Global HF (Ionospheric Map)


Saturday, March 20, 2010

Astro impact by solar storm!!!

Dapat pesanan nih di astro. Inilah yang saya perkatakan sekiranya geos meningkat dan patern flare pada tahap yang tertinggi.
Hari nih dapat call dari 9m2 yang agak lama dengan saya. " Camna din? hang tak pi ambik cw? Pak Yob dah lulus".
Saya menjawab. " Selagi saya tak capai tujuan memperbanyakkan 9w2 di HF, saya tak akan pergi".
Dia paham maksud saya. Sebab dia tahu dan pernah susah senang bersama saya. Cuma orang yang tak pernah bersama saya akan kata macam macam. Malas la, bodoh la, sayang call sign la. Tapi saya nak tanya, dalam Islam kita sunat dan dapat pahala kalau kita pandang orang bawah. Saya tahu tahap mana 9w2 kita nih. Majoriti masih takut untuk berdepan dgn HF. Tambah lagi CW. Jadi saya rasa biar saya berperanan sedemikian. Kembalinya saya di bidang amatur pun untuk itu.
Memang betul saya sayang callsign saya. Saya ada pendirian. Saya tak ambik pendirian orang lain. Saya tak jadi lalang. Saya tak nak sombong bila saya ada kuasa sikit untuk tandatangan borang orang. Saya nak 9w2 mula dari asas. Kalau asas tak dak, jangan heran 9m2 hilang lepas CW.
9w2 hanya 10% basic amatur. Kalau kita tingkatkan sehingga 60%, saya yakin mereka akan terus ke CW. Jadi, nak kata katalah. 5 tahun saya stop sending dan rx pun bukan orang kisah. Saya kembali pun bukan orang kisah. Cuma mungkin orang nak tanya apa saya tahu 10 tahun yang lalu. Saya tak setaraf 9m2. 9m2 memang hebat.
Sekecil saya orang kampung ini, hanya mahu berkampung bersama 9w2 di HF. Itu saja.


73


9w2di

6 comments:

AMATEUR RADIO STATION : 9M2GET said...

Bang Din
agak terharu dengan posting kali ini. kadang kala saya merasakan anda terlalu merendahkan diri. Agak sedih bila guru sya berbicara sebegini.
saya faham dengan pendirian anda walau kita agak baru antara satu sama lain. itu adalah hak anda dan tiada sapa yang mampu mengubahnya melainkan anda sendiri.
tetapi bila berbicara tentang pengalaman, anda tidak boleh terlalu merendahkan diri. Banyak station2 yang baru ini menjadikan anda icon dan idol mereka termasuklah saya.
Dalam tidak sedar anda telah melahirkan ramai generasi 9M2 baru dikala ini walaupun anda belum tergerak untuk ke cw test.
Kerana andalah saya mengenali HF dan pengorbanan anda mengajar saya tidak kira waktu hinggalah menjelang tengah malam.
Bang din kadang kala yang baru nie cepat melatah tetapi bukanlah kacang lupakan kulit.percayalah cakap saya. Teruskan niat anda dan saya senantiasa menyokong anda.

Seperkara lagi, bagi sya tidak ada bezanya antara callsign kerana kita berkongsi hobi yang sama.

kadang kala rindu CQ in Company bersama anda di 10m disatu masa dulu.

Terima kasih Cikgu

Awan Pawaka said...

Salam Din...

Aku pun sayang dng callsign aku...walaupun sangat-sangat jarang berQSO tambah pula kerja sekarang macam-macam nak kena buat.

Apa pun aku sokong dengan pendapat Din...73

Ticer Oja said...

salam bang din,
pada pendapat saya, kalau anda pakai jersi 9M, impian anda untuk memperbanyakkan 9w2 di HF laaaaggiiii cepat terlaksana :)
sekadar beri pendapat.

88 de 9m2out

Kasturi said...

Assalammualaikum

cayalah bang din... anda memang maveles dengan pendirian yang tetap.. syabas bang din.. dengan kata² itu, ramai yang dapat muhasabah diri termasuk diri saya sendiri.. terima kasih bang din..

9w2kmf

9w2di said...

Salam,

Sejak mula saya masuk amatur, macam macam tohmahan dilemparkan kepada 9w2. Sebab tu rasa kecik hati sangat. Ingatkan dah 10 tahun berlalu dah tak dak lagi..rupanya masih ada. Saya terpanggil untuk "membangkitkan" 9w2 di mata peminat radio amatur.
9m2xx masih lagi tak jemu jemu untuk mencari dan mendedahkan betapa lekehnya 9w2 di pandangan mata mereka. Lebih lebih lagi yang minta CB.
Kita perjuangkan apa yang diberi oleh MCMC. Tapi kita boleh bangga..kerana dengan hanya sedikit saja diberikan MCMC kepada kita, kita akan dipandang setaraf kelas lesen yang lain

M.Zaifful said...

terima kasih sesangat pada pandangan anda yg membuatkan saya pemegang lesen 9W2 terharu, well saya juga menyokong pendapat dan saranan anda, Keep up bro for the future of 10mtr,de9W2MZY