Kadang tu terpikir jugak. Mana yang lebih bagus, multiband dx'er atau monoband dx'er most contact? Bagi saya yang monoband perlu kita beri tumpuan sebagai sumber inspisari dalam mengejar hobi sebagai HAM ini.
Dulunya bandplan Malaysia memang terhad. Kalau HAM hanya boleh bekerja di VHF dan UHF dengan kuasa 10watts sahaja.
Namun sekarang diberi "sedikit" ruang di 10 dan 6 meter. Kuasa ditambah dengan 50watts. Jadi sekitar 90an dahulu, mana ada broadband seperti sekarang nih. Boleh diceritakan tentang kehebatan di HF.
Kisah rakan 9w2in, 9w2ph, 9w2dk, 9w2xd dan yang tidak ada call HAM mungkin tidak dapat kita saksikan dengan video. Namun inilah orang orang yang berjaya dalam contact monoband.
Kalau nak dibezakan contact dan award 9w2 dan 9m2..jangan dok beza laa..9m2 leh bekerja di multiband. Kita dok bergayut kat 10 tu ....tu pun dah leh sampai jauh. Bangga laa jugak...malah lebih boleh dibanggakan dengan DEPA yang leh pi tang mana pun tu...jangan marah 9m2..bukan nak bezakan..tapi nak maklumkan kepada 9w2 yang dok terasa "kecik" selama ini.
Susahnya untuk bekerja di 10m semua orang tahu. Amat perit dan memang mencabar. HAM mengajar erti cabaran. Ini cabaran sebenar. Bukan cabaran CW hanya untuk lulus periksa. Lagi kuat kalau cabaran ini disahut dengan Homebrew antenna dan sebagainya.
Ada dengar yang meminta agar band dibuka. Bagi saya cukup setakat sekarang nih. Biar rasa susah sikit. Kami dah hampir 15 tahun telah lama rasa susah ini. Susah susah pun ada yang dah berjaya.
Kepada KING OF MONOBAND (10m), anda teruskan perjuangan ini. Senantiasa kami akan sokong dan kita akan cuba pelbagaikan teknik menarik peminat 10m ini dari masa kesemasa.
73
No comments:
Post a Comment