Global HF (Ionospheric Map)


Thursday, February 18, 2010

Kami tak malu kalau digelar CB



Salam,

Apa beza CB dan HAM? Ham diperuntukkan band yang banyak berbanding CB. CB hanya diperuntukkan pada 11m dan digelar di Malaysia sebagai jalur rakyat.

Cara qso atau SOP pun lebih kurang ja 2 nih.

Mengapa harus merendah rendahkan CB? Mengapa harus ada 2 jurang antara peminat ini? Sedangkan dalam HAM pun ada CB dan dalam CB pun ada HAM?

Bagi saya, saya bermula dgn CB. Itulah asal usul saya. Saya tak lupa dimana saya dilahirkan. Sebab itu intro saya adalah call CB.

Bagi HAM 9w2, dari dulu banyak timbul dari CB terutama sebelah utara nih. Jadi kami dah lama membentuk komuniti on air ini dengan semangat setia kawan yang sentiasa akan berterusan.

CB nih asalnya orang kampung. Jadi kalau dah orang kampung mcm mcm laa depa leh kutuk.

CB tak pandai CW? Itu pendapat yang saya rasa anda kena banyak research dulu. Seolah olah CW untuk HAM....hmmm..sedihkan? Bagaimana pula dengan tentera? Depa bukan HAM? Yang pi ambik periksa CW yang tukang ketuk yang tukang hantar, sapa? Tentera..depa bukan HAM. Tapi ada tauliah untuk sebagai panel periksa. Polis? Sama juga..bukan HAM...boleh guna.

Jadi, sebab tu saya kata kena banyak research dulu. Memang sejak dulu ada puak puak yang lama nih tak suka ngan CB. Kata macam macam. Bila dah kata CB, anda secara langsung kata tentang kami. Bila dah anda kata tentang kami yang selama ini kami tak pernah kata tentang anda, lu pikir laa sendiri....

73

No comments: