Global HF (Ionospheric Map)

Monday, February 22, 2010

Islam dan HAM

"Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa." (55:33)

4:131. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang telah diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, "Takutilah Allah." Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Allah adalah Kaya, Terpuji.

4:132. Dan kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.

Petikan maksud dari ayat Al Quran ini saya ambil sebagai satu wadah kerana secara tidak sedar sebenarnya dunia HAM ini boleh memberi kesan secara langsung atau tidak untuk kita mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Bukan dengan kekuatan manusia mencipta alat pemancar, riket dan satelit yang ingin saya ketengahkan, tetapi apakah implikasi hobi ini dengan Iman kita.

Ketika dulu apabila mendengar saya propagasi membuka, kita takrifkan yang kita mendengar stesen dari luar dengan ber QSO. Itu yang saya amati ketika dulu. Dgn kemajuan teknologi terkini, kita telah lihat yang membuatkan semua ini berlaku adalah impak langsung dari matahari.

Rupanya, Allah mencipta matahari sebegitu dengan pelbagai "kegiatan" yang berlaku terhadapnya adalah bersaling kait dengan hobi kita ini. Wujudnya solar flare, magnetofield, sun spot dan lain lain lagi adalah anugerah kepada kita sebagai peminat Amateur Radio.

 

Apabila ini kita jadikan satu pengukur "Syukur" kita kepada Nya, alangkah bagus kalau kita kuatkan iman dengan mendekatiNya.
Tetapi, jika hobi ini terbabas kepada perkara yang "lagha" cubalah kita elakkan. Allah membuka luas langit dan bumi untuk kita terokai. Dalam masa yang sama kita harus mengambil peluang darinya agar kita akan lebih dekat denganNya.

Sedih dilubuk hati apabila masih ada yang menyujudkan jurang antara peminat amateur radio ini. Ada lagi yang masih mencari kesalahan orang lain. Berat hukum Tuhan kalau seseorang itu mengamal ajaran sesat. Tapi kenapa hukum atau istilah ini kita masukkan dalam kamus HAM. Kalau dalam Islam seseorang itu perlu bertaubat Nasuha apabila ia sesat. Kalau dalam HAM? Nak bertaubat juga ka?

Islam dan HAM boleh dimplimensatikan dalam usaha mendekatkan diri dgn Allah. Tapi jangan samakan undang undang dan hukum istilah Islam dalam HAM. Kurang senang kalau seseorang salah menggunakan Q-Code dikatakan pengamal ajaran sesat. Kerana ramai HAM Islam. Apa perkataan pun kalau sebagai Islam, jangan letakkan tahap seseorang itu sebegitu sekali.

Sebaik baik hukum datang daripada Allah. Selagi salah tidak melanggar hukum Allah dan tidak memudaratkan orang lain, kita boleh tegur dgn cara baik bukan terus memberi istilah pengamal ajaran sesat kepada inidividu tersebut.

Pendekatan Rasullullah kepada seorang Yahudi yang sentiasa mengganggu beliau, buang air najis dan sebagainya, namun apabila Yahudi itu sakit beliau pergi melawat. Sedangkan beliau tahu, itu Yahudi. Kenapa pendekatan mendekatkan dengan "orang tak pandai QSO" kita lakukan. Hikmah, lembut dan berkesan. Selalu mendampingi golongan ini. Bukan mendegar golongan ini salah QSO..lepas tu hemtam dari belakang. 

Allah tak membezakan anda 9m2 atau 9w2. Kalau anda salah dgn hukumnya...."tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim". Bermaksud, tidak akan masuk syurga orang yang suka memecah belahkan antara umat.

Usaha membetulkan sebarang kesalahan dalam HAM adalah usaha proses pengajaran yang perlu. Namun biarlah ia berhikmah. Sejauh mana pun kita sebagai HAM...harus jauh juga kita mendekatkan diri Nya. 

Saya merayu agar pendekatan melihat kejadian flare dan aktiviti matahari untuk propagasi ini, boleh mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa.

Yang baik daripada Allah, yang lemah adalah datang dari kelemahan saya sendiri.

9w2di


3 comments:

AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET said...

tiada bezanya pak din itu baru 9M dengan 9W,belum lagi Pak Imam dengan makmumnya.mungkin ada hikmah disebalik wujudnya 9M dan 9W.harap dijelejahi lagi dan terungkailah jawapannya.bagi saya tiada yang mahukan perbalahan sekadar atas dasar 9w atau 9m.saya pun berasal dari bawah dan bagi saya tiada bezanya antara 9w atau 9m hanya sekadar pembawakan individu itu masing2

73

haninahar said...

WE ARE STILL ONE HEART AND ONE LANGUAGE AS KNOWN AS HAM RADIO
GO DX

9w2di said...

Salam,

Anda perlu follow artikel saya yang lepas. Luahan kebanyakan adalah sejarah kami yang lalu.
Terkilan kerana masih ada sebegitu hingga kini. Kenapa dulu dan kini saya senang dengan CB? Sebab tiada jurang dan tiada tindakan yang cuba membeza bezakan.
"Dia" masih lagi menafikan wujudnya 9w2 dalam HAM. Saya takut dan sungguh takut sekiranya sikap itu terbawa bawa kepada 9m2 yang masih baru ni
Jadi nasihat saya, kadang artikel yang kita petik dari kandungan orang lain, tak semua orang suka.
Anda harus berhati hati. Anda ada pendirian anda, jadi luahkan pendirian anda dan bukan memetik pendirian orang lain yang mungkin akan menimbulkan kontroversi.

73
9w2di