakan adalah seakan dan bagi saya 100% code dari HAM.
Kemudian saya masuk HAM dgn call yang digunakan pada hari ini. Selain itu juga saya juga SWL'ing 9m2dz punya rig. Saya dengar sungguh enak HAM membuat CQ...hmmm..sama macam di CB.
10tahun lalu.....
Kisahnya bermula disini, pada satu hari saya memasuki repeater yang satu satunya pada ketika itu berada di puncak Gunung Jerai...saya pun CQ CQ di frekuensi tersebut...nak tau apa respond? "Menatang apa CQ CQ nih"? "Cuba panggil terus stesen yang nak dipanggil".
Terkedu saya pada masa itu.
Kisah ke 2. Saya tengah QSO dgn seorang rakan yang agak lama juga sebelum HAM. Cara passing mic memang kami jarakkan memberi callsign dalam 5 hingga 10 minit. Hmmm..orang kata boleh camtu..kemudian...satu sora yang dah macam Polis nak tangkap penyamun "Sila berikan callsign sepenuhnya apabila setiap kali passing mic!"
Pulakk....
Ini tradisi Ham yang saya kurang gemar. Tegur langsung di repeater tanpa mengira perasaan orang. Bagi saya mudah saja, setiap kita masih dan masih dalam proses pembelajaran. Tak kira HAM dah 40 tahun ka atau 100 tahun ka. Kita sebagai manusia memang ada "lupa" nih. Itu anugerah Allah kepada kita.
Tapi haruskah kita yang Allah beri sedikit saja ilmu ini, tu pun kadang ikut orang jaa..berkuasa penuh menegur tanpa mengira keaiban individu itu. Biarpun adik atau saudara sendiri...adab menegur biarlah mengikut keperluan.
Seperti yang selalu saya nyatakan...kita berkongsi dan bukan memberi tunjuk ajar. Itu pendekatan yang terbaik.
Merajuk?
Memang banyak 9w2?? sehingga kini merajuk dan meluat kata orang utara kerana kes ini. Jadi pendekatan demikian memang telah memberi impak yang buruk sebenarnya.
Bagi saya...yang tua dihormati dan yang muda disayangi...kalau dah tua tunjuk perangai tak elok dan muda dah kurang ajar......kita berdoalah kepada Allah...kerana hanya Allah saja yang boleh memberi petunjuk.
72..de 9w2di
2 comments:
Bro,
Kisah-kisah semacam itulah yang adakalanya membuatkan rakan-rakan baru takut-takut untuk QSO. Yang dah pernah QSO merajuk pun ada. Sebab apa, ada yang pandai memandai tapi tak boleh diikut. Ada juga yang menegur, bukan ahli kelab atau persatuan tertentu tak boleh guna pengulang amatur. Padahal rakan tersebut ada callsign dan AA amatur. Namun di dalam garis panduan untuk radio amatur ada dinyatakan penggunaan pengulang amatur tidak terhad kepada ahli sahaja.
Begitu juga mengenai 'passing mic' semasa QSO.. Kalau 2 stesen sahaja sedang QSO tak perlulah nak nyatakan callsign setiap kali 'passing mic'. Tercatat dalam garis panduan untuk radio amatur, "perlu nyatakan callsign sekurang-kurangnya sekali dalam 3 minit jika mengguna pengulang dan 10 minit untuk operasi simplek". Bukan setiap kali 'passing mic'. Jadi fikir-fikirkan lah. Baru belum tentu tak tahu dan lama belum tentu semuanya tahu.
Mudah mudahan janganlah berlaku begini lagi. Kita bukan setakat belajar untuk ditegur...tapi kita juga harus belajar cara menegur...
Kisah lama jadikan tauladan
Post a Comment