Friday, March 26, 2010
Delta loop single element for 10m
Pada mulanya agak kurang jelas kedudukan feeder Delta Loop yang mana paling sesuai. Setelah berbincang dengan "sifu" delta loop, 9m2dy rupanya apa bila delta loop ini diletakkan secara menegak, rupanya ia dalam kondisi horizontal...bermaksud polarization dia bekerja secara horizontal...
Mungkin ini dapat membantu dalam meletakkan feeder atau feed point delta loop anda
Buat masa sekarang saya dan rakan2 yang lain menggunakan keadaan C (Moderately High)
Untuk keadaan B mungkin agak sukar kerana coax yang berat selalunya akan menarik Apex ke bawah dan loop akan menjadi segi 4.
Hmmm..tiada apa yang susah kerana usaha tangga kejayaan....
Kini perkembangan 10 meter terutama fokus Utara Semenanjung Malaysia dah nampak berkembang.
Kalau dulu ramai yang memilih untuk bekerja di 11 meter dengan vertical antenna. Atau lebih kata lain antenna buyung..sekarang?
Kita tengah diserang dengan Delta Loop nie...
Progress...cukup baik. Mudah kepada sesiapa yang lebih gemar kepada bekerja di 1 band sahaja dan tidak mempunya ATU...
Projek ini bermula dengan penglibatan 9m2mz...rumah dia dah kena serang..heheh
Lepas tu dalam beberapa ketika dengan beberapa eksperimen yang telah saya lakukan..kini sudah berjaya.
Contest dalam 20 stesen hari tu..qsl card dah sampai dari Jepun..paling jauh ke Colombo (tu pun masa propagasi 50% sahaja)..kalau 100%..heheh
Jadi serangan Delta Loop ini telah bermula. Kepada rakan2 dulu yang pernah bekerja di 11 meter dengan vertical antenna..tidak rugi kalau di cuba antenna ini..
Diag balun
Diagram antenna
Kiraan panjang waayar (guna wire jenis yang kita guna wiring letrik rumah)
p/s : Petikan asal dari posting saya di SP Ham Radio.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment