Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, February 9, 2010

9w2 : Struggle for what?

Kembali kepada sejarah 9w2?? terutama di Kedah. Kami bermula dengan CB. Bukan dengan amatur dan semangat DX kami kebanyakannya berasal dari sana. Dilatih cara membuat antenna, cara DX dengan QRP dan sebagainya dilatih dalam CB hampir 6 tahun lamanya.

Apabila muncul dalam dairi kami HAM atau Amateur Radio, kami harapkan caranya sama dengan semangat CB yang dulu. Rupanya meleset langsung tanggapan ini. Meleset dengan cara berkawannya dan meleset dengan cara persatuannya.

1. Cara berkawan.
Masih sama. Eyeball, bincang homebrew dan sebagainya. Namun ada pulak level lesen. A dan B. Sebelum B diperkenalkan, semua kena ke CW untuk ke A. Bila pada masa itu kami baru mendapat lesen B, rupanya banyak teguran yang "nak bagi mati kawan". Apa salah kami pada masa itu? Itu salah, ini salah. Susahnya kami ketika itu kerana jurang yang besar membezakan antaranya. Kuasa pemacar kecil. Kami teruskan dengan pembangunan antenna yang boleh mencapai pancar ulang atau stesen lain. Tak semua begitu. Namun golongan yang datangnya dari CB ini atau bak kata kami "orang kampung main selut" akan senantiasa terasa dipinggir. Kenapa?

2. Persatuan.
Tak yah cakap la. Mana leh lawan sugardelta group. Tiap2 tahun akan update kepada ahli senarai penuh ahli. Aktiviti..jangan cakap. Yuran? Tak dak. Kita? Yuran ahli seumur hidup. Apa pun tak dak. Asyik asyik repair repeater. Tak salah kalau nak repair nak pasang baru. Tapi...bagi laa meriah dengan aktiviti yang berkait Amatur. Pilih tempat, bagi laa kawan kawan yang "susah" nih boleh join. Mcam yang saya kata..kami orang kampung..mana ada duit nak dok hotel hotel nihh. Dah la cakap bahasa Inggeris gagap.

Banyak cakap pak din nih...pi laa main CB....sama jaa..main kat 10m pun sama jaa ngan CB. Bukan jauh pun. Tapi spirit dalam 10m saya ingin mengajak rakan HAM agar kekalkan spirit CB di situ. Banyak orang lama2 tak berapa suka ngan CB nih. Depa kata macam lalat. Kata pi laaa...yang kita tu buat apa.

Teguran kepada yang dah upgrade...jangan lupa kawan kawan lama di 9w2. Saya pun masih tak lupa kengkawan SWL. Lupa bukan bermaksud tak contact. Contact juga..tapii bila QSO atau eyeball tu...ada ex sikit....hmmm..jangan laaa..Anda naik kerana anda dah tambah skil. Kerana peruntukan buat macam tu. Duduk dalam band yang sama jugak.

Yang masih ORTODOK....jangan dibawa sikap dalam era baru nihh..simpan laa sikap anda tu. Utk tahun sebelum sebelum nie boleh la digunakan untuk perendah kami kami ni. Tiada apa yang boleh anda nak banggakan kecuali Yang Maha Esa jua kita kena kembali. Buang la sikap dok monitor salah orang. Salah anda tu dah cukup kurang ka dengan Tuhan.

Dengan semangat ini kita teruskan. Dengan bekalan 9w2 ini kita jajahkan 10m. Teruskan peningkatan Ilmu dalam komunikasi ini. Dekatkan diri dengan Tuhan apabila kita sedar yang ilmu ini berkait rapat dengan kuasaNya.

73

No comments: