Topik ini saya fokuskan kepada HF atau Quad Band Radio. Untuk radio VHF dan UHF, bagi saya 98% radio itu dipergunakan untuk memancar ke repeater. Jadi topik ini kepada radio yang kita akan gunakan sepenuh mungkin sebagai SWL dan TX di HF.
Ramai yang menelefon saya. Ada pula yang kurang pasti. Ada juga yang begitu yakin dengan kemampuanya.
Saya tidak mahu bercakap tentang power output radio yang disarankan. Kerana perkara ini adalah pendapat yang masih ortodok kerana tidak mahu menerima hakikat cabaran sebenar HAM. Harga? Kita umpamakan anda sudah ada wang sekitar RM2400.00. Cuma nak dapatkan radio sahaja.
Tips :
QRP VS QRO Transmitter
1. Tanya orang yang pernah pakai dan bukan orang yang tak pernah guna. Hanya dgr cakap2 orang.
2. Pernah guna tapi tak semaksimum mungkin. Cth : Monitor HF pakai antenna asal (FT817). Buat antenna bagus 1:1. Power haram tak keluaq
3. Apakah kegagalan beliau. Radio yang gagal atau beliau yang gagal?
4. Banyakkan melihat Youtube dan lihat keseronokan station itu apabila memancar atau RX. Bandingkan antara FT817 dan IC718.
5. Sok sek..9w2 haruslah menjadi SWL di HF sebelum memancar...nahhhh...mestilah kita mencari radio yang mudah dibawa kemana mana. Balik rumah malam letih. Sambil mobile leh RX...sambil jalan pasar malam RX..sambil eyeball RX...sambil apa...RX RX RX..perghh...try laa tengok
6. Keseronokkan RX ada di mana mana.
7. Bila lagi nak cuba 2m on SSB?
Power
1. Ikut anda, Kalau anda suka 100watts 1000wats...teruskan dengan radio yang ada high power. Tapi jangan lupa...mesti ada 2m gak...eh...kan kita nak cuba 2m di ssb...bila lagi?
2. Lihat saja video saya semasa qso dgn rakan Hong Kong 2.5 watts. Ok jaa...apa masalahnya.
Entahlah. Saya nih kalau diberikan komisen oleh Yaesu atau kedai jual radio..mahu berenti kerja..heheh...
CQ CQ CQ..this is 9w2di with 50watts CQ..QRZ...
Your signal 59...
CQ CQ CQ..this is 9w2di QRP with 5watts CQ...QRZ
Your signal 59...
Mana yang anda mahu...bukan nak menipu..tapi tengoklah hampir 70 video saya tu termasuk video dari luar....
72..de 9w2di
Thursday, July 29, 2010
Image of ionospheric
Pukul 3 pagi anak kena masuk wad. Suspek ili. Hmmm..alhamdulillah keadaan dia dah stabil. Sambil di hospital aku memandang ke langit. Agak agaknya boleh dak kita monitor ionosfera punya layer. Hmmm..mesti ada. Balik untuk rehat sebelum nak pi melawat anak tercinta..sempat aku surf nih.Patut la propagasi tak berapa best. Walaupun membuka sakan di beberapa band, namun susah jugak laa kalau nak berkerja dengan bare foot nih.
Jadi ini lah kesimpulannya. Aku lihat imej dirakamkan pada bulan 6 2010. Jadi tak update lah. Hmm..imej ini kekal sehingga sekarang pada lapisan itu dan imej terbaru akan keluar apabila berlaku perrubahan nanti. Rajin sungguh orang Jepun.
Orang Melayu rajin jugak...rajin kondem kawan kawan..heheh..sempat jugak tu. Maaf naa..nak buat camna..kadang tu kena luah jugak..takut esok dok pendam..bahaya tuu.
Imej diintergrasikan dengan GPS untuk mendapatkan gambaran lapisan ion ini. Jadi bolehlah kita katakan apabila berlaku ribut magnet dan tekanan flare dari matahari..juga tidak mendukung terbukanya propagasi.
Terima kasih kepada Google. Heheh...sahabat bantuan setiap masa.
Petang nih nak nengok anak tercinta. Mak dia ada bersama dia. Aku..sambil buka 10m ...nak lelap buang 2 3 jam...
72..de 9w2di
Wednesday, July 28, 2010
Delta loop RM250? RM60? RM6?
Delta loop. Menjadi sebutan 9w2 di 10m sejak ia mula memuncak sekitar tahun 2008. Berkat tunjuk ajar 9m2mz saya, 9w2doz dan 9w2mzh telah bertandang ke rumah beliau untuk mencuba membuat balun 4:1. Kenapa 4:1. Untuk lebih mudah ia untuk memadankan antara loop dan coax 50ohm yang kita gunakan. 9m2mz telah memberi satu kuasa sakti..hehehe..software kepada saya untuk diguna pakai sebagai pengiraan untuk tune di 10m.
Akhirnya saya berjaya membuat balun dan dengan modal RM6 saya dah dapat antenna ini. Saya telah memasangnya dan akhirnya keputusan terbaik saya telah mendapat station dari Israel 4x5x. Hmm..macam nak nangis pun ada. Tiap tiap hari saya melangut kepala kearah pokok kelapa belakang rumah mentua. Melihat antenna RM6 itu.
Namun ia tidak bertahan lama. Akibat RG8 yang berat tu..juga akibat pukulan ribut...balun jatuh beberapa kali. Maklumlaa..homebrew katakan. Saya meminta seorang rakan lama untuk membuat balun yang kukuh. Wahhh..kali ini...tapi suruh suruh juga..barang kena beli...hmm RM60..masih murah....
Antenna tersebut dengan balun yang baru saya gunakan hingga kini. Saya dpt berita delta loop dijual hingga RM250. Mungkin barang digunakan mahal. Namun ia masih tetap deltaloop.
Anda mahu yang mana satu? Saya dah cuba ke 2nya tapi tak sanggup nak beli yang ke 3 sebab masih elok lagi delta loop saya nig. Power? Saya pernah cuba dengan 50watts...ok.....dan paling rendah 2.5watts...ok jugak.
Dalam artikel yang lalu, saya ada masukkan cara untuk membuat delta loop. Cubalah..atau belilah kalau rasa mudah....Apa yang penting....duit kita dan kepuasan kita..kalau habis beratus pun signal sama dengan yang beringgit....hmmm....mau sakit jiwa....
Berapa paling tinggi delta loop ini dapat tampung? Saya dah baca dan saya dah cuba..250watts..no problem....

Subscribe to:
Posts (Atom)