Senarai station dari Malaysia |
CB (SD) Directory 2011 |
Cuma lepas kena sign dari 9m untuk sokongan tu, baru saya tahu ada Marts dan Astra ketika itu. Tanpa banyak soal sebab Pak Long yang sign borang saya dan ramai rakan ketika itu Astra maka..saya pun masuk Astra.
Ketika itu bagi saya yang masih budak hingusan dalam HAM dan jiwa muda nih ikut jaa apa orang kata.
Bagi kita dengan hobi yang banyak kepada teknikal ini seharusnya agenda persatuan kenalah kepada hala tuju hobi. Namun jangkaan saya meleset.
Ketika itu GAH persatuan ini dengan kenaikan repeater dimerata tempat. Hebat..canggih..dari utara sampai selatan...dengan satu tujuan..rakan dapat mengenal dari utara sampai selatan dan ke pantai timur.
Bukan nak kata tak bagus..memang bagus..tapi itu saja ka tujuan persatuan ditubuhkan. Hanya untuk menaikkan repeater. Adakah yuran kami untuk repeater semata mata?
Sekurang kurangnya bagi la ada aktiviti anjuran kearah yang lebih teknikal secara menyeluruh. Persatuan hanya setakat 2meter?
Sedih. Sedangkan persatuan atau organisasi yang tak kutip yuran boleh buat directory ahli. Free lak tu. Ini yang kena yuran pun dah puluhan tahun dah..tak pernah buat. Memang menyedihkan. Itu baru sikit ja. Sekurang kurang ahli akan ingat kepada persatuan. Mudah dan senang untuk dibuat.
Tapi apa kan daya. Depa hebat. Depa gah. Setakat mana? Setakat penaik repeater ja.
Bagi saya....persatuan nih dah ibarat ubi kayu batat. Tahu dak? Ubi kayu yang dah nak jadi kayu. Sedap dilihat tapi tak boleh dimakan dan dimasak.
Baik kita bergerak secara sendirian dan langsung dengan MCMC. Lebih mudah.
Kepada persatuan lain, cuba ubah hala tuju ini. buat kelainan. Agar kita tidak disamakan dengan persatuan yang dah ibarat hidup segan mati tak mau. Kalau naik repeater pun buat la satu repeater broadband. Bagi ada kelainan.
72..de 9w2di
[endtext]