Global HF (Ionospheric Map)

Friday, February 26, 2010

5 Watts to Italy. Brake my personal record!!!

After 2 hour i listen and try to get EU station with my QRP station, then this is happen. Very challenging i told you if you want to work with QRP on 10m.

This maybe can give the guide and inspiration to 9w2 station for hard work on 10m. Give a good "image" of our 9w2 for working on HF band




 I am so very shock then i'll make a mistake when returns call to I5ZSS. Hope to work on 2.5 watts to Italy maybe someday..75 to all of you

9w2di

Thursday, February 25, 2010

Kenapa QSB?

Video ini dirakamkan semasa QSB berlaku



Agak kurang jelas kepada kita kenapa QSB berlaku. Jadi sepanjang pemantauan saya berkaitan geos yang berlaku pada  matahari inilah kesimpulan yang dapat saya nyatakan.

Berdasarjan graf disebelah, QSB mungkin berlaku apabila GEOS 12HP (Merah) yang semakin meningkat berada paras atas GEOS 11HP (Biru).

Pada ketika ini, letupan amat kuat berlaku hingga mencecah 5/9. Kedengaran kuat audio di Asian tetapi tidak di bahagian lain.
Ramalan ini mungkin boleh diterima pakai untuk kita membuat jangkaan pada msa satu jam sebelum propagasi membuka atau tidak. Selalu sms dihantar kepada 10m Group adalah berdasarkan graf ini. Sila buat rujukan disini http://www.n3kl.org/sun/noaa.html.
Garisan merah dan biru ini sebenarnya memainkan banyak peranan dalam pembentukan medan magnet keatas bumi. Saya masih lagi mencari maksud sebenar kedua dua garisan ini dan akan kita bincangkan kelak.

73

Tuesday, February 23, 2010

2.5 Watts and 5 watts to Hong Kong

5 Watts




2.5 Watts






Thanks to VR2PW (Antonio) for the QSO...

73..9w2di

Monday, February 22, 2010

Islam dan HAM

"Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa." (55:33)

4:131. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang telah diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, "Takutilah Allah." Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Allah adalah Kaya, Terpuji.

4:132. Dan kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

Petikan maksud dari ayat Al Quran ini saya ambil sebagai satu wadah kerana secara tidak sedar sebenarnya dunia HAM ini boleh memberi kesan secara langsung atau tidak untuk kita mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Bukan dengan kekuatan manusia mencipta alat pemancar, riket dan satelit yang ingin saya ketengahkan, tetapi apakah implikasi hobi ini dengan Iman kita.

Ketika dulu apabila mendengar saya propagasi membuka, kita takrifkan yang kita mendengar stesen dari luar dengan ber QSO. Itu yang saya amati ketika dulu. Dgn kemajuan teknologi terkini, kita telah lihat yang membuatkan semua ini berlaku adalah impak langsung dari matahari.

Rupanya, Allah mencipta matahari sebegitu dengan pelbagai "kegiatan" yang berlaku terhadapnya adalah bersaling kait dengan hobi kita ini. Wujudnya solar flare, magnetofield, sun spot dan lain lain lagi adalah anugerah kepada kita sebagai peminat Amateur Radio.

 

Apabila ini kita jadikan satu pengukur "Syukur" kita kepada Nya, alangkah bagus kalau kita kuatkan iman dengan mendekatiNya.
Tetapi, jika hobi ini terbabas kepada perkara yang "lagha" cubalah kita elakkan. Allah membuka luas langit dan bumi untuk kita terokai. Dalam masa yang sama kita harus mengambil peluang darinya agar kita akan lebih dekat denganNya.

Sedih dilubuk hati apabila masih ada yang menyujudkan jurang antara peminat amateur radio ini. Ada lagi yang masih mencari kesalahan orang lain. Berat hukum Tuhan kalau seseorang itu mengamal ajaran sesat. Tapi kenapa hukum atau istilah ini kita masukkan dalam kamus HAM. Kalau dalam Islam seseorang itu perlu bertaubat Nasuha apabila ia sesat. Kalau dalam HAM? Nak bertaubat juga ka?

Islam dan HAM boleh dimplimensatikan dalam usaha mendekatkan diri dgn Allah. Tapi jangan samakan undang undang dan hukum istilah Islam dalam HAM. Kurang senang kalau seseorang salah menggunakan Q-Code dikatakan pengamal ajaran sesat. Kerana ramai HAM Islam. Apa perkataan pun kalau sebagai Islam, jangan letakkan tahap seseorang itu sebegitu sekali.

Sebaik baik hukum datang daripada Allah. Selagi salah tidak melanggar hukum Allah dan tidak memudaratkan orang lain, kita boleh tegur dgn cara baik bukan terus memberi istilah pengamal ajaran sesat kepada inidividu tersebut.

Pendekatan Rasullullah kepada seorang Yahudi yang sentiasa mengganggu beliau, buang air najis dan sebagainya, namun apabila Yahudi itu sakit beliau pergi melawat. Sedangkan beliau tahu, itu Yahudi. Kenapa pendekatan mendekatkan dengan "orang tak pandai QSO" kita lakukan. Hikmah, lembut dan berkesan. Selalu mendampingi golongan ini. Bukan mendegar golongan ini salah QSO..lepas tu hemtam dari belakang. 

Allah tak membezakan anda 9m2 atau 9w2. Kalau anda salah dgn hukumnya...."tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim". Bermaksud, tidak akan masuk syurga orang yang suka memecah belahkan antara umat.

Usaha membetulkan sebarang kesalahan dalam HAM adalah usaha proses pengajaran yang perlu. Namun biarlah ia berhikmah. Sejauh mana pun kita sebagai HAM...harus jauh juga kita mendekatkan diri Nya. 

Saya merayu agar pendekatan melihat kejadian flare dan aktiviti matahari untuk propagasi ini, boleh mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa.

Yang baik daripada Allah, yang lemah adalah datang dari kelemahan saya sendiri.

9w2di


Sunday, February 21, 2010

21.2.2010 : QRP to DOHA (5watts)



So hard to get you Mohammad. At last my signal come to you with 5/5.

Nothing special...but..worth.


73

Friday, February 19, 2010

50% of Kenari Beam




















Today is my trial for Kenari Beam 10m system. This antenna build from rod and other recycle item that can be almost find. This trial that i make for 3c2v 50ohm coaxial.
It's show very good result. With 1:1 swr, i am sure that this coaxial can be use. So  for my simple testing  will give us new hope on our budget to homebrew Yagi System Antenna.

73..

Thursday, February 18, 2010

Kenari Beam for 10m DX'er

Jangan bimbang..modal tak sampai RM100.00. Cukup untuk kita yang kategori orang kampung nih.

Sejarah :

Asal pembangunan oleh 9w2in (Idris) dan merupakan salah seorang CB Dx'er 113SD. Antenna belaiu dapat mencecah beberapa negara termasuk UE dgn mudah. Salah seorang QSL Manager SD Alex 1SD019 meminta agar gambar antenna ini diambil dan dihantar kepada beliau untuk pembangunan. Akhirnya antenna yang pada mula dibangunkan untuk base, telah dibangunkan untuk tujuan portable malah amat sesuai untuk QRP station.

 
 Radiation Patern
 Peralatan asas













Ukuran

 

Siap.
Untuk makluman, ia sebenarnya bekerja sebagai Yagi. 3 elemen yagi diimplimentasikan utk Kenari Beam. Terdapat pelbagai nama untuknya. Jadi bagi mengenang jasa 9w2in dan khas utk 10m di Malaysia, kita namakan Kenari Beam.

Bagi saya, semua bahan telah terkumpul dan cuma perlu utk pembangunan dan percubaan sahaja. Saya akan kongsikan pengalaman percubaan ini apabila siap kelak. Jangan susah hati kepada peminat Yagi, kerana Kenari Beam akan memberi kemudahan kepada anda kelak.

73

Kami tak malu kalau digelar CB



Salam,

Apa beza CB dan HAM? Ham diperuntukkan band yang banyak berbanding CB. CB hanya diperuntukkan pada 11m dan digelar di Malaysia sebagai jalur rakyat.

Cara qso atau SOP pun lebih kurang ja 2 nih.

Mengapa harus merendah rendahkan CB? Mengapa harus ada 2 jurang antara peminat ini? Sedangkan dalam HAM pun ada CB dan dalam CB pun ada HAM?

Bagi saya, saya bermula dgn CB. Itulah asal usul saya. Saya tak lupa dimana saya dilahirkan. Sebab itu intro saya adalah call CB.

Bagi HAM 9w2, dari dulu banyak timbul dari CB terutama sebelah utara nih. Jadi kami dah lama membentuk komuniti on air ini dengan semangat setia kawan yang sentiasa akan berterusan.

CB nih asalnya orang kampung. Jadi kalau dah orang kampung mcm mcm laa depa leh kutuk.

CB tak pandai CW? Itu pendapat yang saya rasa anda kena banyak research dulu. Seolah olah CW untuk HAM....hmmm..sedihkan? Bagaimana pula dengan tentera? Depa bukan HAM? Yang pi ambik periksa CW yang tukang ketuk yang tukang hantar, sapa? Tentera..depa bukan HAM. Tapi ada tauliah untuk sebagai panel periksa. Polis? Sama juga..bukan HAM...boleh guna.

Jadi, sebab tu saya kata kena banyak research dulu. Memang sejak dulu ada puak puak yang lama nih tak suka ngan CB. Kata macam macam. Bila dah kata CB, anda secara langsung kata tentang kami. Bila dah anda kata tentang kami yang selama ini kami tak pernah kata tentang anda, lu pikir laa sendiri....

73

Tuesday, February 16, 2010

Sunday, February 14, 2010

King of monoband DX'er

 Kadang tu terpikir jugak. Mana yang lebih bagus, multiband dx'er atau monoband dx'er most contact? Bagi saya yang monoband perlu kita beri tumpuan sebagai sumber inspisari dalam mengejar hobi sebagai HAM ini.

Dulunya bandplan Malaysia memang terhad. Kalau HAM hanya boleh bekerja di VHF dan UHF dengan kuasa 10watts sahaja.

Namun sekarang diberi "sedikit" ruang di 10 dan 6 meter. Kuasa ditambah dengan 50watts. Jadi sekitar 90an dahulu, mana ada broadband seperti sekarang nih. Boleh diceritakan tentang kehebatan di HF.

Kisah rakan 9w2in, 9w2ph, 9w2dk, 9w2xd dan yang tidak ada call HAM mungkin tidak dapat kita saksikan dengan video. Namun inilah orang orang yang berjaya dalam contact monoband.

Kalau nak dibezakan contact dan award 9w2 dan 9m2..jangan dok beza laa..9m2 leh bekerja di multiband. Kita dok bergayut kat 10 tu ....tu pun dah leh sampai jauh. Bangga laa jugak...malah lebih boleh dibanggakan dengan DEPA yang leh pi tang mana pun tu...jangan marah 9m2..bukan nak bezakan..tapi nak maklumkan kepada 9w2 yang dok terasa "kecik" selama ini.

Susahnya untuk bekerja di 10m semua orang tahu. Amat perit dan memang mencabar. HAM mengajar erti cabaran. Ini cabaran sebenar. Bukan cabaran CW hanya untuk lulus periksa. Lagi kuat kalau cabaran ini disahut dengan Homebrew antenna dan sebagainya.

Ada dengar yang meminta agar band dibuka. Bagi saya cukup setakat sekarang nih. Biar rasa susah sikit. Kami dah hampir 15 tahun telah lama rasa susah ini. Susah susah pun ada yang dah berjaya.

Kepada KING OF MONOBAND (10m), anda teruskan perjuangan ini. Senantiasa kami akan sokong dan kita akan cuba pelbagaikan teknik menarik peminat 10m ini dari masa kesemasa.

73

Friday, February 12, 2010

Here again for 10 fan Dx'er

This behind images shown today. With more spot and may cause the M type flare for 2 or 3 days later.

We got about 6 spot for this cycle 24.
So what of your preparation? As usual, our sms cast will really busy for this Gong Xi Fa Cai.

For me, the new construction of antenna on progress and will soon prepair for betteo opening on 10m.

All of my friend and DX Maniax for 10m, please standby.

Go DX go..

73

Tuesday, February 9, 2010

War warkan kepada semua rakan.

Salam,

Banyak sumber dan pendedahan media sekarang nih berbanding era 90an. Internet yang agak terhad. Video pun boleh tengok online. Jadi saranan saya, gunakan semaksimum mungkin untuk menarik minat terutama 9w2 untuk langsung menaruh minat dalam HF terutama 10m.

Inilah caranya untuk kita menambah peminat HF 10m nih. Biar satu hari 1 atau 2 stesen pun tak pa. Janji puas.

Saya pun akan senantiasa cuba update dan cuba RND bagi mencari kaedah berkesan menarik minat rakan2 selain opening band.

Dah berpuluh video dimasukkan. Mungkin kali nih depa nak tengok portable tepi tantai atau atas gunung lak kot..heheh..nantilaa..bagi saya himpun modal dulu dan siapkan antenna portable homebrew nih dulu.

Hari ini 9 Feb 2009 tercatat lagi versi 10m Big Bang hinggakan 9w2rzl telah rosak power supplynya. Harap beliau dapat bersabar.

Juga tidak lupa SMS yang saya hantar tu, tolong forwardkan kepada rakan rakan anda yang lain.

Selamat memeriahkan 10m. Dan selamat berdxing.

73

9w2 : Struggle for what?

Kembali kepada sejarah 9w2?? terutama di Kedah. Kami bermula dengan CB. Bukan dengan amatur dan semangat DX kami kebanyakannya berasal dari sana. Dilatih cara membuat antenna, cara DX dengan QRP dan sebagainya dilatih dalam CB hampir 6 tahun lamanya.

Apabila muncul dalam dairi kami HAM atau Amateur Radio, kami harapkan caranya sama dengan semangat CB yang dulu. Rupanya meleset langsung tanggapan ini. Meleset dengan cara berkawannya dan meleset dengan cara persatuannya.

1. Cara berkawan.
Masih sama. Eyeball, bincang homebrew dan sebagainya. Namun ada pulak level lesen. A dan B. Sebelum B diperkenalkan, semua kena ke CW untuk ke A. Bila pada masa itu kami baru mendapat lesen B, rupanya banyak teguran yang "nak bagi mati kawan". Apa salah kami pada masa itu? Itu salah, ini salah. Susahnya kami ketika itu kerana jurang yang besar membezakan antaranya. Kuasa pemacar kecil. Kami teruskan dengan pembangunan antenna yang boleh mencapai pancar ulang atau stesen lain. Tak semua begitu. Namun golongan yang datangnya dari CB ini atau bak kata kami "orang kampung main selut" akan senantiasa terasa dipinggir. Kenapa?

2. Persatuan.
Tak yah cakap la. Mana leh lawan sugardelta group. Tiap2 tahun akan update kepada ahli senarai penuh ahli. Aktiviti..jangan cakap. Yuran? Tak dak. Kita? Yuran ahli seumur hidup. Apa pun tak dak. Asyik asyik repair repeater. Tak salah kalau nak repair nak pasang baru. Tapi...bagi laa meriah dengan aktiviti yang berkait Amatur. Pilih tempat, bagi laa kawan kawan yang "susah" nih boleh join. Mcam yang saya kata..kami orang kampung..mana ada duit nak dok hotel hotel nihh. Dah la cakap bahasa Inggeris gagap.

Banyak cakap pak din nih...pi laa main CB....sama jaa..main kat 10m pun sama jaa ngan CB. Bukan jauh pun. Tapi spirit dalam 10m saya ingin mengajak rakan HAM agar kekalkan spirit CB di situ. Banyak orang lama2 tak berapa suka ngan CB nih. Depa kata macam lalat. Kata pi laaa...yang kita tu buat apa.

Teguran kepada yang dah upgrade...jangan lupa kawan kawan lama di 9w2. Saya pun masih tak lupa kengkawan SWL. Lupa bukan bermaksud tak contact. Contact juga..tapii bila QSO atau eyeball tu...ada ex sikit....hmmm..jangan laaa..Anda naik kerana anda dah tambah skil. Kerana peruntukan buat macam tu. Duduk dalam band yang sama jugak.

Yang masih ORTODOK....jangan dibawa sikap dalam era baru nihh..simpan laa sikap anda tu. Utk tahun sebelum sebelum nie boleh la digunakan untuk perendah kami kami ni. Tiada apa yang boleh anda nak banggakan kecuali Yang Maha Esa jua kita kena kembali. Buang la sikap dok monitor salah orang. Salah anda tu dah cukup kurang ka dengan Tuhan.

Dengan semangat ini kita teruskan. Dengan bekalan 9w2 ini kita jajahkan 10m. Teruskan peningkatan Ilmu dalam komunikasi ini. Dekatkan diri dengan Tuhan apabila kita sedar yang ilmu ini berkait rapat dengan kuasaNya.

73

Sunday, February 7, 2010

Adakah ia akan datang lagi?

Data ini diambil pada hari ini menunjukkan jenis flare Kelas M telah terbentuk.
Akibatnya propagasi yang tidak menentu telah berlaku di luar dugaan. Skip yang agak jauh menunjukkan impak pada skala jenis M ini.

Namun ia telah menurun kepada minor B pada sebelah malamnya.

Adakah perkara ini akan berulang 2 ke 3 hari ini.

Lihat pandangan matahari pada sudut belakangnya


 
Harapan kita sekarang agar tompokan flare yang berlaku dibelakang matahari ini akan member impak yang sama pada hari ini. Kelihatan 4 tompokan yang belum lagi menghala pada arah bumi.

73

7 Feb 2010 : Big opening on 10 meter!





Tak tahu apa saya nak ceritakan. Gembira sangat sangat. SMS pagi saya kepada rakan rakan semua tidak menghampakan pada hari ini. Ramalan pada bentuk flare yang wujud adalah satu ramalan yang agak tepat. Mungkin boleh dipraktikkan.

Terima kasih kepada sokongan semua keatas stesen yang "daif" ini. Hanya mampu bergantung kepada 5 watts dan delta loop murahan jaa...

73

Wednesday, February 3, 2010

Apa gunanya CW kalau......

Apa gunanya CW kalau...

1. Untuk dapat Lesen A
2. Untuk ukur sapa paling terer
3. Untuk boleh menghantar dalam 100watts
4. Untuk boleh mempergunakan band lain

Majoriti ini sahaja pengukur untuk kepada yang  berusaha untuk lulus dalam CW. Lainya...entahlahhh...
Apa yang saya ingin ketengahkan adalah, apakah manafaat sebagai praktikal hobi selain anda telah mendapat skil baru ini dalam HAM. CW bagi saya hanya pengukur tahap skil daripada phone ke CW.

Jadi bagaimana pula dengan PSK. Anda juga telah tambah skil baru kan? Tak boleh upgrade ka?

Cw nie memang banyak kelebihan. Terutama apabila kecemasan. Ya ka? Berapa banyak HAM Malaysia praktik dalam QRP? Berapa banyak bengkel homebrew QRP dan Cw apabila berlaku kecemasan?

Tak yah cakap la..memang betul..ambik CW untuk dalam lingkungan 4 perkara diatas.
Kalau boleh sampai tahap seperti dalam video nih..saya setuju...





Jadi..kepada anda semua jangan gopoh untuk hobi nih. Pelan pelan kayuh depa kata....CW bukan pengukur sebenarnya anda menjadi HAM. CW adalah cara untuk anda upgrade lesen sebenarnya. Untuk menaikkan skil...apa lesen anda pun anda boleh lakukan...

73

Tuesday, February 2, 2010

2 Feb 2010 : 3 Days prediction hope

 




Welcome to February.

Last month there was only 2 days without an official sunspot number. This month starts off with Sunspot 1043 in the northern hemisphere of the sun. Only B-Class flare activity has taken place around this region and solar activity should continue at very low levels for now.

Image on left shown the upcoming flare. May be on this 3 days prediction the A major class or M flare could bring some change to our 10m propagation.
QRL with my salt mining this week not have a change to monitoring on 10m activity. But maybe all the active and Dx'er fan can give info from time to time. Good dx and never ever ending your CQ on 10 meter.

73